BAB 7

23 1 0
                                    

Tuk
Tuk
Tuk

Bunyi pintu yang diketuk itu menarik perhatian Tengku Aideen Ridzhan yang sedang fokus berkerja. Sebelum terlihat seorang lelaki melangkah masuk ke dalam offices nya begitu sahaja tanpa menunggu arahannya.

"Hey brother! Sibuk nampak"kata Tengku Hafiz Aiman sebelum melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan sepupunya itu.

"Hmm, kau nak apa datang sini?tanya Tengku Aideen Ridzhan sedikit dingin.

"Nak ajak kau makan sebenarnya. Dah lama kita tak makan sekali"kata Tengku Hafiz Aiman. Yeah! Lama sudah mereka tidak pergi makan sekali. Last makan sekali sebulan lepas, sebelum majlis kahwinnya berlangsung.

"Kejap lagi lah. Aku nak buat benda ni dulu"kata Tengku Aideen Ridzhan pula.

Setelah agak lama mereka berdua berdiam diri akhirnya Tengku Hafiz Aiman memecahkan suasana hening itu.

"Haritu masa balik dari honeymoon aku ada ternampak Tiya dekat airport..."kata Tengku Hafiz Aiman tiba-tiba. Dan kata-kata itu telah membuatkan Tengku Aideen Ridzhan terus berhenti dari membuat kerja sebelum mata di tumpukan kepada Tengku Hafiz Aiman.

"Dia nak pergi mana?"tanya Tengku Aideen Ridzhan dengan kerutan di dahi.

"Aku tak pasti. Tapi dia dengan seorang lelaki asing, dan aku tak rasa tu lelaki yang sama macam dalam gambar yang kau bagi haritu"kata Tengku Hafiz Aiman yakin.

"Maksud kau? Lelaki yang kau jumpa tu adalah lelaki yang berlainan dengan yang dalam gambar?"teka Tengku Aideen Ridzhan pantas.

"Yeah exactly!"kata Tengku Hafiz Aiman dengan senyuman.

"Aku ada gambar diorang, tunggu kejap"kata Tengku Hafiz Aiman lagi sebelum mengeluarkan telefon 14 pro max nya dari kocek seluar dan membuka gambar itu.

Tengku Aideen Ridzhan mengambil telefon itu sebelum gambar itu diteliti. Ye! Lelaki ini berbeza dengan lelaki yang ada didalam gambar sebelumnya.

Tapi kenapa dia rasa macam lelaki di dalam gambar itu seperti dia pernah lihat? Namun tidak ingat dimana.

"Oi! Berkerut betul dahi kau. Fikir apa?"tanya Tengku Hafiz Aiman apabila melihat sepupunya itu sudah tenggelam jauh didalam dunianya sendiri.

Tengku Aideen Ridzhan yang tersedar dari lamunan itu terus meletakkan telefon itu sebelum berdehem beberapa kali bagi membetulkan kotak suaranya.

"Send gambar tu dekat aku. Lepastu mintak Ryan cari biodata jantan tu and tempat yang diorang pergi"arah Tengku Aideen Ridzhan mudah sebelum menutup komputernya dan melangkah keluar dari offices nya diikuti oleh Tengku Hafiz Aiman dibelakang.

"Apa rancangan kau?"tanya Tengku Hafiz Aiman sambil berpeluk tubuh dan menyandar di dinding kaca lift itu.

"Aku nak cari Zack dulu, lepastu baru aku settlekan jantan tu"singkat padat dan jelas. Jangan bermain api dengan seseorang yang bernama Tengku Aideen Ridzhan. Dia boleh jadi kejam sekejamnya kalau dia mahu,lama dia tinggalkan kerja macam ni. Namun perangai Atiya Marissa telah kembalikan dia ke dunia asalnya.

"Kau nak bunuh diorang?"tenang Tengku Hafiz Aiman bertanya.

"Tak lah. Aku just nak bermain-main je"kata Tengku Aideen Ridzhan sebelum tersenyum sinis.

"Macam mana dengan Tiya pulak? Kau nak bermain-main jugak?"tanya Tengku Hafiz Aiman lagi.

"Wait and see! Yang penting aku takkan buat benda tu dalam masa terdekat"kata Tengku Aideen Ridzhan sebelum melangkah keluar dari lift itu dengan wajah dingin.

Tuk
Tuk
Tuk

"Masuk" tenang suara itu menyuruh.

"Maaf mengganggu boss. Ada orang nak jumpa boss dia tengah tunggu dekat luar"kata wanita yang merupakan PA Adam Ukasyah itu.

"Suruh dia masuk"mudah arahan Adam Ukasyah.

"Assalamualaikum"wanita itu memberi salam sebelum masuk ke dalam offices Adam Ukasyah.

"Walaikumusalam"jawab Adam Ukasyah sebelum wajahnya diangkat memandang wanita yang berdiri betul-betul dihadapan mejanya.

"Hi! Lama tak jumpa kan"sapa wanita itu dengan senyuman.

Melihat wajah Adam Ukasyah yang blur itu, terus Ariana Syahira mengingatkan lelaki itu tentang mereka.

"Saya Ariana Syahira, dan kita pernah jumpa dekat cafe. Awak tolong bayarkan makanan saya. Ingat?"kata Ariana Syahira dengan senyuman manis.

"Ouhh! Ye ye.. Salam kenal and jemput lah duduk"kata Adam Ukasyah pula dengan senyuman manis.

"Thank you"

"Macam mana you boleh tahu I kerja sini?"tanya Adam Ukasyah

"Card syarikat you terjatuh masa you berlari haritu"terang Ariana Syahira. Adam Ukasyah hanya mengangguk faham.

"I see! One more soalan. Kenapa you cari I sampai sini?"tanya Adam Ukasyah lagi dengan dahi yang sedikit berkerut.

"I nak bayar balik duit you"tenang suara itu berkata. Sebelum handbag dibuka dan telefon di keluarkan.

"I dah cakap kan yang I ikhlas tolong you.."ujar Adam Ukasyah tenang.

"Yes! Memang you ikhlas, tapi I tak sedap lah. Lagipun kita bukan saling mengenali hubungan pun tak ada"kata Ariana Syahira pula.

"Kalau macam tu jom kita kenal dengan lebih rapat nak?"tenang soalan itu meniti dibibir Adam Ukasyah.

"Huh?"

"Meh sini telefon tu"kata Adam Ukasyah sebelum menyambut lembut huluran dari Ariana Syahira.

"Okey siap"ucap Adam Ukasyah dengan senyuman sebelum menghulurkan kembali telefon bimbit itu kepada tuannya.

"Apa yang siap?"tanya Ariana Syahira tidak faham, sebelum melihat telefonnya apabila Adam Ukasyah memberi isyarat supaya melihat screen telefon itu.

"Ouhh jadi kita kawan lah ni?"
tanyanya lagi polos. Adam Ukasyah hanya mengangguk perlahan mengiyakan kata-kata itu.

Jarang sekali Adam Ukasyah tersenyum, namun harini tidak tahu mengapa terasa murah sahaja bibirnya ingin mengukir senyuman manis kepada wanita itu.

Done bab7
Jangan lupa vote yee!

PENGARANG JANTUNG√TENGKU AIDEEN RIDZHAN Where stories live. Discover now