CHAPTER 7

2 0 0
                                    

Seperti biasa sudah menjadi tugas dia untuk melindungi negara dan harini dia ditugaskan ke Perak untuk misi terbaru.Cih baru rancang nak tackle hati crush.

"Ash!kau lambat lagi ke. Kita dah lambat ni”Panggil Iqbal dalam keadaan menjerit.

"Sabarlah,aku nak turunlah ni”Jawab Ash sambil menurun tangga dengan laju.

"Kapten Luqman tu bala betullah.Hancur rancangan aku sebab misi mengejut ni”Kata Iqbal sambil tumbuk angin.

"Kan.Aku baru ingat nak rehat tapi dia bagi misi mengejut pulak”Jawab Ash tak kalah hebat mengumpat bos mereka itu.

"Korang berdua ni berani betul mengumpat Kapten Luqman eh. Aku lapor kat dia nanti baru tahu korang langit tinggi rendah”Sampuk Ayden dari belakang.

"Eh,bila kau sampai Ayden"Tanya Iqbal

"Sejak korang mengumpat Kapten Luqman”Jawab Ayden selamba.

"Janganlah Ayden, nanti aku tak restu kau dengan kakak aku baru tahu”Kata Ash sambil memberi ugutan.

"Fine.By the way aku tumpang korang boleh sebab kereta aku dah kena rampas dengan papa aku. Please”Mohon Ayden sambil membuat muka comel.

"Eii, geli aku dengan muka comel kau tu”Ucap Iqbal dan Ash bersamaan.

"Dah jom ah gerak sebelum kita lambat sampai sana dan kena marah dengan Kapten Luqman”Ucap Ayden acah macho.

Mereka pun bertolak ke Ipoh,Perak dengan menggunakan kereta Ash.Semasa dalam perjalanan ke Ipoh. Pelbagai drama yang berlaku dari Ayden terkentut di tengah-tengah jemlah, kereta habis minyaklah.Namun pada akhirnya mereka sampai juga.

"Akhirnya sampai jugak, penatnya”Kata Iqbal sambil merenggangkan badan.

"Sampai pun korang, baguslah”Sampuk Kapten Luqman yang datang tiba-tiba.

"Salam hormat Kapten”Ucap Ayden,Ash dan Iqbal bersamaan.

"Korang pergi berehat dulu, nanti berkumpul untuk penerangan misi yang akan kalian jalankan”Ucap Kapten Luqman.

"Baik tuan”Ucap mereka bertiga bersama-sama.

Mereka pun ke bilik mereka untuk berehat sebelum berkumpul kembali untuk mendengar penerangan misi yang akan mereka jalankan.Setelah dua jam berehat mereka pun berkumpul.

"Tugas kalini kita akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Laut. Alasan kenapa saya minta kalian datang sendiri adalah untuk mengelakkan musuh menyedari kehadiran kita”Terang Kapten Luqman tegas.

"Kalian akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan akan ada satu ketua. Faham”Kata Leftenan Faiz selaku Leftenan Muda Angkatan Tentera Laut.

"Faham tuan!”Ucap semua anggota.

"Misi kalini sedikit sukar kerana kita juga perlu melindungi orang awam yang berdekatan.Di kabarkan musuh sering menangkap kanak-kanak yang datang bercuti di sini untuk dijual organ mereka.Kumpulan A akan diketuai oleh Leftenan Iqbal manakala Kumpulan B akan diketuai oleh Leftenan Faiz sendiri. Faham”Ucap Kapten Luqman dengan lantang.

"Faham tuan!”Jawab semua anggota sekali lagi.

Mereka pun bergerak untuk menjalankan misi setelah mendengar penerangan.Disaat mereka bergerak ke markas musuh tiba-tiba ada yang melepaskan tembakan ke kapal mereka dan ternyata kehadiran mereka telah disedari dan musuh merancang ingin melarikan diri.Langsung semua anggota mengambil senapang yang di dekat mereka lalu menunggu arahan dari ketua masing-masing.

"Shoot"Ucap Iqbal kepada kumpulannya.

"BANGSAT! terkejut aku”Ucap Ayden melepaskan tembakan ke kapal yang menembak mereka tadi.

