Bab 9 ✓

25 12 1
                                    


Harith mengibas-ngibas sate di hadapannya sambil memerhatikan pengunjung yang mula hadir ke pasar malam itu. Hari ini, dia harus bekerja sendiri kerana Firash menemani ayahnya pergi ke hospital untuk melawat saudara mereka. Untung bukan rakannya? Masih lagi dapat merasai nikmatnya kasih sayang kedua orang tua. Sedangkan dia sebatang kara.

"Bang, nak order sate." Panggilan daripada pelanggan yang datang membuatkan lamunannya terhenti. Dia terus bergerak untuk melayani pelanggan tersebut. Semakin lama, semakin ramai pelanggan yang datang untuk membeli sate. Hampir sahaja dia tidak menang tangan melayani semua pelanggan tersebut.

Jam ditangan dilihat. Pukul 11 malam.
'Dah boleh tutup ni.' katanya di dalam hati. Dia mengemas barang-barang berniaga tadi. Tiba-tiba, seseorang muncul di hadapannya.

"Bang, erm sate ayam ada lagi tak?" Dia menoleh dan melihat Qairyn yang berada di hadapannya. Sekejap! Kalau Qairyn di sini maksudnya...
Mata Harith meliar melihat sekitarnya. Tiada pula pujaan hati dia di sini. Hanya ada seorang pak cik yang berpakaian formal seperti seorang pemandu peribadi. Mungkin pekerja keluarga mereka.

"Maaf, dah habis." Kata Harith sambil memandang ke arah lain. Dia menunggu kehadiran Encik Fikri untuk membawa van pulang bersama-sama barang niaga mereka. Dia masih belum mempunyai lesen memandu, kalau tidak dia dah bergerak pulang dah sekarang.

"Tak ada langsung ke?"

"Ya." Singkat sahaja balasannya. Suasana menjadi sepi seketika. Dia sangka gadis itu telah pergi, rupanya tidak. Saat dia mengangkat wajahnya disebalik topi yang dipakai, matanya secara tidak sengaja memandang tepat pada anak mata Qairyn. Terus sahaja dia menoleh ke arah tempat lain.

' Astaghfirullahalazim.' Detik hatinya. Mungkin dia kelihatan sombong namun itulah yang sebaiknya. Biarlah apa orang nak fikir.

"Cik Qairyn, jomlah kita pulang. Dah lewat ni." Qairyn tidak membantah dan berlalu pergi mengikuti pemandu peribadinya. Di dalam kereta dia hanya mendiamkan diri sahaja. Ingatannya terbayang iris amber milik Harith yang cukup unik itu. Ketika detik itu, dia terkaku. Namun, panahan mata walaupun secara tidak sengaja itu mampu memberikan sedikit getaran pada hatinya.

' Qairyn, lupakan je. Kau muda lagi.' Bermonolog dia sendirian.

****

"Harith!" Firash berlari-lari anak mendapatkan Harith yang sedang duduk di batu besar di belakang van. Kelihatan Encik Fikri turut menghampirinya.

"Nah, pak cik." Wang hasil jualan diserahkannya. Dia mengambil beg sandang miliknya dan beransur pulang. Encik Fikri sempat memberikannya gaji pada hari ini. Dia berlalu pergi dan menunggu bas di stesen bas. Itulah rutinnya setiap hari.

Nak kata jemu, sudah tentu. Namun, itulah lumrah kehidupan. Itu sahaja cara untuk dia bertahan hidup. Orang tua dulu-dulu pernah mengatakan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Peribahasa tersebut mampu menggambarkan kehidupannya.

Setibanya bas, dia menaiki bas tersebut dan duduk di bahagian tepi tingkap. Harith melihat betapa sibuknya bandar metropolitan tempat dia menetap walaupun jam telah menunjukkan hampir tengah malam. Dia mengeluarkan earphone bersama telefon pintar dan mula mendengar lagu.

Setelah tiba di kawasan perumahannya, dia turun daripada bas dan berjalan pulang. Ketika dia sedang berjalan, Harith merasakan seseorang memerhatikannya. Dia hanya mengendahkan perkara itu dengan menganggapnya sebagai perasaan dirinya sahaja. Langkah diteruskan sehingga dia masuk ke dalam rumah.

TAKDIR KAU DAN AKU (SU)Where stories live. Discover now