CHAPTER 6

1 1 0
                                    

Pejam celik pejam celik dah lima tahun berlalu dan hari ini merupakan tepatnya dua tahun dia bekerja sebagai juruterbang.Bercakap tentang hati,dia sudah menutup hatinya untuk mencintai kerana trauma dengan apa yang berlaku sewaktu hari dia mengambil keputusan SPM lalu.

"Adikkk,cuti ke harini"Tanya Cakra masuk ke bilik Putri dalam keadaan geram kerana adiknya tidak menyahut dari tadi. Konfem tengah berangan lagi.

"Apa abang menjerit ni, pekak adik nanti"marah Putri sambil membuat gaya ingin menumbuk.

"Tulah berangan lagi, abang tanya adik cuti ke harini"Kata Cakra sambil menahan geram dengan adiknya seorang ni.

" Taklah,adik kerja malam ni. Abang cuti ke,setahu adik cuti sekolah lagi 2 minggu"Kata Putri sambil kembalikan soalan pada abangnya.

"Ouh,abang dah berhenti jadi guru"Kata Cakra sambil bersila atas katil adiknya.

"Hah,abang berhenti! "Jerit Putri kerana terkejut dengan penyataan abangnya itu.

" Ye,abang ingat nak buka bisnes"Kata Cakra memberitahu isi kepalanya.

"Bisnes apa"Tanya Putri

"Bisnes kek, adik pun tahu kan masa abang sekolah menengah dulu abang selalu jual kek dan kek abang laku"Jawab Cakra.Dia memang dah pandai berniaga sejak dulu tapi tak tahu macam mana boleh jadi cikgu tadika.

"Bazirlah usaha abang selama ni belajar 7 tahun untuk jadi cikgu"Kata Putri dalam keadaan mengeluh. Yelah tujuh tahun bukan sekejap.

"Tak payah risaulah, nanti bila bisnes abang dah besar abang jadilah cikgu balik ataupun abang buat tempat belajar kat cafe abang" Kata Cakra

"Ikut abanglah, adik nak keluar kejap lagi. Abang nak ikut ke"Tanya Putri

"Nak tapi adik pandulah, abang malas nak bawa kereta"Kata Cakra sambil buat muka comel dia.

" Yelah,adik nak siap kejap. Lagi sejam kita pergi"Kata Putri sambil mengheret abangnya keluar dari bilik dia.

Setelah sejam mereka bertolak ke Mutiara Cafe untuk makan sebelum jalan-jalan.

Iqbal sedang melatih anggota bawahannya tiba-tiba disergah dari belakang pun terkejut.

"Eh Ash, kau ni suka buat aku terkejut. Kalau aku sakit jantung macam mana" Kata Iqbal sambil meraup muka kegeraman.

"Tulah sape suruh serius sangat, aku buat macam tu pun nak terkejut"Kata Ash.Kawannya itu sekaligus rakan sekerjanya

"Yelah, kau nak apa ni leftenan Irfan"Balas Iqbal malas.

"Aku nak ajak kau gi makan kat cafe, jom"Kata Ash

"Aku tengah latih diorang ni"Ucap Iqbal sambil menunjuk anggota bawahannya.

"Zikri, datang sini jap"Panggil Ash

"Nak apa"Tanya Zikri

"Tolong ganti Iqbal latih diorang kejap, aku nak ajak Iqbal keluar"Ucap Ash kepada Zikri

"Okey"Kata Zikri lalu melatih anggota bawahan Iqbal.

Ash dan Iqbal pun ke Mutiara Cafe. Sebelum mereka pergi Iqbal sempat mengucap terima kasih kepada Zikri kerana menolongnya dan dibalas dengan anggukan.Saat di Mutiara Cafe,Iqbal tertarik dengan seorang gadis dan gadis itu ialah Putri.

"Asal kau pandang dia dari tadi,tertarik"Tanya Ash sambil mengangkat kening.

"Entah, tapi aku berdebar bila lihat dia.Selamani aku tengok perempuan tak rasa macam ni pun"Jawab Iqbal

"Cinta pandang pertama lah tu, kau nak try dia. Kalau nak pergilah tegur"Ucap Ash sambil tersenyum.

"Taknaklah,aku takut dia suka aku sebab harta"Kata Iqbal melepaskan rasa di hati.

"Apa kata kau try dia senyap-senyap,aku kenal dia"Ucap Ash beri cadangan.

"Kau kenal dia?"Tanya Iqbal

" Ye.Nama dia Putri, Cahya Putri.Dia ada tiga abang, sebelah dia tu abang kedua dia, abang pertama dia dah meninggal enam tahun lalu"Kata Ash

"Apa lagi kau tahu pasal dia"Ucap Iqbal tertarik dengan cadangan Iqbal.

" Ceh, sukalah tu. Banyak,makanan favourite, tempat favourite dan macam-macam lagi"Balas Ash

"Apa dia"Tanya Iqbal kembali.

" Ok, catat cepat. Dia suka coklat terutamanya kek dan hot chocolate. Dia suka mawar putih tapi selepas trauma dia lebih suka mawar hitam.Dia suka pergi pantai dengan kedai buku.Dia suka lelaki yang green forest ataupun lebih tepatnya lelaki dalam novel yang dia biasa baca"Terang Ash panjang lebar.

"Apa trauma dia dan macam mana kau kenal dia"Tanya Ash cuba mengorek rahsia.

"Pasal trauma dia aku rasa lebih bagus kau dengar dari mulut dia sendiri.Aku kenal dia sebab dia kawan aku dari sekolah menengah sampai sekarang"Jawab Ash

"Ouh, aku tahu nak buat apa. Kau mesti tahu alamat rumah dia kan. Nak boleh"Tanya Iqbal

"Ada tapi sebelum tu kau betul-betul suka diakan. Kau takkan permainkan hati dia kan"Jawab Ash sambil meneliti Iqbal.

"Iya, aku betul-betul suka dia.Bolehlah Ash"Pujuk Iqbal

"Nanti aku bagi"Jawab Ash seadanya

" Tapi aku nak minta tolong boleh, jangan bagitahu dia pasal kerja aku, buat masa sekarang aku nak rahsiakan. Aku nak dia suka aku seadanya bukan sebab harta"Kata Iqbal memohon pada Ash.

"Yelah" Jawab Ash sepatah sambil dalam hati tersenyum kerana dia tahu Iqbal boleh rawat luka yang diciptakan oleh bekas kawan baik dia itu.

Maka bermulalah takdir kisah antara mereka dan bermulalah juga tugas Iqbal untuk mendapatkan Putri melalui jalur langit dan usaha.

Mawar Biru(OG) Where stories live. Discover now