"Eh Riel, kau dah tanya ke si Syah tu dia kat mana?"soal Aaryan Mikhael dengan sebelah kening dijongket ke atas.
"Aku da..."belum sempat Engku Fawwas Airiel menjawab soalan yang ditanya oleh Aaryan Mikhael. Tengku Aideen Ridzhan terlebih dahulu memotong.
"Tu dia dah sampai"kata Tengku Aideen Ridzhan sedikit dingin sebelum menghirup sedikit coffe panas itu.
"Sorry guys! I'm late because I had a little problem earlier"kata Adam Ukasyah sebelum melabuhkan punggung di tempat yang berhadapan dengan Faliq Erdean.
"Hurh! Kebas punggung aku tunggu kau!"marah Aaryan Mikhael sebelum menjeling tajam kearah Adam Ukasyah .
"Habistu kenapa kau tak berdiri?"tanya Adam Ukasyah polos.
"Maksud kau?"tanya Aaryan Mikhael tidak faham, soalan berbalas soalan.
"Dah kau cakap kau kebas punggung kan? sebab tunggu aku sambil duduk. Jadi aku tanya lah, kenapa kau tak berdiri?"ulang Adam Ukasyah sekali lagi dengan jelas, membuatkan Aaryan Mikhael mengetap bibirnya.
"Eh kau! Eyyy ni kalau aku tak ingat dekat tempat awam dah lama aku sumbat mulut kau pakai besi panas"
marah Aaryan Mikhael sambil bercekak pinggang."Stupid."kata Faliq Erdean selamba, membuatkan Aaryan Mikhael terus memusingkan wajah kearahnya dengan muka terkejut.
"A-apa kau cakap?"tanya Aaryan tidak percaya .
"He said you're stupid"jawab Tengku Aideen Ridzhan selamba menggantikan Faliq Erdean .
"W-what! Kau pun sama Ridz? Sampai hati korang"kata Aaryan sebelum memuncungkan bibirnya dan memeluk tubuh tanda protes.
"Dah! Tak payah nak berdrama sangat"
Tengku Hafiz Aiman bersuara setelah sekian lama berdiam diri ."Ha Ridz! Apa benda penting yang kau nak bincang tadi? Pasal apa?"tanya Tengku Hafiz Aiman sambil memandang kearah Tengku Aideen Ridzhan yang berdiam diri itu.
"About, Atiya Marissa"dengan tenang Tengku Aideen Ridzhan menyebut nama itu.
"Hah? Kenapa dengan dia? Dia nak percepatkan tarikh perkahwinan ke"tanya Tengku Hafiz Aiman pelik.
"He cheated"kata Tengku Aideen Ridzhan sebelum wajahnya bertukar sedikit ketat.
"W-what!?"kata mereka semua hampir serentak kerana terkejut .
"Kau tengah menipu kitaorang kan? Takkan lah Tiya nak buat macam tu, tak percaya aku"kata Tengku Hafiz Aiman sebelum kepalanya digeleng-geleng beberapa kali tidak percaya.
Tengku Aideen Ridzhan terdiam sesaat sebelum mengambil sesuatu dari poket seluarnya dan melemparkan itu keatas meja membuat semua sahabatnya terkejut.
"G-gila punya perempuan!"dingin Tengku Hafiz Aiman bersuara setelah melihat gambar Atiya Marissa sedang tidur bersama seorang lelaki di atas katil.
"Jadi apa rancangan kau?"tanya Faliq Erdean.
"I will find that man. And I will break off our engagement as soon as possible"jawab Tengku Aideen Ridzhan dengan muka yang masih ketat.
"Kau nak kitaorang tolong?"tanya Faliq Erdean lagi.
"No need. I will find him myself, you just wait for my next instructions"jawab Tengku Aideen Ridzhan sebelum dia terus bangun dari duduknya dan berlalu pergi begitu sahaja .
Tengku Aideen Ridzhan memecut laju keretanya membelah lebuhraya itu. Tujuan utamanya ialah mansion the TA×RE singkatan dari (TENGKU ADNAN×RAINUN ELYNIA).
"Assalamualaikum"Tengku Aideen Ridzhan memberi salam.
