[WRITTEN ON 8 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
CAWAN DIBAWA KE BIBIR, Qaiser tonggekkan cawan itu sedikit untuk hirup kopinya tetapi tiada cecair yang masuk ke dalam mulutnya, mata yang tadinya fokus pada skrin komputer itu dibawa ke dalam cawan di bibirnya. Ternyata cawan itu sudah kosong. Qaiser mengeluh kecil, dia meletakkan cawan kopi itu di atas meja semula, tangannya mahu menekan telecom terus ke Talita namun dia berhenti sebelum jarinya sempat menyentuh butang pada telefon pejabat di atas mejanya itu.
Qaiser masih bersedia untuk bertemu Talita, keluhan terluah dari bibirnya. Qaiser bangun dari kerusinya, dia mengambil cawan yang sudah kosong itu lalu melangkah keluar dari bilik pejabatnya itu.
Kaki melangkah ke pantry, di situ dia mengerutkan dahi apabila ternampak Zayan sedang mengacau kopi dalam cawannya. Qaiser mendekati lelaki itu.
"Zayan? Kau buat apa dekat sini?" Pelik Zayan bukan pekerja di Qwatch Company tetapi boleh ada di pantry syarikatnya. Aneh betul.
Qaiser mengeluarkan kopi baru dari laci kabinet itu, dia buka mesin membuat kopi itu dan masukkan kopi ke tempatnya. Dia tekan butang pada mesin itu untuk memulakan pembuatan kopi. Cawannya yang kosong tadi dia letak ditempat khas untuk cawan di mana kopinya akan keluar nanti.
"Sup bro? Macam biasalah, datang sini nak tunggu wife to be aku untuk lunch sama-sama." Selamba Zayan bersuara dengan senyuman lebar di bibirnya, riak wajah Qaiser kelihatan terkejut dan keliru. Mana tidaknya, playboy terkemuka di sebelahnya itu sebut tentang wife to be. Itu bukan Zayan yang dia kenal.
"Apa yang kau merepek ni?" Qaiser keliru, Zayan meletakkan sudu kecil di dalam singki. Dia memandang Qaiser dan senyumannya semakin lebar.
"Talita, dia terima lamaran aku." Balas Zayan dengan senyuman yang menampakkan giginya yang putih dan tersusun itu. Qaiser tersentak dan tergamam. Dia memandang Zayan dengan riak tidak percaya. Hatinya tiba-tiba rasa sakit, Qaiser menggeleng kepalanya perlahan.
"Wait wait. Aku rasa aku silap dengar. Kau cakap apa tadi? Talita terima lamaran kau?" Sukar untuk Qaiser terima kenyataan itu. Lebih-lebih lagi dia mendapat mimpi yang memberi jawapan untuk solat istikharahnya itu.
Zayan mengangguk laju. Dia masih senyum lebar.
"Now, aku just perlu jumpa mak ayah dia untuk move to the next level. God, I'll be the most luckiest person in the world to have her, bro." Zayan berdecit kecil, suka benar dia memikirkan lamarannya diterima oleh Talita. Bahkan hubungan mereka sekarang menjadi lebih rapat dan mesra daripada biasa.
"And kau, sebagai kawan aku dan sebagai boss dia, aku nak kau layan dia baik-baik. Jangan overwork dia pula. Kesian bakal isteri aku tu nanti penat nak layan perangai workaholic kau ni." Zayan bersuara lagi, Qaiser sudah tidak dengar apa yang Zayan cakap, dia sudah dalam dunia sendiri.
Sungguh dia tidak boleh terima apa yang dia dengar tadi. Talita terima lamaran Zayan?
She can't do that. She's mine. Allah dah tunjuk yang dia milik aku! Bisik hati Qaiser, tanpa dia sedar, rasa membara untuk mendapatkan Talita semakin kuat, Qaiser rasa dia belum terlambat.
TALITA tidak henti tersenyum membaca mesej daripada Zayan itu. Matanya kekal pada skrin telefonnya, dia baru dihantar oleh Zayan kembali ke tempat kerjanya selepas makan tengah hari bersama Zayan tadi. Talita tahu Zayan bermulut manis namun dia tidak sangka Zayan juga seorang prihatin dan personalitinya sekarang tampak lebih matang daripada kali pertama mereka bertemu.

ANDA SEDANG MEMBACA
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
Romans[BAKAL TERBIT] Siapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Ta...