Setelah 6 bulan menunggu keputusan peperiksaan. Akhirnya tibalah hari dimana semua calon akan dapat keputusan yang mana akan menjadi penentu masa depan mereka tidak terkecuali juga Putri yang sedang berdebar untuk mengetahui keputusannya.
Alhamdulillah Putri berjaya mendapat 8A1C.Manakala Alesya pula mendapat 9 A+.Itu semua atas usaha mereka selama ni yang tak ponteng walaupun tak fokus dalam kelas. Setelah majlis tersebut berakhir, Alesya sibuk berjumpa guru guru manakala Putri pergi berjumpa dengan Abang Haziq dia.
"Bang Haziq,Saya nak beritahu sesuatu kat abang"Beritahu Putri dalam keadaan malu malu.
"Apa dia kau nak cakap"Kata Haziq dalam keadaan dingin. Iyalah kulkas 1000 pintu.
"Sebenarnya saya suka bang Haziq. Saya dah suka bang Haziq dari form 3"Kata Putri dalam keadaan malu malu. Sape je tak malu waktu confess, yang kata tak tu jangan nak menipu.
"Kau tak sesuai dengan aku.Budak nakal macam kau ni tak layaklah untuk suka aku. Cermin diri kau tu sikit.Sebenarnya aku dah lama risih dengan kau kalau kau nak tahu"
Kata Haziq dalam keadaan gelak sinis tanpa rasa bersalah sedikit pun.Setelah mendengar pengakuan tersebut, Putri pulang ke rumah dalam keadaan menangis kerana hancurnya hatinya setelah mendengar pengakuan orang yang dia suka itu.Dia memberitahu Alesya bahawa dia ada hal yang perlu diselesaikan supaya Alesya tidak menunggunya.
Setelah kepergian Putri datanglah Ash lalu memukul muka Haziq secara tiba tiba.
" Woi,kenapa kau tiba tiba tumbuk aku.Apa masalah kau?"Tanya Haziq dalam keadaan marah.
"Kau tanya apa masalah aku. Sekarang ni apa masalah kau cakap kat Putri macam tu"Kata Ash kegeraman.
"Kenapa,kau suka dia sebab tu kau marah kawan baik kau ni. Hanya sebab Perempuan"Tanya Haziq
"Aku suka dia ke tak bukan masalah kau tapi kau terlalu bodoh tak hargai orang yang banyak bantu kau. Aku harap kau tak menyesal kemudian hari"Kata Ash menahan amarah.Sekarang bukan tentang perasaan tapi tentang jasa dan budi baik.
"Apa yang dia buat untuk aku. Apa yang dia bantu aku"Kata Haziq kegeraman dengan Ash
"Kau ingat waktu kau kena pukul sebab rampas Fon seorang senior waktu form 4,dia yang jumpa kau dalam keadaan tak sedarkan diri dan waktu tu hanya dia seorang kat sekolah sebab dia tunggu kau turun tapi kau tak turun.Kalau dia tak jumpa kau waktu tu mungkin sekarang kau dah meninggal"Kata Ash sambil menahan air mata.
"Dia cuma kebetulan jumpa aku dan itu tak bermakna aku berjasa dengan dia"Kata Haziq dalam keadaan keras kepala.
"Kau memang keras kepala Haziq,buka setakat tak berterima kasih tapi kau masih kata tu kebetulan.Masa dia selamatkan kau tu dia tengah demam.Kau bayangkan dia papah kau dari tingkat 3 dalam keadaan demam untuk bawa kau kat hospital.Saat sampai hospital,doktor kata kau perlukan darah tapi golongan darah kau dah takde dan perlu penderma.Dan kebetulan darah kau dan dia sama sama O.Dia derma darah dia kat kau walaupun tengah demam dan kau tahu apa jadi selepas itu.Dia pengsan dan terpaksa ditahan kat wad 3 hari.Sedarlah Haziq, bukan sekali tapi tiga kali dia berjasa kat kau Haziq. TIGA KALI"Kata Ash yang sudah berderai air mata keluar.
"Dia selamatkan aku then derma darah kat aku.Yang ketiga dia buat apa"Tanya Haziq sambil menahan sesak di dada. Ya dia sudah menyesal kata Putri macam tu.
"Cinta dia terlalu besar untuk kau Haziq,sampai dia lupa diri dia sendiri, hati dia, keluarga dia.Dia terlampau sayang kau Haziq sampai satu saat pun dia tak lengah untuk lindungi kau.Dia rela nampak terhegeh hegeh kat kau padahal aku pernah kata kat dia bahawa perempuan itu dikejar bukan mengejar"Kata Ash
"Aku tak faham, apa yang kau nak beritahu"Kata Haziq sambil cuma memahami maksud tersirat yang Ash cuba sampaikan.
"Putri sepatutnya masuk sekolah terbaik waktu form 4 tapi dia tolak sebab dia takut kau dalam bahaya lagi.Dan kebetulan dia kena jadi saksi untuk kes kau. Kemudian abang dia kemalangan hari yang sama dengan hari dia kena jadi saksi tapi disebabkan kau, dia tak dapat jumpa abang dia buat kali terakhir hanya sebab nak jadi saksi untuk kau.Kau rasa macam mana dia hancur masa tu. Aku yang rasa sakit tengok dia tersenyum walaupun sebenarnya dia terluka"Kata Ash mengeluarkan segala rahsia yang Putri simpan.
"Aku tak tahu Ash. Aku menyesal"Kata Haziq dalam keadaan menangis.
"Aku tahu kau juga suka dia tapi disebabkan ego kau. Kau sakitkan hati dia.Kau nak tunjuk yang kau hebat.Pergi minta maaf kat dia.Hati perempuan ni lembut"Kata Ash
"Tapi aku tiada alamat rumah dia"Kata Haziq
"Nanti aku bagi tapi sebelum tu aku nak pesan, kalau kau jumpa dia nanti mungkin dia maafkan tapi kau jangan lupa parut kat hati dia. Kau kena rawat parut tu sampai hilang."Kata Ash
Mereka pun pulang ke rumah masing-masing setelah Haziq mendapat alamat rumah Putri.
Saya jamin korang akan suka watak Ash sebab dia ni memang sangat memahami perempuan tapi bukan buaya. 😘