Dengan berwajah dingin Tengku Aideen Ridzhan melangkah masuk ke dalam syarikatnya. Tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya.
Baru sahaja dia sampai di tingkat 30 bangunan itu tingkat dimana terletaknya officesnya tiba-tiba ada seorang memeluk tubuhnya dari belakang tanpa dia ketahui siapa orang itu. Dengan refleknya tangan yang memeluknya itu direntap kuat sehingga terlerai pelukan. Sebelum dengan pantas dia memusingkan badannya kearah tuan empunya badan yang memeluknya tadi.
"Auchh! Apa you ni!!"marah wanita itu sambil memegang kepalanya yang terhantuk ke dinding sebentar tadi kerana reflek dari Tengku Aideen Ridzhan yang merentap kuat tangannya sehingga terdorong ke belakang dan terhantuk ke dinding kerana hilang keseimbangan.
"Kau buat apa dekat sini?"tanya Tengku Aideen Ridzhan dingin dengan muka tak bersalah.
"W-what? Are you serious Ridz!? You tanya i? I buat apa dekat sini?"kata Atiya Marissa dengan wajah tidak percaya.
"Kau dengar kan? Jadi aku rasa aku tak perlu nak ulang apa yang aku cakap tadi. Kalau tak ada benda penting. Kau boleh balik! Sebab aku banyak kerja yang aku kena buat"kata Tengku Aideen Ridzhan selamba dan terus melangkah masuk kedalam officesnya meninggalkan Atiya Marissa yang masih membeku disitu kerana terkejut.
Baru sahaja Tengku Aideen Ridzhan melabuhkan punggungnya diatas kerusi kerjanya.Tiba-tiba telefonnya bernyanyi minta diangkat. Dengan malas Tengku Aideen Ridzhan mencapai telefonnya dan menekan ikon hijau lalu dilekapkan ke telinga tanpa melihat dahulu nama si pemanggil .
"Hello.."sapa Tengku Aideen Ridzhan terlebih dahulu dengan suara yang dingin.
"Hello Ridz! Apa yang Ridz dah buat ni hah!? Kenapa berkasar dengan Tiya? Dia call mommy, menangis-nangis. Dia kata Ridz tiba-tiba bercakap kasar dengan dia!! Dia buat apa dekat Ridz? Sampai Ridz jadi dingin macam ni hah!!??"marah Datin Rainun kepada anak terunanya it.
'herhh! Drama..'ucap Tengku Aideen Ridzhan didalam hati dengan muka menyampah.
"Ridz is busy mommy, we'll talk next time.Bye!"balas Tengku Aideen Ridzhan selamba sebelum terus menamatkan panggilan itu.
"E-eh Ridzzzz!? Hello??"panggil Datin Rainun sebelum wajahnya masam mencuka apabila melihat screen telefon yang sudah gelap.
"Ish! Budak bertuah ni la kannnn!"
marahnya lagi,tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh anak terunanya itu."Dah lah tu sayang. Kita tunggu jelah dia balik kejap lagi, Ridz busy tu"pujuk Tengku Adnan lembut sebelum menghirup perlahan coffee panas itu.
"Awak jangan nak membela si Ridz tu sangat! Busy apa ke bendanya? Selalu kalau busy pun! Boleh je bercakap dengan saya, tapi tadi awak tahu tak dia tutup macam tu je call. Eyyy panas pulak hati saya ni!!"bebel Datin Rainun kepada suaminya pula. Apabila melihat suaminya seperti mahu membela anak teruna mereka.
Tuk
Tuk
Tuk"Assalamualaikum"Ariana Syahira memberi salam sebelum melangkah masuk kedalam pejabat itu.
"Waklaikumusalam. Ha! Kenapa kau datang sini? Kalau nak ajak pergi makan. Aku taknak okey!"kata Qaira Aqilah tanpa memandang wajah sahabatnya itu.
"Alah kau! Macam tahu-tahu je aku nak ajak makan.. Jom lah Qai, aku lapar niii!!"pujuk Ariana Syahira sambil memegang perutnya menunjukkan dia betul-betul lapar.