"Waklaikumusalam. Haa Ridz! Balik pun"sergah Datin Rainun Elina dengan mengejut sebelum menarik tangan anak terunanya itu menunju ke ruang tamu.
"Ape cerita ni Ridz? Kenapa berkasar dengan Tiya tiba-tiba? Tarikh kahwin korang lagi beberapa bulan je"tanya Datin Rainun dengan nada sedikit kecewa.
"Ridz minta maaf my! Tapi Ridz rasa dah tak boleh teruskan hubungan kami.."kata Tengku Aideen Ridzhan lembut.
"A-apa maksud Ridz? Mommy tak faham lah?"tanya Datin Rainun sambil menggeleng kepalanya beberapa kali, tidak percaya. Bukan dia tidak faham maksud anaknya tetapi dia tidak boleh menerima keputusan itu.
"Ridz tahu mommy paham... Dan Ridz rasa Ridz tak perlu terangkan lagi. Ridz minta maaf kalau mommy kecewa. Ridz buat semua ni untuk kebaikan keluarga kita dan untuk selamatkan masa depan Ridz juga"ucap Tengku Aideen Ridzhan lembut, berharap sangat supaya mommy nya paham dan tidak mendesaknya untuk memberitahu perkara sebenar.
Mendengar ucapan dari anak terunanya seketika Datin Rainun terdiam seribu bahasa. Tidak mampu berkata apa-apa lagi, dia tahu anaknya tidak suka dipaksa dan dia tahu anaknya ini pasti ada sebab mengapa anaknya memutuskan hubungan dengan Atiya Marissa secara tiba-tiba .
"Ridz minta diri dulu.."pinta Tengku Aideen Ridzhan sebelum mencium lembut telapak tangan ibunya .
Baru sahaja Tengku Aideen Ridzhan berjalan dua langkah tiba-tiba Datin Rainun kembali menyeru namanya.
"Ridz! Tunggu"panggil Datin Rainun.
"Tiya curang kan?"tanya Datin Rainun tiba-tiba membuatkan Tengku Aideen Ridzhan terus berpaling kearahnya dengan wajah yang terkejut 'mana mommy tahu?'.
"Mommy tanya ni? Betul ke?"tanya Datin Rainun dengan suara yang sedikit bergetar.
"M-mana mommy tahu?"tanya Tengku Aideen Ridzhan .
"J-jadi betul lah kan?! Jadi apa yang mommy nampak haritu."kata Datin Rainun dengan nada kecewa sebelum dia jatuh terduduk di sofa.
"M-maksud mommy?"tanya Tengku Aideen Ridzhan pelik.
"2 minggu lepas masa mommy keluar pergi beli barang, mommy nampak tiya dengan seorang lelaki tengah berjalan sambil berpelukan. Mommy tegur dia.. nampak muka diam macam terkejut dan masa tu mommy dah curiga dengan dia.. tapi dia cakap yang tu cousin dia bila mommy tanya Aunty Meila pun Aunty Meila cakap benda yang sama jadi mommy percayakan diorang. Tapi tak sangka diorang sanggup menipu mommy macam ni.."cerita Datin Rainun panjang lebar sebelum air mata yang ditahan sedari tadi tertumpah jua menitis di pipi. Bukan kerana marah tapi (kecewa). Kecewa apabila sahabat baiknya sendiri sanggup menipunya.
Tengku Aideen Ridzhan yang mendengar cerita itu terus terkedu,tak mampu berkata apa-apa. Setahu dia Aunty Meila sangat rapat dengan ibunya dan sangat baik hati. Setiap kali berjumpa mereka bagaikan isi dan kuku tidak boleh berpisah. Dan sebab ini juga la dia terima Atiya Marissa dahulu,
namun tidak dijangka mereka sanggup berbuat demikian.Done Bab 2
Harap-harap version
Baru ni dapat memuaskan
Hati para pembaca. Maaf jika ada
Kesilapan bahasaa..happy reading!!
YOU ARE READING
PENGARANG JANTUNG√TENGKU AIDEEN RIDZHAN
No FicciónBerjumpa dalam keadaan masing-masing trauma untuk bercinta kerana kisah silam yang menyakitkan. Namun begitu, kisah silam itulah yang merubah hidup mereka kepada hidup yang selalu dimabuk cinta dan bahagia sehingga salah seorang menutup mata untuk s...