Bab 8 ✓

28 15 6
                                    


Qaiffa meletakkan bukunya di atas meja perpustakaan. Dia pergi ke bahagian rak novel. Saat dia sedang mencari novel 'Seseorang untuk aku', dia terdengar suara seseorang yang sedang yang membebel.

"Tak guna betul. Kalau tadi, tarik rambut dia kan bagus! Dahlah rambut karat!!"

"Shuh!" Tegurnya. Bising betul. Dalam perpustakaan pun nak bising. Tersentak dua pelajar lelaki yang sedang berdiri di sudut permainan dalaman. Kedua-duanya memandang ke arah dirinya.

"Maaf." Kata Firash perlahan. Dia turut dapat melihat jelingan maut pengawas perpustakaan itu. Amaran pertama. Habislah kalau dia bising lagi. Nanti mesti kena halau. Dia memandang Harith yang kaku di situ. Ditarik tangan Harith untuk bersila di lantai yang mempunyai meja kecil. Dia mengambil blok kayu dan disusun tinggi.

"Jom main." Ajak Firash. Gila! Sah kawan dia ni dah tak betul. Kalau blok kayu tu jatuh, habis bising nanti. Pasti mengganggu Qaiffa nanti. Sempat dia teringat kepada gadis itu. Manakan tidak, orangnya telah berada di hadapannya.

Harith menarik perlahan-lahan blok kayu itu. Matanya kadangkala menghala ke arah Qaiffa yang ralit mencari buku. Tak lama kemudian, blok kayu itu mula tidak stabil. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menarik sebongkah kayu di bahagian bawah. Selamat!

Tergamam Firash melihat keadaan blok kayu yang sudah pastinya tumbang sebentar lagi. Namun, dia tidak berputus asa. Dia cuba untuk menarik sebongkah kayu pada bahagian tengah. Tiba-tiba, meja itu bergegar dan menyebabkan bongkah itu jatuh.

"Shuhhhhh!!!!!!" Marah pengawas perpustakaan yang sedang memandang mereka dari kaunter. Kepala ditundukkan berkali-kali memohon kemaafan. Sengaja betul Harith ni! Dia pasti rakannya yang menendang sedikit meja tadi. Baru Firash hendak marah, dia melihat kelibat Harith lesap.

'Eh mana dia pergi?' Tanya dia di dalam hati.

****

"Tingginya." Keluh Qaiffa. Penat dia cari, akhirnya jumpa pun. Namun, masalahnya sekarang dia tidak sampai kerana novel itu berada pada bahagian atas. Dia memandang ke arah kerusi kayu yang berada di hujung sudut. Dia pergi ke sana dan mengambil kerusi itu.

Qaiffa memanjat kerusi tersebut namun novel itu telah tiada di situ. Hilang!Matanya melihat sekitar rak itu. Novel itu ada kaki ke?

'Mungkin ada orang lain dah ambil.' Detik hatinya. Kerusi diletakkan semula dan dia berlalu ke mejanya. Baru nak pinjam.

"Eh macam mana boleh ada dekat sini?" Soalnya sendirian apabila melihat novel 'Seseorang untuk aku' itu terletak elok di atas mejanya. Ada sehelai nota diletakkan di celahan muka surat.

'You should ask for the help if you can't do something, Adinda :).'

Siap ada senyuman lagi. Siapa yang bagi ni? Dia melihat sekeliling ada dua tiga pelajar yang berada di sana tetapi semuanya perempuan. Dia menoleh ke arah dua pelajar lelaki yang sedang khusyuk bermain. Mustahillah meraka yang bantu.

Sekejap, macam mana orang ni boleh tahu namanya? Pelik. Tanpa dia sedar, ada seseorang tersenyum memandang ke arahnya.

TAKDIR KAU DAN AKU (SU)Where stories live. Discover now