Bab 6 ✓

29 19 5
                                    


"Jadi, siapa yang tiru siapa?" Tanya Puan Nisa. Harith mengerling ke arah Tiara yang dengan sombongnya memintal-mintal rambutnya. Kalau ikutkan hatinya, memang dia marah. Tapi dia cuba untuk tidak mengikuti api kemarahannya. Sesungguhnya sifat marah itu daripada syaitan.
Beristighfar Harith di dalam hati.

"Cikgu, saya rasa cikgu lebih tahu kalau saya lagi berbakat daripada dia." Kata Tiara sambil memandang Harith yang hanya membisu. Andai sahaja gadis itu didik dengan baik, pasti dia mampu untuk menjadi seperti sebuah 'tiara' yang sebenar. Mahkota yang terindah seperti namanya.

"Harith?" Diam. Cikgu Nisa mengeluh. Sejujurnya, dia lebih mempercayai Harith. Dia tahu bakat anak muridnya itu seperti apa. Lukisan yang dihasilkan pasti membawa makna sesuatu dan mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Tiara, kamu pergi balik kelas dulu." Gadis itu tersenyum angkuh dan berlalu pergi.

"Harith, saya tahu kamu tak meniru. Tapi saya perlukan bukti." Dia hanya menganggukkan sahaja mendengar perkataan yang keluar dari mulut Puan Nisa. Bagaimana dia hendak mencari bukti sedangkan dia pasti tiada sesiapa yang akan membantunya. Dia tidak mahu meminta bantuan Firash kerana telah banyak menyusahkan rakannya itu.

Dia berlalu pergi dari bilik guru dengan perasaan yang gusar. Dia melihat Firash yang setia menantinya di hujung koridor. Dia melambai tangan ke arah Harith untuk menghampirinya.

"Macam mana?"

"Macam tulah. Kena cari bukti supaya dapat buktikan lukisan aku tu yang ditiru." Kata Harith. Firash menepuk perlahan bahu rakannya. Dia tahu dia tidak mampu untuk menolong banyak tapi dia akan cuba juga. A true friend will not leave their friends alone when they are struggling.

"Tak apa. Nanti kita cuba ikhtiar sesuatu. Kau doa jugalah dekat Allah SWT supaya kita dapat bukti nanti." Mereka berdua melangkah pergi ke kantin setelah mendengar loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat.

****

"Qai..."

"No."

"Tolonglah! Kau sahaja yang berani nak bercakap dengan sesiapa." Raisha memandang wajah Qaiffa dengan penuh harapan. Surat di tangannya dihulurkan kepada Qaiffa. Qaiffa berdecit. Surat cinta.

"Kau nak, kau bagi sendiri. Effort sendiri kena ada." Kata Qaiffa. Dia ingin berlalu pergi namun lengannya ditarik dan surat itu diletakkannya ditangannya.

"Terima kasih tau Iffa!!!" Jerit Raisha sambil berlari meninggalkan Qaiffa bersendirian di situ. Dia menghembus nafas dengan kasar. Tak guna punya kawan! Dilihat Nadim sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya sambil berjalan menuju ke kantin.

"Oi!" Panggil Qaiffa. Nadim berpaling ke arahnya. Dia memerhatikan pelajar perempuan yang datang menghampirinya.

"Nah, ambil." Nadim mengambil surat tersebut.Dia memandang surat yang dihulurkan oleh pelajar junior tadi. Qaiffa berlalu pergi setelah surat itu diserahkan.

"Wahh...Dim. Surat Cinta weyhh!!" Jerit rakannya. Tanpa mereka sedar, ada mata yang memandang. Rasa berat di jiwa. Namun, siapalah dia hendak menghalang perasaan orang lain. Yang dicintai pasti akan mencintai. Persoalannya, adakah itu dia atau seseorang yang lain?

TAKDIR KAU DAN AKU (SU)Where stories live. Discover now