BAB 29

1.1K 138 10
                                    

[WRITTEN ON 15 MARCH 2023]
[UNEDITED]

[NO ONE POV]

QAISER MELANGKAH MASUK KE dalam bangunan syarikatnya, di lobi dia ternampak satu pasang kekasih yang nampak mesra membuatkan dia rasa tidak suka dan cemburu. Dia melihat Zayan membetulkan rambut Talita yang ditiup angin itu. Talita ketawa sambil mendengar Zayan bercakap dengannya.

Qaiser melangkah dekat dengan mereka, sengaja dia mendekat kerana mahu curi dengar perbualan mereka. Namun, apabila dia mahu berjalan melintasi mereka, suara Talita menegurnya.

"What happened to you?" Talita menyoal dengan riak risau, dia melihat hujung bibir Qaiser lebam itu. Tanpa sedar Talita mendekati Qaiser juga dan membiarkan Zayan di tempatnya tadi.

Qaiser melihat wajah gadis itu, hatinya tersentuh mendengar nada lembut dan riak risau Talita. Jika tidak kerana mereka belum halal, sudah lama Qaiser memeluk dan mencubit pipi Talita itu. Dato Qhalil dan Datin Faridah mendidik anaknya lebih baik daripada itu.

"Aku okay."

"He's a big guy, Talita."

Dua jejaka itu bersuara serentak, Talita menoleh memandang Zayan, matanya jatuh pada tangan Zayan yang juga lebam sedikit itu, kemudian dia memandang hujung bibir Qaiser pula.

"Awak berdua bergaduh?" Talita menyoal dengan nada tidak percaya, Qaiser memandang tepat ke dalam mata Talita, dia terkejut gadis itu boleh tahu.

Zayan pula sudah tidak senang duduk, dia menoleh ke arah lain kerana tidak mampu membalas renungan Talita.

"Awak cakap tangan awak lebam sebab file jatuh, Zayan. It's clear you're lying to me." Ujar Talita sambil memandang tajam ke arah Zayan. Talita mendengar lelaki itu mengeluh kecil sebelum membalas pandangannya.

"It doesn't matter, okay? Aku tak nak besarkan hal." Zayan bersuara dengan nada suara penat, Talita menoleh memandang Qaiser pula.

"Kenapa gaduh? Apa yang terjadi?" Sengaja Talita menyoal Qaiser kerana dia tahu kalau dia tanya Zayan, belum tentu lelaki itu akan menjawab soalannya dengan jujur.

Qaiser tidak pernah melarikan anak matanya dari wajah gadis kecil molek di depannya itu. Hari ini, Talita memakai blouse putih berlengan panjang dan mempunyai potongan leher yang agak luas memaparkan rantai bentuk hati di lehernya yang putih itu. Blouse itu di datangkan satu set dengan seluar slack putih. Blouse itu di tuck-in ke dalam seluar untuk penampilan yang lebih kemas. Manakala rambutnya pula dibiarkan lepas paras atas pinggang.

Cantik, Talita sangat cantik di mata Qaiser.

"You can ask me, Talita." Ujar Zayan menyedarkan Qaiser yang asyik menikmati keindahan ciptaan Tuhan di depannya itu.

Talita mendengar suara Zayan namun tidak menoleh memandangnya kerana dia mahukan jawapannya daripada Qaiser dan bukannya Zayan. Situasi itu membuatkan Zayan sedikit sebanyak menjadi cemburu. Dia semakin tertanya tentang hubungan Talita dan Qaiser.

"Well?" Talita masih menunggu jawapan daripada Qaiser, keningnya dinaikkan sekilas, nadanya kedengaran bossy. Qaiser tersenyum kecil, suka dia melihat gadis di depannya mahu berlagak dominan dengannya.

"We both want the same girl. He can't accept that, so he punched me." Balas Qaiser dengan senyuman sinis di bibirnya, Talita tergamam. Dia memandang Qaiser dengan riak terkejut.

JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now