Yeosang tidak tahan lagi! Dia tidak suka dengan kesunyian dan pergaduhan yang diciptakan oleh Seonghwa, Narae dan Yeoju. Yeosang merasakan dirinya tidak berguna sebagai kakak dan sahabat. Jadi disinilah mereka berempat. Di kafe Keluarga Choi. Jongho dan San yang melihat hanya mampu berdoa semoga Yeosang tidak mengamuk.
Yeosang: Apa masalah korang sebenarnya?
Seonghwa/ Narae/ Yeoju: Tak ada apa!
Yeosang: Aku tanya lagi sekali, apa masalah korang bertiga sebenarnya? Jangan cakap tak ada apa! Kalau tak ada apa, korang tak macam nie!!
Ketiga-tiga gadis dihadapan Yeosang sekarang seperti hilang suara. Ya memang salah mereka kerana bersikap kebudak-budakan.
Yeosang: Aku rasa aku nie tak berguna tahu tak! Yeoju, aku nie kakak kau kembar kau! Daripada dalam perut eomma kita bersama. Kau tak boleh tipu aku bila kau ada masalah! Narae, aku kenal kau sejak sekolah rendah! Kau tak macam nie! Seonghwa, walaupun aku baru kenal kau tahun nie tapi aku tahu hati kau baik. Kau tak sombong walaupun kau anak jutawan. *bersandar dibelakang kerusi* Aku nie tak penting ke dalam hidup korang?
Semua masih memilih untuk diam.
(Senang betul tiga ekor nie buat kerja. Yeosang dapat gaji lebihlah macam nie)
Yeosang mengeluh berat. San memandangnya dengan tatapan "gwenchana."
Yeosang: Kalau macam nielah reaksi korang, aku tak boleh buat apa dah! Anggap jelah aku nie tak pernah wujud dalam hidup korang!
Yeosang terus meninggalkan ketiga-tiga gadis tersebut. Keluar sahaja daripada kafe, air mata Yeosang mengalir laju. Dia tidak kuat dengan dugaan ini. Dan untuk pertama kali dia bergaduh besar dengan Yeoju. Yeosang berjalan tanpa arah tuju manakala Seonghwa, Narae dan Yeoju mahu meninggalkan kafe tapi belum sempat kaki mereka melangkah, Jongho berkata..
Jongho: Kalau korang masih sayangkan persahabatan nie, fikirlah masak2! Cukuplah Yunho dan Dowoon perang dingin. Kalau korang pun nak buat benda sama, anggap jelah aku, San dan Yeosang tak pernah hadir dalam hidup korang. Maaf terpaksa cakap macam nie tapi korang bertiga memang pentingkan diri!
Selepas meluahkan semuanya, Jongho terus kebelakang manakala San hanya mampu menggelengkan kspala. Tidak sangka persahabatan yang dibina selama ini hancur.
Seonghwa tidak terus pulang kerumah, dia mengambil keputusan untuk duduk sebentar di kerusi yang disediakan di Sungai Han. Seonghwa merasa bersalah. Dialah punca semua ini terjadi. Kalaulah dia tidak mengikut perasaan, semua ini tidak akan terjadi. Kekadang Seonghwa terfikir dialah punca "The Weirdo" berpecah. Tiba2 air mata mengalir laju.
Seonghwa: Kalaulah aku tak berkawan dengan korang, mesti korang masih bersama kan. Hiks, aku punca segalanya. Betullah cakap "dia". Aku pembawa sial dalam hidup orang. Eomma, Hwa nak ikut eomma. Hwa taknak tinggal kat sini lagi!
??: YAAA PARK SEONGHWA NEO PABOYA!!!
Seonghwa terkejut melihat Narae dan Yeoju berada dihadapannya dengan muka yang basah akibat menangis.
Tanpa aba2, Narae dan Yeoju memeluk Seonghwa erat. Dan mereka bertiga menangis serentak dan membuatkan mereka menjadi tatapan umum. Adakah mereka kisah? Semestinya tidak!
Yeoju: Sampai hati kau nak tinggalkan kitorang! Kau dah tak sayangkan kitorang lagi ke?
Seonghwa: Hiks, aku puncanya Yeoju! Memang patut pun aku pergi!
Narae: Kau bodoh Seonghwa! Kalau kau pergi, "The Weirdo" tak akan lengkap!
Seonghwa: A..aku cuma taknak menyusahkan korang lagi hiks! A..aku nak mati.
Yeoju: YAAAAAAAA!! KAU CAKAP LAGI PASAL MATI, AKU BERSUMPAH KAU TAKKAN JUMPA AKU LAGI!
Seonghwa tergamam. Dia melihat mata Narae dan Yeoju bengkak akibat menangis. Tiba2 suara Yeosang kedengaran.
Yeosang: Sampai hati korang lupakan aku! *peluk Seonghwa, Narae dan Yeoju*
Dipetang yang indah, disaksikan oleh sungai yang mengalir, si gadis "The Weirdo" berbaik semula. Tanpa mereka sedar, San dan Jongho melihat mereka dengan pandangan bangga. Kini hanya tinggal Dowoon dan Yunho dan semuanya akan kembali seperti biasa.
Mungkinkah?
Tbc
Yunho ah mianhe😂
YOU ARE READING
𝙵𝚎𝚎𝚕𝚒𝚗𝚐 𝙻𝚒𝚔𝚎 𝙸 𝙳𝚘 [ 𝙳𝙰𝚈6/𝙰𝚃𝙴𝙴𝚉 ]
FanficThe Weirdo, itulah nama circle mereka. Mereka bersahabat sangat rapat dan amat menyayangi antara satu sama lain. Namun persahabatan mereka diuji dengan perasaan cinta yang tiba2 hadir dan membuatkan memasing menjauhkan diri. Mampukah mereka pertahan...