BAB 2

9 0 0
                                    

"WHERE is Izzvan Malique?" tanya Alter dingin. Kaki menuruni anak tangga bersama si isteri.

Nadwa yang berada di ruang tamu terus melihat sekeliling mencari kelibat Izzvan namun tidak jumpa. Tangan naik menggaru kepala tidak gatal. Dia langsung tidak nampak kelibat Izzvan sedari tadi.

"Err..."

"I'm here!" Tanpa sempat Nadwa jawab, suara Izzvan terlebih dahulu menyampuk.

Adelina dan Alter pandang pintu utama dan kelihatan Izzvan sedang merokok di situ. Nadwa menghela nafas lega. Mujur adiknya tiba tepat. Nadwa pun sebenarnya tidak sampai hati melihat Izzvan kena pukul teruk dengan Alter sedangkan dia langsung tidak kena.

"Son, I already told that smoking is not good for your health," tegur Adelina lembut.

Sungguh dia tidak berkenan jika anaknya merokok. Walaupun suaminya seorang perokok tegar tapi tidak mahu Izzvan mengikut jejak. Izzvan mengendahkan teguran Adelina.

"It's not your business," balas Izzvan melangkah keluar rumah.

Adelina terdiam.

"Ava, go put your and mama's things in the car," arah Alter kepada Nadwa.

Nadwa balas anggukan sahaja lalu menarik dua buah beg bagasi besar keluar rumah. Alter memaut bahu isterinya lalu mengusapnya lembut.

"Let him be what he wants. After all, he's grown up, sweetie." Alter beri semangat kepada Adelina.

"But honey..."

"Shh...all this is not your fault even if you think it is your fault. Ava and Izzvan are still our children no matter what happens."

Berat untuk menerima kenyataan tapi Adelina terpaksa. Sikap Izzvan berubah selepas Nadwa masuk ke dalam keluarga Henderson. Keluarga yang sangat terkenal sebagai pengedar dadah dan pembunuh upahan yang handal.

"Come on, we'll be late anyway," ujar Alter menarik tangan Adelina.



LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Setelah berjam dalam kapal terbang, kini mereka tiba di balai ketibaan lapangan terbang. Kedatangan keluarga Henderson disambut oleh dua orang lelaki bersama seorang wanita ayu bertudung. Alter bersalaman dengan dua lelaki yang berumur lingkungan sama umurnya.

"Aku ingatkan kau tak nak datang sini lagi," kata lelaki yang berjambang.

Alter ketawa. "Lama sudah aku tak ke sini."

Nadwa terkaku seketika. Tak sangka bapa angkatnya fasih berbahasa Melayu sedangkan Alter berasal dari United Kingdom. Izzvan yang perasan terus menjentik dahi Nadwa.

"Bukan kau seorang je pandai cakap Melayu."

Kejap! Mulut ternganga. Jadi selama ni dia tinggal bersama keluarga yang boleh berbahasa Melayu dengan lancar. Kenapa sekarang baru dia tahu? Huhu...

Nadwa mencebik.

"Mana aku tahu! Papa mana pernah cakap Melayu dengan aku. Kau pun sama," balas Nadwa.

Izzvan buat muka. "Lain kali banyakkan bertanya."

"Itu Izzvan kan? Sebelah dia tu mesti girlfriend kan?" Pertanyaan kawan Alter menghentikan pergeralan Nadwa yang ingin memukul Izzvan.

"Bukan!"

Dua-dua menafikan pernyataan tersebut.

Alter tertawa halus.

MR MAFIA MISS ASSASSIN (EBOOK) REVAMPWhere stories live. Discover now