Tajam mata itu menikam dua sosok tubuh yang sedang berbual di luar kelas yang bertentangan dengan kelasnya.Bibir dicebiknya, menahan cemburu yang semakin meluap luap di dadanya.
"Bestnya perempuan tu dapat berbual dengan Abang Haziq,aku pun nak tapi aku tak berani beritahu dia aku suka dia. Ish"Kepalanya dilentokkan di atas meja kelasnya itu.
"Hahaha,tulah lambat lagi kan dah rugi"Cakap dia pada diri sendiri padahal cikgu sedang mengajar kat depan.
Biasalah apabila di fasa remaja, wujudlah manusia yang digelar sebagai 'crush'.Normal bukan? Siapa yang tiada crush? Tipulah jikalau kata tidak pernah ber-crush.
Begitu jugalah dengan gadis malang ini.Tahun ini, sudah dua tahun dia menyukai jejaka yang digelar Abang Haziq itu.
Tapi apalah nasib,dia hanya popular di sekolah ini hanya kerana sifat dia yang nakal dan suka langgar peraturan sekolah.Tentang crush dia, entah kenal tak dia.
"Aku kena beritahu dia tapi bila?Habis SPM. Yes habis SPM aku confess"Setelah lima menit akhirnya keluarlah keputusan yang muktamad mungkin.
Itulah rutin dia hari hari. Stalk, cemburu, buat keputusan kemudian tukar balik. Oleh itulah dia tak confess sampai sekarang.Pernah juga hampir confess tapi dikacau dengan pengumuman sekolah.Hm, apalah yang akan terjadi selepas ni agak agaknya.
Terima kasih yang sudi baca.Alang alang tu masuklah kat reading list sekali dengan follow akaun ni. Hehe🤭