"Aku banyak kerja lah. Kau ajak Aireen lah"kata Qaira Aqilah sambil tangan sibuk menyemak maklumat.
"Ish! Kejap je please..."pujuk Ariana Syahira lagi.
"Tak boleh! Kerja aku betul-betul banyak sekarang ni. Kau mintak Aireen lah temankan"kata Qaira Aqilah lagi dengan serius. Bukan dia tidak mahu teman,tapi kerjanya terlalu banyak.
"Hmm yelah.."kata Ariana Syahira sebelum terus berlalu pergi.
"Apalah nasib aku! Nak kena makan sorang-sorang. Yallah kau berikanlah hamba mu peneman hidup yallah sesungguhnya hamba mu ini penat berseorangan setiap masa.."ucap Ariana Syahira sambil berjalan menuju kearah pintu keluar utama kilang itu.
"Total RM 34.50sen.."kata cashier perempuan itu .
"Card."
"Maaf Cik. Line tak berapa okey harini, cash boleh?"kata Cashier itu dengan pertanyaan diakhir ayat.
"Saya tak ada cash lah pulak. Macam mana eh"ujar Ariana Syahira buntu. Sudahlah dia tidak ada cash, card pula tak boleh guna.
Adam Ukasyah yang sedang terburu-buru itu terus mara ke hadapan melintasi Ariana Syahira yang sedang buntu itu, untuk membuat pembayaran.
"Nah! Bayar yang dia punya sekali"kata Adam Ukasyah sambil menghulurkan duit kepada cashier perempuan itu sebanyak RM 100.
"Okey Encik! Ni resit dan baki. Terima Kasih, datang lagi"ucap cashier itu sopan sambil menghulurkan resit kepada Adam Ukasyah .
Setelah mengambil resit Adam Ukasyah terus sahaja melangkah keluar dengan terburu-buru. Dia sudah lambat! Pasti kawan-kawannya sudah menunggu .
Dengan laju Ariana Syahira mengejar langkah Adam Ukasyah sambil memanggil lelaki itu.
"Encik! Tunggu!"panggil Ariana Syahira sambil kaki laju mengejar jejaka tinggi lampai itu.
Adam Ukasyah yang rasa dirinya di panggil terus sahaja memusingkan tubuhnya memandang kearah wanita yang mengejarnya.
"Yes? Kenapa ya?"tanya Adam Ukasyah dengan kening yang dijongket kan keatas sebagai tanda tanya apabila wanita yang mengejarnya itu tepat berada dihadapannya.
"Terima Kasih sebab tolong bayarkan tadi. Boleh tahu saya boleh jumpa awak dekat mana nanti? Sebab saya nak bayar semula duit awak. Ataupun awak bagi nombor telefon awak nanti saya chat, saya transfer je"kata Ariana Syahira termengah-mengah tak dan nafas kerana berlari tadi.
"Eh! Tak apa lah. Saya ikhlas bantu awak, lagi pun saya dah lambat ni. Saya mintak diri dulu ye"ucap Adam Ukasyah dengan senyuman dan berlalu pergi tanpa dia perasan kad syarikatnya yang berada di dalam poket terjatuh ke lantai dan di kutip oleh Ariana Syahira.
"Lah ceo rupanya. Patut lah nampak kemas je!"kata Ariana Syahira sebelum menyimpan kad itu kedalam beg tangan nya dan terus berjalan menuju kearah tempat parking kereta.
Hai! Gusy.. saya kembali lagi dengan versi yang baru!!! Harap korang enjoylah ehh.
YOU ARE READING
PENGARANG JANTUNG√TENGKU AIDEEN RIDZHAN
Non-FictionBerjumpa dalam keadaan masing-masing trauma untuk bercinta kerana kisah silam yang menyakitkan. Namun begitu, kisah silam itulah yang merubah hidup mereka kepada hidup yang selalu dimabuk cinta dan bahagia sehingga salah seorang menutup mata untuk s...