"Adikk, jomlah balik"Kata Cakra sambil membawa beg-beg kertas yang berisi barang yang dibelinya.
"No, no, no. Adik belum puas lagi pusing mall ni"Jawab Putri sambil menunjukkan jari ke kanan dan kiri di depan abangnya.
"Adik nak beli apa lagi,kat tangan abang dah banyak ni. Beg tangan dah beli.Skincare dah beli,Makeup dah beli,bantal kucing dah beli"Kata Cakra penat.
Inilah sebab kenapa dia taknak pergi bercuti dengan adiknya tempoh hari.Adiknya terlalu suka membeli sampai tak sedar masa.Berdasarkan perkiraan dia rasanya dah tiga jam diorang duduk dalam mall ni.Tambah pula adiknya membeli menggunakan duitnya padahal duit adiknya itu berkepuk-kepuk dalam bank,nasiblah walaupun dia masuk pejabat papanya kadang-kadang dia masih digaji sama macam yang lain jadi dia tidak pernah kekurangan duit.
"Banyak lagi adik belum beli.Jam tangan,cincin, gelang, rantai,baju, hoodie"Jawab Putri sambil mata meliar melihat sekeliling mencari kedai jam.
"Adik abang yang abang sayang,abang dah penat dan lapar ikut adik dari tadi.Sampai tak cukup dah tangan abang bawa barang adik ni.Kenapa adik tak suruh papa beli terus mall ni kan senang"Kata Cakra menahan geram.
"Iya jugak,jap adik call papa suruh beli mall ni"Kata Putri sambil mengeluarkan telefonnya.
"Astagfirullah, abang bergurau jelah.Jom gi makan dulu biar abang hilang penat"Kata Cakra
Mereka pun ke restoran yang berada di dalam mall tersebut. Mereka pun duduk di meja yang sedikit tersorok kerana mereka berdua tidak suka suasana yang terlalu bising untuk makan.
"Ahh, penatnya.Rasa macam nak tercabut kaki"Kata Cakra mengurut kaki.
"Baru tiga jam dah penat. Macam mana lah nak layan bini abang nanti"Kata Putri memerli abangnya itu.
"Bakal bini abang tak boros macam adik"Kata Cakra sambil menyelitkan perlian.
"Yelah tapi abang dah ada calon ke"Kata Putri menyiasat abangnya.
"Takde, sape lah nak kat abang ni.lainlah arwah along memang semua cair"Kata Cakra
"Memang,adik pun tak jadi merajuk bila arwah along pujuk"Kata Putri
"Oh, tadi adik kata terlanggar orang, macam mana keadaan dia. Terluka ke"Tanya Cakra
"Entah tapi dia kata dia okay je.By the way muka dia hensem sangat abang"Kata Putri menceritakan kejadian yang berlaku.
"Adik suka ke"Tanya Cakra pula cuba menyiasat.
"Hurm,adik pun tak tahu sebab adik masih takut apa yang pernah terjadi dulu.Kerana rasa suka adik kat Haziq adik tak sempat jumpa arwah along"Kata Putri cuba menahan rasa sedih.
"Adik masih trauma dengan semua yang dah terjadi"Tanya Cakra
"Hm"Kata Putri sederhana.
"Abang rasa adik kena buka sikit ruang kat hati adik untuk orang yang sangat cintakan adik masuk.Abang pasti adik akan jumpa lelaki yang boleh bantu adik hilangkan trauma adik"Kata Cakra lembut menasihati adiknya.
Saat mereka sedang menunggu makanan, Tiba-tiba mereka didatangi oleh Ash, Iqbal dan Ayden yang kebetulan datang untuk makan ditempat yang sama dan meja semua penuh.
"Eh,Putri.Tak sangka jumpa kat sini.Abang Cakra pun ada mesti korang bercuti ni"Tegur Ash manakala Iqbal dan Ayden hanya melihat.
"Eh,Ash.Iya,layan Putri yang nak bercuti.Ash pun datang bercuti jugak ke"Tanya Cakra
"Haah,boleh kami duduk kat sini sebab meja dah penuh"Kata Ash meminta izin mewakili kawan-kawanya.
"Boleh, apa pulak tak boleh"Kata Cakra sambil menukar tempat ke sebelah Putri.
"Terima kasih. Oh perkenalkan ni Iqbal, ni Ayden" Ucap Ash sambil memperkenalkan kawan-kawannya.
"Hai.Saya Cakra.Sebelah ni Putri adik saya"Kata Cakra sambil memperkenalkan dirinya dan adiknya.
Mereka pun makan selepas pelayan menghidangkan makanan dan berborak ringan sedangkan Iqbal dan Putri hanya menjawab bila perlu.Dan dalam diam jantung Iqbal dan Putri sedang berdegup laju.Setelah setengah jam mereka pun berpisah setelah selesai makan.
"Abang, sebenarnya lelaki yang adik langgar tadi tu Iqbal"Beritahu Putri pada Cakra.
"Ouh, tu ke laki yang dah buat adik tertarik"Usik Cakra
"Mana ada,adik cuma kata dia hensem je"Kata Putri membela diri.
"Bagi abanglah,dia tak sama macam Haziq dan dia lelaki yang bertanggungjawab. Tu jelah yang abang nampak pada diri dia sebab dia tak banyak sangat cakap tadi"Terang Cakra tentang first impression saat dia jumpa Iqbal.
"Abang nak suami adik macam mana"Tanya Putri meminta pendapat.
"Semua terletak kat tangan adik.Adik yang akan kahwin, adik yang akan hadap perangai dia.Bagi abang kalau dia tak kaya pun tak apa asalkan dia boleh lindungi adik macam papa dan abang jaga adik.Dan yang paling penting dia takkan sesekali buat adik terluka sama ada fizikal atau mental"Kata Cakra sambil memusingkan badan menghadap adiknya.
"Kenapa"Tanya Putri
"Sebab andai adik terluka bukan adik je sakit tau tapi abang, mama, papa dan arwah along pun akan sakit"Kata Cakra sambil mengosok kepala adiknya layaknya budak kecil kerana di matanya adiknya selamanya budak kecil.
"Kalau macamtu adik taknak kahwinlah, adik nak duduk dengan abang selamanya"Kata Putri ceria.
"Aip dia ni, mana boleh. Adik kena kahwin. Kalau adik tak kahwin nanti kesian kat abang takde anak sedara"Kata Cakra sambil mencubit lembut pipi adiknya itu.
"Sakitlah bang, apa cubit pipi orang ni.Pipi adik bukan kuih paulah"Marah Putri sambil merajuk.
"Sorry adik kesayangan abang, jom kita sambung beli barang-barang yang adik belum beli. Dah jangan merajuk"Pujuk Cakra
Mereka pun sambung membeli belah dan mengelilingi mall yang besar itu.Hampir semua kedai dikunjungi namun hanya beberapa sahaja kedai yang Putri membeli manakala yang lain hanya datang lihat-lihat.