The Weirdo, itulah nama circle mereka. Mereka bersahabat sangat rapat dan amat menyayangi antara satu sama lain. Namun persahabatan mereka diuji dengan perasaan cinta yang tiba2 hadir dan membuatkan memasing menjauhkan diri.
Mampukah mereka pertahan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Panjang + bosan + typo
5 tahun kemudian..
"The Weirdo" masih wujud ke selepas semua tamat sekolah? Semestinya masih wujud bahkan persahabatan semakin kuat daripada sebelum ini.
Jom kita tengok kehidupan mereka selepas 5 tahun.
Dowoon dan Narae sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan mereka yang bakal berlangsung lagi dua minggu. Dowoon hanya mengikut idea Narae kerana dia tahu Narae mempunyai perkahwinan idamannya sendiri.
Dowoon telah melamar Narae di sebuah hotel lima bintang. Walaupun lamaran itu tidak berjalan lancar kerana Dowoon tertinggal cincin di rumah namun Narae tetap menerimanya.
Narae: YAAA YOON DOWOON, KENAPA TAK BERSIAP LAGI? LAGI SETENGAH JAM KITA NAK PERGI BUTIK PENGANTIN!!
Dowoon: *pandang Narae* Sopan ke cakap dengan bakal suami macam tu Yoon Narae?
Narae: Wahai buah hatiku, pergi mandi dan bersiap sekarang! Lagi setengah jam kita nak pergi butik pengantin. *senyum terpaksa*
Dowoon: Haaa kan sedap didengari. Kejap, saya pergi mandi dulu!
Narae menarik nafas berat. Tiba2 dia rasa nak batalkan perkahwinan mereka tapi nak buat macam mana. Terlanjur menyintai.
Narae hanya mahukan majlisnya ringkas namun mampu diingati semumur hidupnya. Pada mulanya Dowoon mahu membuat majlis besar-besaran namun tidak disetujui oleh Narae. Apa boleh buat, ikut sahajalah kalau tidak majlis dibatalkan.
Tentang pakaian pengantin. Narae sedikit cerewet.
Narae: Yang nie terdedah sangatlah! Yang ini besar sangat! Ishhh pendek sangat! Kenapa nampak bahu?
Dowoon hanya mampu tersenyum kecut. Mujurlah dia amat menyayangi bakal isterinya itu.
___________________________________
Yunho berjalan santai di tepi Sungai Han. Mengambil angin di waktu petang amat menenangkan. Kalau ditanya Yunho sudah berpunya atau belum. Dia masih bujang. Masih mencari cinta sejatinya. Jangan salah sangka! Perasaannya terhadap Narae sudah lama dibuang. Dia hanya menganggap Narae sebagai kawan baiknya dan tidak lebih daripada itu.
Yunho terus berjalan sehingga dia tidak sengaja terlanggar seorang gadis.