Panjang + bosan + typo
Sudah seminggu berlalu dan seminggu jugalah Wonpil dan Mingi meninggal. Seonghwa kini menjadi lebih tenang. Tiada apa lagi yang perlu ditakutkan. Namun kekadang mimpi buruk itu sentiasa menghantui Seonghwa. Dan sejak kejadian itu, "The Weirdo" tinggal bersama dengan Seonghwa dirumah lamanya. Itu pun ada persetujuan keluarga memasing. Oh ya kecuali Yunho dan Dowoon. Ingat mereka masih perang dingin. Hongjoong juga turut tinggal bersama mereka atas permintaan Jongho.
Bucin detect!
Kini mereka sedang menonton televisyen diruang tamu. Oh, hanya Narae dan Yeoju sahaja yang menonton televisyen. Jongho sibuk menganggu Hongjoong, San memujuk Yeosang yang sedang merajuk dan Seonghwa termenung.
Yeoju: Seonghwa, kau okay?
Seonghwa: Nae? Nae aku okay je. *senyum*
Narae: Kau ingat lagi kes tu eh?
Seonghwa: Tak adalah. Aku cuma rindukan eomma aku je. *senyum*
San: Arkkk Hwa, maaflah kalau soalan nie agak menyibuk tapi apa sebenarnya yang terjadi antara kau dan mendiang abang dan adik tiri kau tu?
Jongho: Woi jangan tanya soalan tulah!
San: Tak apa Hwa! Kalau kau taknak cerita pun. Aku minta maaf sebab lancang.
Seonghwa: Gwenchana Sannie! Aku rasa aku dah bersedia untuk cerita semuanya kepada korang.
Semua duduk menghadap Seonghwa. Seonghwa menarik nafas sebelum mula bercerita.
Flashback..
Di Amerika...
Seonghwa baru sahaja pulang daripada sekolah. Ketika itu Seonghwa hanyalah seorang gadis yang berumur 13 tahun apabila mengetahui appanya berkahwin dengan ibu Wonpil dan ibu Mingi. Pada mulanya hubungan mereka baik sahaja kerana Seonghwa tinggal bersama ibunya setelah orang tuanya bercerai. Namun Ketika Seonghwa berumur 15 tahun, mimpi ngerinya bermula. Wonpil dan Mingi terus mengganggu Seonghwa sehingga Seonghwa hampir membunuh dirinya.
Namun setiap cubaannya gagal kerana Wonpil dan Mingi mengetahuinya. Bayangkan ketika itu Wonpil hanya berumur 16 tahun manakala Mingi baru berumur 14 tahun tapi mereka sudah masuk ke dunia mafia. Mungkin kerana ketinggian Mingi yang menyamai pelajar sekolah tinggi, ketua mafia tersebut tidak mengetahui tentang umur asal Mingi.
Keadaan semakin teruk apabila Wonpil sudah pandai menggunakan senjata api seperti pistol dan senapang. Mingi pula belajar bagaimana untuk menggodam jadi senanglah dia mencari dimana kedudukan Seonghwa kalau dia cuba melarikan diri.
YOU ARE READING
𝙵𝚎𝚎𝚕𝚒𝚗𝚐 𝙻𝚒𝚔𝚎 𝙸 𝙳𝚘 [ 𝙳𝙰𝚈6/𝙰𝚃𝙴𝙴𝚉 ]
FanfictionThe Weirdo, itulah nama circle mereka. Mereka bersahabat sangat rapat dan amat menyayangi antara satu sama lain. Namun persahabatan mereka diuji dengan perasaan cinta yang tiba2 hadir dan membuatkan memasing menjauhkan diri. Mampukah mereka pertahan...