"Kepung mereka" Ucap Leftenan Faiz pula kepada anggota kumpulannya.

Maka berlakulah aksi tembak menembak di tengah-tengah laut.Namun akhirnya mereka dapat juga menangkap penjahat tersebut kerana kerjasama yang diberikan oleh setiap anggota.

"Akhirnya selesai jugak misi”Ucap Ash.

"Bodoh betullah penculik tu,main tembak je nasib aku tak mati tadi”Kata Ayden geram.

"Nama pun penjahat,bila dah nampak dalam bahaya memang mereka tembaklah.Siapa suruh kau tak fokus”Kata Iqbal

"Aku fokuslah cuma aku terpesona dengan kawasan laut tu, cantik”Jawab Ayden membela diri.

"Yelah, jom gi jalan-jalan pusing Perak sempena dapat cuti ni”Jawab Iqbal

"Bagus jugak idea kau”Kata Ash

"Jom”kata Ayden pula

"Ayden, kau bawa kereta tapi bawa laju sikit sebab kalau kau bawa macam biasa kau bawak tu memang tiga tahun baru sampai”Pesan Ash kepada Ayden.

Mereka pun menaiki kereta dan mula bergerak namun Ayden membawa terlalu laju sehingga Iqbal pengsan.

"Wei slow sikit Ayden”jerit Ash

"Tadi suruh bawa laju sekarang suruh slow pulak”Kata Ayden dalam keadaan geram sambil fokus memandu.

"Masalahnya kau bawa laju sangat sampai Iqbal dah pengsan kat belakang tu”Kata Ash sambil menunjuk Iqbal di kerusi belakang.

"Kau jelah bawa Ash”Kata Ayden memberhentikan kereta di tepi.

"Yelah tapi sebelum tu kita kena cek keadaan Iqbal dulu”Kata Ash

Mereka pun merenjis air di muka Iqbal untuk membangunkan kawan mereka itu.Akhirnya Iqbal bangun daripada pengsan selepas lima menit direnjis air.

"Nah, minum air biar okay sikit”Kata Ash menghulur air mineral kepada Iqbal.

"Lain kali biar aku dengan Ash je bawa kereta.Kau duduk belakang”Ucap Iqbal sebagai kata putus.

"Yelah”Kata Ayden mengalah.

Mereka pun bergerak semula ke Dataran Hawai. Saat disana, Iqbal memberitahu Ash dan Ayden bahawa dia ingin ke kedai bunga dan meminta mereka tunggu namun saat di kedai bunga dia terlanggar bahu Putri.

"Maaf,saya tak sengaja”Ucap Iqbal sambil tersenyum tipis sehingga raut muka dia tampak biasa sahaja.

"Hensem”Ucap Putri perlahan.

"Hah,apa awak kata”Tanya Iqbal kerana dia tidak mendengar dengan jelas.

"Takda apa”Ucap Putri sambil gugup.

"Ouh”Jawab Iqbal pendek.

"Maaf sebab langgar awak, ada sakit mana-mana ke.Saya nak ganti rugi”Kata Putri sambil ingin mengeluarkan duit dari beg duitnya.

"Eh tak payah. Saya tak sakit pun. Saya pun nak minta maaf sebab langgar”Kata Iqbal pula.

"Okeylah, saya minta diri dulu”Kata Putri

"Ouh,okey”Kata Iqbal lalu melihat Putri pergi.

"Cantik dan comel”Kata Iqbal selepas Putri dah hilang dari pandangan matanya.

Flashback....

"Abang, jom gi Perak. Adik dapat cuti seminggu”Ajak Putri

"Taknak,kenapa tak bercuti kat sini je”Jawab Cakra

"Abanggg, jomlah gi Perak.Bukan senang adik nak dapat cuti seminggu macam ni”Pujuk Putri.

"Malaslah”Jawab Cakra

"Pleasee,jomlah bang”Pujuk Putri sambil membuat muka belas kasihan

"Fine, kita pergi”Kata Cakra kerana kalah dengan muka comel adiknya.

Flashback end..

Mawar Biru(OG) Where stories live. Discover now