Bab 2 ✓

55 28 3
                                    


Keadaan pasar malam yang riuh rendah itu telah menjadi kebiasaan baginya. Dia ligat membakar sate di situ sambil ditemani oleh Firash. Harith bekerja dengan Ayah Firash, Encik Fikri yang menjual sate di pasar malam itu.

"Cik adik yang manis marilah beli Sate!! Abang - abang yang hensem, meh la beli Sate!! Sate!Sate! Siapa beli dia jadi muda selamanya!!!" Jerit Firash. Harith telah menarik topi di kepalanya untuk menutup wajahnya. Malunya. Kawan siapa ni?

Encik Fikri menepuk kepala anaknya. Nak marah pun tak boleh sebab Firash sahaja yang tak malu untuk menarik perhatian pelanggan membeli sate mereka.

" Promote la betul-betul."

"Betul-betullah ni ayah. Siapa je tak nak muda selamanya? Aduh!" Dicubit lengan Firash. Yang bukan-bukan je anak dia ni! Harith tersenyum melihat telatah dua beranak itu.

"Pak cik." Panggil seseorang. Firash segera bergerak untuk melayan pelanggan yang datang itu.

"Ye cik, nak beli apa?" Kelihatan gadis itu sedikit malu untuk berbicara. Dia memandang sekelilingnya sebelum memanggil seseorang untuk datang ke gerai itu.

"Akak, tolong ryn order sate ayam lima." Bisik gadis itu kepada kakaknya.

"Sate ayam lima." Kata seseorang. Mengeras badan Harith mendengar suara itu. Dia mengintai sedikit disebalik topinya. Qaiffa. Yang di sampingnya itu pasti Qairyn, adik perempuannya.

"Boleh-boleh. Semua sekali RM 4." Qaiffa menghulurkan duit tersebut kepada Firash. Kemudian,dua beradik itu berlalu pergi ke gerai yang lain.

'Tak sangka, anak orang kaya pun datang ke pasar malam.' Gumamnya dalam hati. Encik Fikri yang berdehem mengejutkannya dan kembali melakukan kerjanya. Sate yang sedang dibakar itu dikipas supaya cepat masak.

***

"Kak. Hensemlah abang tadi." Kata Qairyn sambil melahap sate ayam yang dibelinya tadi.

"Makan jangan bercakap." Tegur Qaiffa. Dia sibuk membaca novel di telefonnya. Wattpad. Aplikasi membaca yang menjadi kegemarannya sejak tingkatan 1. Banyak sahaja cerita yang menarik di situ.

"Akak tu berjalan jangan tengok telefon." Kata Qairyn. Setelah habis makan, dia membuang plastik tadi ke dalam tong sampah. Masing-masing berdiri menunggu pemandu kereta mengambil mereka. Sedang asyik Qaiffa membaca, dia mendengar adiknya ketawa. Terus dia menyimpan telefonnya ke dalam poket.

"Kenapa kau ni?"

" Tak ada apa-apa. Hehehe." Kata adiknya. Tiba-tiba je gelak, takut pulak dia. Qairyn sedang tersenyum-senyum melihat telefonnya. Mungkin berbalas pesanan dengan rakan sekelas? Matanya meliar melihat keadaan yang ramai di luar pasar malam itu. Ada yang baru masuk dan ada juga yang baru keluar. Sesak tapi dia suka.

Qaiffa suka melihat orang- orang yang berniaga di pasar malam. Tak hina pun orang yang bekerja di situ. Ramai orang menganggap yang bekerja di pasar inilah yang tiada masa hadapan sedangkan hakikatnya menjadi peniaga itu mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka.

Titik peluh para peniaga itu dibayar dengan keramaian pelanggan yang hadir di gerai mereka. Baginya, kemahiran peniaga di pasar itu jauh berbeza dengan orang-orang yang bekerja di syarikat besar. Kalau mereka letak pekerja-pekerja di syarikat ternama di pasar, belum tentu mereka mampu untuk mendapatkan pelanggan sepertimana para peniaga itu buat.

"Kak, Pak Tam dah sampai." Terhenti lamunannya apabila mendengar suara adiknya memanggil. Mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan tersebut. Mata dilelapkan untuk berehat seketika sebelum dia menjadi burung hantu sekejap lagi.

TAKDIR KAU DAN AKU (SU)Where stories live. Discover now