Bab 5 ✓

33 19 4
                                    


"Qaiffa, soalan yang ini kamu buat salah." Cikgu Lim menunjukkan beberapa soalan matematik tambahan yang salah dilakukannya. Dia fikir cikgu ingin meminta bantuannya tadi, rupanya disebaliknya. Sakit mata Qaiffa melihat jalan kerja yang dilakukannya, itu belum dikira lagi dengan sakit hati yang sedang melonjak naik. Bilalah dia nak mahir dalam subjek ni?

"Kamu faham tak?" Tersentak Qaiffa apabila ditegur oleh Cikgu Lim. Dia hanya menganggukkan kepala sahaja. Tidak mahu berlama-lama di situ. Dia meminta diri untuk kembali ke kelas semula. Matanya sempat melihat markah kertas latihan matematik tambahan milik pelajar lain. 100%! Terbuka luas matanya.

"Ke..." Nama pemilik kertas latihan itu belum sempat dia lihat kerana cikgu Lim meletakkan sebuah buku di atas kertas itu. Qaiffa berlalu keluar dari bilik guru. Dia tertanya-tanya siapakah pemilik kertas latihan tadi. Bukan dia tak perasan, hampir beberapa kali dia melihat kertas latihan yang mempunyai markah 100 namun tiada nama yang tertulis. Baru kali ini, dia dapat melihat nama pelajar itu tetapi tak sempat.

"Ish! Sikit sahaja lagi nak tahu siapa punya kertas tu!" Gumamnya sendiri. Nak bertanyakan pada Cikgu Lim, nanti pasti lagi lama dia berada di situ. Nanti dia disoal siasat pula. 'Ke..Ke apa eh? Ada ke nama orang bermula dengan Ke?' fikir Qaiffa.

Matanya terpandangkan seseorang yang sedang berlalu keluar dari bilik seni. 'Macam pernah nampak.' katanya di dalam hati. Dia berjalan melepasi bilik seni itu. Qaiffa terpandangkan sesuatu yang jatuh di lantai. Kad pelajar. Dia mengambil kad tersebut.

"Kekanda Harith bin Fadzli. 4S1. Unik betul nama." Dia menyimpan kad pelajar milik Harith ke dalam poketnya. Kalau dia terjumpa Harith nanti, dia akan beri semula kad tersebut. Langkah diteruskan untuk memasuki kelasnya.

****

Harith yang sedang membasuh tangan di dalam bilik air memandang pantulan dirinya. Cermin matanya dibuka. Terserlahlah mata ambernya. Dia melihat ada sesuatu yang kurang pada baju sekolahnya. Ada tali lanyard tapi...mana kad pelajarnya!!

Dia melihat lantai bilik air tersebut. Tiada. Dia hendak melihat keluar namun langkahnya terhenti. Dia segera mengambil cermin matanya dan memakainya. Nasib baik dia ingat. Kepala ditundukkan seiring melangkah menuju ke bilik seni semula.

Harith mengeluh. Dah lah harga kad pelajar itu sangat mahal. RM 50! Habislah duit belanjanya nanti.

"Cuai betul kau ni Rith...haih." Saat dia melangkah masuk ke dalam bilik seni, semua mata memandang ke arahnya. Kelihatan guru seninya melihat lukisannya dan seseorang. Seperti sedang membandingkan. Dia menghampiri ke tempatnya.

"Harith, ni lukisan kamu ke?"

"Ya." Puan Nisa mendiamkan diri. Dia menunjukkan kedua-dua lukisan yang berada di tangannya. Hampir sama. Tak!! Memang serupa! Harith memandang ke arah pelajar perempuan yang menunjukkan wajah tidak bersalah. Tiara.

"Kamu berdua ikut saya ke bilik guru."

TAKDIR KAU DAN AKU (SU)Where stories live. Discover now