Bab 10 ✓

26 11 0
                                    


Mata dikesat untuk menghilangkan rasa mengantuknya. Bunyi telefon yang berdering membuatkan dia terjaga dari tidur. Harith melihat nama si pemanggil yang mengganggu ketenteramannya di pagi hari ini.

"Assalamualaikum.." Tanpa aba-aba, dia diserang dengan pelbagai soalan bertubi-tubi daripada Firash.

"Waalaikumussalam. Harith, kau cuti ke hari ni? Kau tak sihat ke? Kenapa kau tak datang hari ni? Tadi Cikgu Nisa cari kau."

"Apa kau merepek ni? Baru pukul 6.30." Balas Harith sambil melihat ke arah jam dinding. Pukul 10. Ohh.... Terbeliak matanya!

"Ustaz Harith, sila buka mata besar-besar dan lihat jam sekarang. Dah pukul 10 pagi! Dah dekat waktu rehat, tahu tak!! " Balas Firash. Geram pula dia.

"Kau nak datang sekolah ke tak?"

"Tak rasanya. Dah lambat sangat ni." Kata Harith. Dia meraup kasar wajahnya. Mesti dia tertidur selepas solat subuh pagi tadi. Dia ingat nak lelap mata sahaja, tahu-tahu sahaja dia dah naik kereta api menuju ke alam mimpi pula. Mungkin dia terlalu penat.

" Habis aku ni? Siapa nak rehat dengan aku?"

"Rehatlah dengan budak kelas yang lain." Harith bangkit dari katilnya dan mengambil tuala yang disangkut pada belakang pintu. Telefon masih ditekap di telinganya.

"Eh, kau ni. Tak apalah, aku rehat dekat perpustakaan hari ni. Kita jumpa malam nanti." Kata Firash sebelum dia menamatkan panggilan. Harith meletakkan telefon pintarnya ke meja sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk menyegarkan dirinya.

****

Keriuhan kelas 4 S1 secara tiba-tiba menjadi sunyi apabila pintu kelas dibuka secara tiba-tiba. Semua mata tertumpu pada pelajar perempuan yang muncul di pintu kelas mereka. Apa pelajar kelas hadapan buat di sini?

"Kekanda Harith..ada tak?" Tanya pelajar perempuan itu. Dia melihat kerutan beberapa orang pelajar. ' Nama classmate sendiri pun tak tahu ke?' Soalnya di dalam hati.

"Dia tak datang hari ini." Jawab seorang pelajar di situ. Qaiffa menganggukkan kepalanya. Dia menutup kembali pintu kelas dan beredar. Baru ingat dia nak minta Harith menjadi tutornya untuk addmath.

<<<<<

Flashback...

Cikgu Lim memintanya untuk meminta Qaiffa untuk mengambil kertas latihan addmath di atas mejanya di bilik guru. Qaiffa yang sibuk mengira jumlah kertas latihan itu, secara tidak sengaja dia melihat kertas latihan yang mempunyai markah 100. Terus sahaja dia mengambil kertas tersebut dan melihat nama kepada empunya kertas latihan itu.

"Kekanda Harith bin Fadzli? Sekejap." Dia mengeluarkan kad pelajar yang dia jumpa tempoh hari daripada dompetnya. Orang yang sama! Kalaulah dia tahu dari awal, mungkin dia pergi pulangkan sahaja kad itu dan meminta Harith untuk menjadi tutornya lebih awal.

"I found you." Semua guru akan pergi bermesyuarat sebentar lagi. Qaiffa merasakan itu waktu yang sesuai untuk dia bertemu empat mata dengan Harith. Dia keluar dari bilik guru dengan hati yang agak senang.

End of the flashback

>>>>

"Kenapalah kau tak datang hari ni?" Soal Qaiffa sendirian. Dia menatap kad pelajar milik Harith. Dalam diam, dia mengakui kalau Harith nampak comel di matanya walaupun dengan cermin mata petak.

Namun, itu hanya di dalam gambar sahaja. Mana tahu jika bertemu dengan Harith nanti, wajah dia tidak sama seperti yang di dalam gambar itu.

Kringgg!!!

Loceng rehat berbunyi menandakan waktu rehat. Dia menyimpan kad pelajar itu semula dan bergerak menuju ke kantin.


TAKDIR KAU DAN AKU (SU)Where stories live. Discover now