CHAPTER 3

6 1 0
                                    

Setelah Tiga bulan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kini tibalah waktu untuk semua calon berehat termasuk Putri yang masih tidur atas katil kerana semalam adalah last paper.

"PUTRI BANGUN, MATAHARI DAH TEGAK ATAS KEPALA NI."Jerit Ibu kepada Putri tepat di tepi telinga Putri.

" Ye, ye Putri bangun. Tak payahlah jerit kat telinga ni sakit tau tak"Kata Putri dalam keadaan masih mengantuk.

"Ibu jerit sebab kamu tu yang bangun lewat, gi mandi sana" Kata Ibu sambil menahan geram.

"Ibu keluarlah dulu, nanti Putri turun selepas siap mandi"Kata Putri dalam keadaan menguap.

"Mandi, jangan sambung tidur pula"Kata Ibu lalu keluar dari bilik Putri.

Putri pun mandi dan bersiap lalu turun ke bawah untuk sarapan.

"Putri takde nak keluar jalan jalan ke dengan Alesya harini"Tanya ibu kepada Putri

"Ada, Putri ingat nak pergi pantai petang nanti dengan Alesya"Kata Putri dalam keadaan ceria.

"Ooo, jaga diri. Kamu tu perempuan. Balik sebelum Isyak.Faham"Kata Ayah dalam keadaan tegas yelah dia ada dua orang je anak. Yang Lelaki dah sambung belajar kat universiti tinggallah Putri seorang yang tak lama lagi juga akan masuk universiti.

"Faham"Kata Putri sambil tersenyum untuk meyakinkan ayahnya itu.

Mereka bertiga pun makan sambil berborak tentang Peperiksaan SPM kerana sepanjang Peperiksaan SPM, Putri selalu sibuk study dan tak sempat untuk berborak dengan ibu ayahnya.Setelah selesai makan, Putri naik ke biliknya untuk berborak dengan Alesya dalam Fon.

" Assalamualaikum Bestieku yang cantik, comel, baik hati dan menawan"Kata Alesya di dalam telefon.

"Waalaikumsalam Alesya"Jawab Putri pendek.

"Aik pendeknya, kau dah kenapa ni"Tanya Alesya dalam keadaan bersedia untuk mendengar Putri meluah.

" Takde apa pun cuma aku terfikir, lagi 6 bulan result kita keluar. Adakah aku akan dapat result yang cemerlang. Nanti aku dah takkan jumpa Haziq."Luah Putri dalam keadaan murung.

"Insyaallah kau cemerlang, aku percaya kawan aku ni cerdik.Tapi aku nak tanya bila kau nak beritahu Haziq yang kau suka dia. Aku tahu dia dah tahu kau suka dia tapi aku rasa kau pun kena beritahu dia kau suka dia."Kata Alesya panjang lebar

"Hm, nantilah aku fikir.Btw kau macam mana progress"Kata putri sambil menyertakan soalan.

" Progress apa"Tanya Alesya

"Progress kau dengan Harrith Naufallah.Walaupun aku tak suka dia sebab playboy tapi tengok effort dia nakkan kau buat aku rasa macam hanya kau je boleh ubah sifat playboy dia tu"Kata Putri tanpa sedar dia sedang mengata diri sendiri. Hemhem dia pun playgirl sedap ngata orang lain.

"Entahlah, aku tak tahu nak beri tak dia peluang. Aku takut dia jadikan aku salah satu mainan dia je. Walaupun effort dia tu boleh buat aku cair tapi kenyataan bahawa dia playboy tu memang susah aku nak terima dia"Kata Alesya meluahkan segala yang ada difikiran dia.

"Susah jugak tu. Aku doakan semoga urusan korang berdua cepat selesailah.Aku tak duduk kat tempat kau jadi aku tak boleh nak komen lebih lebih. Tapi aku harap kalau kau terima dia, dia tak jadikan kau mainan dia.Kau kena ingat aku selalu ada buat kau Alesya. Kalau dia jadikan kau mainan dia, biar aku yang selamatkan kau.Aku janji dengan kau Alesya.Aku akan lindungi kau walaupun ia menyakitkan aku"Kata Putri memberitahu bertapa pentingnya Alesya buatnya.

" Aku pun Putri, Aku sayang kau.Walaupun kau nakal tapi hati kau lebih baik dari orang lain. Walaupun orang anggap kau jahat tapi aku tahu kau macam mana. Kita kenal dah lama, aku tahu kau macam mana. Kau sakit aku juga sakit.Kau selalu pesan kat aku yang jatuh tu tak bemaksud lemah. Kau ajar aku kuat. Kau penyemangat aku Putri"Kata Alesya sambil cuba menahan airmata dari keluar.

"Dahlah, haritu nak exam takde pun kita nangis macam ni. Semalam baru habis exam harini dah menangis teruk."Kata Putri sambil mengelap airmata dia yang masih belum berhenti.

" Hehehe, dahlah aku tutup dulu, jumpa petang nanti. Aku belanja kau. Bye"Kata Alesya lalu menutup telefon.

Setelah Alesya menutup telefon. Putri pun bangun lalu mengambil laptop dia yang berada dia atas meja. Setelah itu dia pun menonton drama korea sehingga petang.Pelbagai cerita dipasangnya dari True beauty, Ocean blue, Hotel De luna sehinggalah cerita zaman Dinasti.

*Petang

Saat Putri melihat kereta Alesya yang sudah berada di depan rumah dia pun bersalam dengan ibunya lalu memasuki kereta tersebut.

"Assalamualaikum Alesya sayang kawan terbaikku"Kata Putri sambil tersenyum hingga ke pipi.

" Waalaikumsalam Cahya Putri yang cantik berseri"Jawab Alesya yang sedang duduk di kerusi pemandu.

"Kita nak pergi mana dulu ni"Tanya Putri sambil melihat Alesya yang sedang memandu.

" Kita cari makanan dulu baru kita ke pantai"Jawab Alesya sambil fokus memandu.

"Ok"Jawab Putri

Mereka pun mencari makanan dan sesudah itupun mereka ke pantai untuk berseronok.Saat mereka di pantai mereka pun duduk di berbatuan yang dekat dengan laut.

Mawar Biru(OG) Where stories live. Discover now