BAB 15

20 1 0
                                    

Adelia yang sedang menyusukan Adam bersandar di kepala katil, dia melihat jam di dinding menunjukkan jam 2.30am, 

Adelia mengerlingkan mata ke arah suaminya yang nyenyak tidur d sebelah tilam adam, tilam adam berada di tengah katil. 

Mereka kini sudah sah rujuk semula tadi siang. Adelia memandang wajah adrian yang begitu nyenyak tidur, Adrian nampak sungguh kelelahan, bagaimana tidak lelah ,, bangun pagi dia sudah menyediakan air mandi adelia, kemudian dia akan membasuh pakaian, mengemas rumah dan menjaga adam.

Adrian ada memaklumkannya bahawa dia akan pulang ke KK dalam 2 atau 3 hari akan datang, di ingin menyelesaikan beberapa tugas. Adrian jg memaklumkan kepada Adelia bahawa dia akan berhenti dari syarikat daddy dan berpindah ke tempat Adelia, dia ingin membina hidup baharu. Dia sanggup untuk mencari kerja biasa bahkan apa kerja sekalipun asalkan dia boleh dekat bersama isteri dan anaknya. Mereka rujuk tanpa restu mommy dan daddy, tp adrian kali ini suda malas mahu memikirkan perihal mommy dan daddy, sudah banyak kali dia bersabar sehingga pernh berpisah dengan isteri. Adriana pula ada cuba menghubungi Adelia, dia meminta maaf kepada adelia dan berhasrat untuk berjumpa adelia, Adelia menolak kerana baginya, biarla waktu yang menyembuhkan luka di hatinya atas perbuatan adriana sebelum ini. Adelia sedar dia tidak sepatutnya bersikap sedemikian, tetapi dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti orang lain, dia masihh belum melupakan perbuatan adriana.

Firhad pula, dia sudah keluar dari rumah mommy dan daddy ,, dia sanggup menyewa bilik sewa, skrg pun Firhad sudah tidak bekerja dengan daddy, kerana daddy dan mommy semakin keras hati terhadap anak-anak, semua apa yang mereka lakukan tidak kena di mata daddy dan mommy, Firhad tidak mahu menjadi anak derhaka kerana melawan org tua, jd lebih baik dia keluar dari rumah itu dan mencari kehidupan lain.

Adriana dan Kamal juga suda berpindah tempat tinggal, adriana kini tingal berjiran dgn mertuanya, di kawasan kampung. Mereka membina rumah sendiri di atas tanah mertuanya dengan kebenaran. Hubungan Adriana dgn keluarga Kamal juga semakin membaik. Walaupun begitu, sehingga kini Adriana masih mencuba untuk mengandung, hal itu jg menjadi buah mulut di kawasan kampung mertuanya.

Mommy dan daddy pula masih dengan sikap yang sama, angkuh sombong, bahkan sedikit pun tidak mahu mengalah dengan anak dan berdamai dengan takdir. Mereka berasa kesal kerana Adrian & Adriana berkahwin dgn org yg lebih susah daripada mereka. Bahkan , mereka tidak mengakui bahwa Adam adalah cucu mereka, bagi mereka,, mereka tidak mempunyai cucu, apatah lagi dari rahim anak yatim piatu seperti Adelia.

erk erk

Lamunan adelia terhenti apabila mendengar rengekan anaknya

shu shu,,, 

Adelia memujuk anaknya, dia menepuk-nepuk punggung anaknya agar kembali lelap. beberapa saat kemudian Adam tidur semula. Adelia menarik puting susunya yg berada di dalam mulut adam perlahan-lahan. Adelia meletakkan adam di atas tilamnya. Dia bergerak menyelimuti badan suaminya kerana di lihat adrian tidur tidak menggunakan selimut.

============================

Sebulan kemudian

Hari ini Adrian mengambil cuti kerana ingin menemankan Adelia membawa Adam berklinik. Hari ini Adam sudah 2 bulan, jadi perlu ke klinik untuk suntikan 2 bulan. Adrian kini bekerja sebagai Sales Executive di sebuah hotel berdekatan rumah Adelia, Adrian dpt memegang jawatan itu kerana hasil pengalaman kerjanya selama bersama daddy dan dia jg memang kreatif berkaitan perihal sales, banyak idea yang dapat dia lakukan.

Adrian membawa beg barang keperluan Adam, manakala Adelia pula mendukung adam masuk ke dalam kereta. Mereka bergerak ke klinik.

Adelia menyandar di kerusi penumpang sambil menyusukan Adam. Yeah anak mereka itu sgt kuat menyusu sehinggakan badannya sudah menjadi gendut dan comel. Adrian meraih tgn adelia.

TAKKAN PERNAH BERUBAHWhere stories live. Discover now