"Kau nak pergi mana?"tanya Ariana Syahira yang tiba-tiba muncul di hadapan muka pintu bilik itu.
"OPOCOT! Jantung berlubang..."latah Qaira Aqilah sebelum menjeling tajam kearah Ariana Syahira yang elok menyandar di pintu biliknya.
"Ish kau ni! Dah tak reti bagi salam ke? Main terjah je!"marah Qaira Aqilah.
"Alah, rilex lah. Bukannya kau ada heart attack pun."jawab Ariana Syahira selamba.
Jelingan tajam diberi sebelum beg tangan di atas meja dicapai.
"Aku pergi dating dulu eh, lalu sikitt" kata Qaira Aqilah sebelum membuat flying kiss kepada sahabatnya.
"Macam mana kerja? Okey ke?"tanya Ahmad Fairuz Arsyad yang merupakan tunang Qaira Aqilah ketika ini.
"Okey je, U pulak macam mana kerja? Okey?"tanya Qaira Aqilah pula.
"Okey tu okey. Tapi tulah susah cuti! Ni pun nasib baik ada orang nak ganti."adu Fairuz.
"Biasalah tu kerja"
"Ha ni satu lagi, orang nak tanya sayang.."kata Fairuz sebelum memberi singnal untuk masuk ke kekanan.
"Tanya apa?"
"Mana keychain gambar kita? Bukan sayang gantung dekat handbag ni ke?"tanya Fairuz sambil jari menunjuk ke arah beg yang berada di atas riba Qaira.
Qaira Aqilah yang mendengar pertanyaan itu terus melihat begnya. Dan betul! Keychain tu tak ada. Membulat mata Qaira Aqilah sebelum dia meraup wajahnya. 'Aduh! Mana keychain tu jatuh eh' ucap nya di dalam hati. Sebelum dia teringat sesuatu.
'Yes! Mesti keychain tu jatuh masa aku jumpa mamat poyo, mulut macam bontot ayam tu haritu!"katanya lagi di dalam hati.
"Sayang? Are you okey?"tanya Fairuz dengan muka berkerut.
"H-huh? Oh okey je"jawab Qaira Aqilah yang baru tersedar dari lamunan itu.
"Ha mana keychain tu?"tanya Fairuz sekali lagi sambil mencari parking.
"Mmm keychain tu ada je dekat rumah, hari tu sayang buka sebab ingatkan nak pasang dekat telefon, tapi tak boleh"bohong Qaira Aqilah. Fairuz yang mendengar jawapan itu hanya mengangguk perlahan sebelum mematikan enjin kereta.
"Jom, kita pergi makan dulu eh? Lepastu baru shopping"kata Fairuz sebelum melangkah keluar dari kereta.
Sedang elok mereka makan tiba-tiba Fairuz meminta izin untuk ke tandas. Qaira Aqilah hanya mengangguk dan meneruskan makan. Baru sahaja dia ingin mengambil tisu untuk mengelap mulutnya tiba-tiba telefon Fairuz yang berada di depanya itu bernyanyi minta di angkat. Dengan perlahan Qaira Aqilah mencapai telefon itu. Sebelum diangkat dia terlebih dahulu melihat nama si pemanggil sebelum ikon hijau di tekan dan telefon dilekapkan ke telinga.
"Hello you? You dekat mana tu?"
membulat mata Qaira Aqilah mendengar panggilan wanita yang berada dalam talian itu."You? You dengar tak i panggil ni?"sambung wanita yang dikenali sebagai Dina itu. Apabila sapaannya tidak di balas.
"Assalamualaikum, b-boleh saya tahu awak ni sapa?"tanya Qaira Aqilah sedikit gagap dengan hati yang berdebar-debar menunggu jawapan.
"Hah? Kau tu sapa?... Ouh i see! Kau lah tunang Fairuz?"kata dina sinis.
Y-ye saya tunang dia. A-awak siapa eh?"tanya Qaira Aqilah dengan suara yang agak bergetar.
Baru sahaja Qaira Aqilah ingin mendengar jawapan Dina tiba-tiba telefon di tangannya dirampas oleh Fairuz dan panggilan itu terus di tamatkan sebelum Fairuz merentap kasar rambutnya.
YOU ARE READING
PENGARANG JANTUNG√TENGKU AIDEEN RIDZHAN
Non-FictionBerjumpa dalam keadaan masing-masing trauma untuk bercinta kerana kisah silam yang menyakitkan. Namun begitu, kisah silam itulah yang merubah hidup mereka kepada hidup yang selalu dimabuk cinta dan bahagia sehingga salah seorang menutup mata untuk s...