13

1.8K 65 0
                                        



Hujung minggu seperti yang dijanjikan Aufat, kini dia menunggu buah hatinya di lobi kondominium gadis itu.

Malam ini mereka akan makan malam di rumah orang tuanya Aufat. Wehuu!!!

Puan Lathifa kata dia masak spesial untuk Azreeya. Lagilah Aufat tidak sabar nak balik!

5 minit kemudian, Azreeya pun turun dan berjalan dengan terkedek-kedek. Pakaiannya malam ini santai sahaja. Seluar jeans dan sweatshirt berwarna biru gelap.

Dia tidak mahulah berjumpa kedua orang tua Aufat dengan pakaian yang terdedah di sana sini. Bukan berpura-pura, tapi dia menghormati kedua orang Aufat. Tak manislah nak pakai pakaian terdedah sana sini bila berjumpa dengan orang yang lebih tua ni!

"Awak!" Jerit Azreeya sambil berlari.

Aufat sudah tersenyum lebar. Dia senyum bukan apa, dia senyum sebab Azreeya dia ni comel!

Boleh pula Azreeya bertocang dua macam budak-budak tadika? Baju sweatshirt yang dipakai pun bersaiz besar.

Kan dah cakap kalau boleh dia mahu simpan Azreeya di poket? Jadi keychain pun sesuai!

"Hi baby! Awak comel-comel ni kenapa? Kenapa pakai baju besar ni?" Aufat menjawab sambil menggosok kepala Azreeya perlahan.

"Hehe... Saya ada baju longgar yang ni je. Kalau nak pakai pakai dress pun takde yang tertutup..."

Balas Azreeya dengan sambil menggaru kepala. Memang dia tak banyak pakaian longgar di almarinya. Semua baju-baju dia jenis kurang kain. Nampak gayanya lepas ni dia kena beli banyak baju longgar-longgar!

Aufat mengigit bibirnya sedikit. Ya Tuhan kuatkanlah iman dia daripada menelan Azreeya daripada masuk ke perutnya!

Lemah betul jiwa Luth Aufat bila buah hatinya berlagak comel begini.

"Jomlah! Mama dengan Papa dah tak sabar nak jumpa awak!" Kata Aufat sambil membuka pintu di bahagian penumpang untuk kekasih hati.

Azreeya hanya menurut dan masuk ke dalam perut kereta. Tangannya juga memakai tali pinggang keledar siap-siap.

Sepanjang perjalan ke rumah Luth Asyraf, Azreeya menyatakan perasaan takutnya untuk berjumpa Luth Asyraf dan Puan Lathifa.

Walaupun sebelum ni dah pernah berjumpa, tapi kali ini double triple takut!

Berkali-kali jugalah Aufat menenangkan si buah hati kesayangan dia tu.

Kedatangan mereka disambut meriah oleh keluarga Aufat. Tidak lupa juga Althaf dan Luthfiya yang gembira menyambut "the main guest" untuk malam ini.

"Ree, malam ni Mama masak banyak tau. Ada ikan goreng, sayur kubis tumis, ayam masak merah dengan sotong goreng kunyit tau. Ree makan banyak-banyak tau!"

Semangat Puan Lathifa memberitahu menu yang dimasaknya tadi.

Luth Asyraf, Althaf, Aufat dan Luthfiya hanya mampu menggelengkan kepala. Memang bersinar dan ceria wajah Puan Lathifa yang gembira saat ini.

Nasib baik ada Luthfiya dan Mak Yan membantu Puan Lathifa memasak tadi. Sebab itulah banyak menu mereka malam ini.

"Terima kasih Mama masakan kitaorang. Malu Ree macam ni Ma."

Balas Azreeya malu sambil menunduk kepalanya ke bawah. Sudahlah dia hanya membawa buah anggur dan strawberry sahaja untuk keluarga Aufat, memandangkan kedua-dua buah itu adalah buah kegemaran mereka sekeluarga.

"Alah kakak. Jangan malu okay! Malam ni kakak makan je tau! Penat Fiya teman Mama masak!" Luthfiya membalas sambil memeluk badan Azreeya dari sisi.

Azreeya tersenyum kecil. Nasib baik ada Luthfiya.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang