Sedang Tengku Aideen Ridzhan sibuk menyiapkan kerjanya yang berlambak diatas meja. Tiba-tiba pintu bilik kerjanya diterjah oleh seseorang membuatkan dia terkejut.
"We need to talk!"sergah Atiya Marissa dengan muka selamba.
"I don't have time"kata Tengku Aideen Ridzhan sebelum kembali menyambung kerjanya. Tanpa menghiraukan wanita gila dihadapannya itu.
"Kenapa you tiba-tiba putuskan pertunangan kita?" tanya Atiya Marissa walaupun dia tahu yang Tengku Aideen Ridzhan tak akan menjawab soalannya itu.
"Okey... I tahu mungkin I ada buat salah dengan you. Tapi tak perlu pun buat keputusan macam ni! Kita stay boleh bincang elok-elok, tak perlu pun sampai nak putuskan hubungan kita!"kata Atiya Marissa lagi dengan wajah tidak puas hati.
"Ridz! You dengar tak?"panggil Atiya Marissa. Panas pula hatinya apabila lelaki itu tidak melayannya dan membuat dia seperti tidak wujud di situ.
"Ridz. Please.. sekali je bagi I peluang untuk bincang benda ni dengan you. I janji lepas ni I tak akan ganggu you lagi. Bagi I tahu apa salah I sampai you putuskan pertunangan kita itu je yang I nak tahu"rayu Atiya Marissa.
Lama Tengku Aideen Ridzhan mendiamkan diri sebelum mengeluarkan 3 keping gambar dari laci kerjanya dan memanggil Atiya Marissa mendekat.
"Tengok gambar tu. Dan kau akan tahu apa sebab aku putuskan pertunangan kita secara tiba-tiba"kata Tengku Aideen Ridzhan sambil menolak 3 keping gambar itu kepada Atiya Marissa yang duduk berhadapan dengannya.
Dengan perasaan yang tidak enak Atiya Marissa mengambil gambar itu dengan tangan yang sedikit bergetar sebelum matanya terbeliak besar setelah melihat gambar-gambar itu. Gambarnya bersama Zack yang berada diatas katil tanpa sehelai benang di badan dan seketika itu juga lah kelompok matanya terasa panas.
"M-macam mana you boleh dapat gambar ni??"tanya Atiya Marissa tidak percaya.
"Kau dah tahu sebab. Jadi aku rasa kau dah boleh berambus dari sini"kata Tengku Aideen Ridzhan dingin.
Tuk
Tuk
Tuk"Masuk."
"Assalamualaikum brother" Tengku Hafiz Aiman memberi salam sambil berjalan ke arah meja kerja Tengku Aideen Ridzhan.
"Ada apa kau datang sini?"tanya Tengku Aideen Ridzhan dengan wajah serius.
"Nak ingatkan kau pasal majlis aku yang akan berlangsung 4 hari lagi"jawab Tengku Hafiz Aiman sambil tangannya memainkan perhiasan kaca yang berbentuk naga di atas meja kerja Tengku Aideen Ridzhan .
"Kalau jatuh benda tu. Aku gantung kau dekat balkoni tu"Tengku Aideen Ridzhan memberi amaran sambil menunjuk kearah balkoni yang berada di sebelah kanan ruang itu.
Dengan pantas Tengku Hafiz Aiman terus membetulkan kedudukan perhiasan itu sebelum duduknya dibetulkan seperti tidak terjadi apa-apa .
"Hurm. Kenapa dengan majlis kau? Batal ke?"dengan lacang mulut Tengku Aideen Ridzhan bertanya.
"Eh bukan setan! Aku ingatkan je bukan aku kata tak jadi. Eyyy!"marah Tengku Hafiz Aiman sebelum menjeling tajam kearah sepupunya yang beriak tidak bersalah itu.
"Ni satu lagi. Tadi aku ada nampak Tiya dekat lobi. Dia buat apa dekat sini? Jumpa kau ke?"tanya Tengku Hafiz Aiman .
"Hmm"
"What! Serius lah!? Tak malu gile perempuan tu. Kalau aku dah pergi luar negara dah hilangkan diri tapi dia boleh lagi erk datang jumpa kau"sindir Tengku Hafiz Aiman dengan muka selamba.
"Stop Fiz! Aku yang suruh dia datang. Jadi kau tak perlu masuk campur! Dan satu lagi, aku tak suka kau cakap macam tu. Faham!"tegas Tengku Aideen Ridzhan berkata sebelum menutup computernya dan berlalu pergi meninggalkan Tengku Hafiz Aiman sendirian.
"Aku mintak maaf Ridz pasal tadi"ucap Tengku Hafiz Aiman perlahan .
"Hm"
"Majlis kau nanti mak ngah sekeluarga datang ke?"tanya Tengku Aideen Ridzhan .
"Tak pasti lagi"jawab Tengku Hafiz Aiman.
"Kalau diorang datang aku harap mak ngah tak bawak lah si Aria tu"kata Tengku Hafiz Aiman selamba.
"Kenapa pulak?"
"Hurh! Kalau dia datang tak ke pasal jadi dua majlis." kata Tengku Hafiz Aiman geram.
"Hah? Maksud kau?"tanya Tengku Aideen Ridzhan pelik.
"Kau macam lah tak tahu si Aria tu macam mana kalau nampak kau! Dia punya gedik tu Nauzubillah! memang rasa nak cincang-cincang je. Aku ni nak buat majlis kahwin bukan nak buat majlis tahlil.."bebel Tengku Hafiz Aiman sebelum menjeling tajam kearah Tengku Aideen Ridzhan apabila melihat lelaki itu tergelak kecil.
"GELAK GELAK! Orang tengah serius kau boleh gelak!?"marah Tengku Hafiz Aiman.
"Habis tu takkan aku nak nangis kot? Tak ke nampak macam orang gila? Cukup kau je nampak macam orang gila.."bidas Tengku Aideen Ridzhan selamba.
"Kau pergi sana bila?"tanya Tengku Aideen Ridzhan tiba-tiba setelah senyap beberapa minit kerana makanan yang dipesan oleh mereka tiba.
"Huh? Pergi sana apa?"tanya Tengku Hafiz Aiman kembali kerana tidak faham dengan pertanyaan tiba-tiba dari sepupunya itu.
"Pergi Kelantan lah"kata Tengku Aideen Ridzhan sebelum menyuapkan nasi ayam ke dalam mulutnya.
"Ouh. Mungkin lusa sebab esok aku nak pergi ambik hantaran dengan baju dulu"jawab Tengku Hafiz Aiman.
"Eh? Korang buat baju dekat sini? Kenapa tak buat dekat sana je?"tanya Tengku Aideen Ridzhan lagi.
"Haah. Sebab baju tu adik aku yang sponsor jadi jimat sikit duit aku"kata Tengku Hafiz Aiman sebelum menghirup jus epal hijau yang dipesan olehnya tadi.
Dan setelah itu mereka hanya diam menikmati hidangan yang dipesan.
Done bab 3
Maaf lambat! Terima kasih kepada
korang yang setia menunggu🤍
Maaf bab ni agak pendek sedikit.
YOU ARE READING
PENGARANG JANTUNG√TENGKU AIDEEN RIDZHAN
Phi Hư CấuBerjumpa dalam keadaan masing-masing trauma untuk bercinta kerana kisah silam yang menyakitkan. Namun begitu, kisah silam itulah yang merubah hidup mereka kepada hidup yang selalu dimabuk cinta dan bahagia sehingga salah seorang menutup mata untuk s...