Bab 8

105 8 0
                                    

SPILL THE GOSSIP BLOG: BOLEH KE MELAKAR CINTA DI PANTAI?

Hey hey pembaca sekalian!

Kali ni penulis tak ada gosip untuk dikongsikan. Tapi penulis nak tanya pendapat korang, tempat apa yang paling romantik untuk melakar cerita cinta? Bagi penulis sendiri, mungkin di tepi pantai? Well, kita semua tahu kalau pantai adalah sebuah tempat yang indah untuk mencipta memori. Bisikan ombak pantai yang menderu pasir, bunyi-bunyi burung camar yang beralunan dengan suara angin yang bertiupan, serta bauan pasir pantai yang segar. Fuh! Romantik betul!

Tahu kenapa penulis tiba-tiba tanya fasal tu? Sebab penulis baru habis tengok satu dating show ni dekat Netflix. Tajuk dia, Single Inferno. Siapa yang tak tengok lagi dating show tu, korang wajib tengok. Best teruk! Penulis rasa, penulis dah boleh tulis cerita cinta dah ni? Apa-apa pun, jangan lupa kongsikan pengalaman korang sepanjang cuti ni dekat bahagian komen di bawah tau?

Sebaik saja selesai makan malam di sebuah restoran berhampiran resort, keluarga Encik Mudzakkir membuat keputusan untuk pergi ke pesta pantai yang berada di bahagian utara pulau kecil tersebut. Rugi pula kalau tak singgah ke sana bila dah berada di sini. Orang kata, suasana di sana agak meriah. Bila dengar yang keluarganya mahu ke tempat terbuka dan ramai orang, Wail mula rasa resah. Dia paling tak suka ke tempat-tempat macam tu. Dah lah dipenuhi dengan ramai manusia, mesti sesak juga nanti.

"Korang, kalau korang nak pergi pesta pantai tu, korang pergi lah dulu. Ayel nak balik bilik. Tiba-tiba rasa tak sedap badan pula," tipu Wail, cuba memberi alasan.

"Ayel okay tak ni? Masih mabuk lagi eh?" Puan Khalisha menyoal.

"Ayel okay aje ma. Kena rehat kejap aje ni. Nanti dah tidur, okay lah tu," tambah Wail lagi. Pada mulanya, mereka berat untuk biarkan Wail pergi sendiri. Setelah diyakinkan, akhirnya mereka benarkan juga Wail ke bilik. Seronok lah dia sebab dapat lepas dari kebisingan dunia tu.

"Hati-hati! Nanti Along suruh Aidi tengok-tengokkan!" sempat Zahir mengusik sebelum Wail menggulingkan anak matanya ke tepi.

Waktu keluarganya ajak Aidi makan bersama tadi, dia menolak dengan baik. Aidi kata yang dia tak ada selera nak makan. Sejak kejadian Wail pengsan petang itu, angin Aidi nampak macam tak baik. Wajahnya kelihatan suram dan sedih. Wail pun tak tahu kenapa tiba-tiba mamat tu nampak sedih. Tapi bila diingat balik, Aidi memang ada menangis waktu mula-mula Wail sedar dari pengsan. Pada awalnya dia mahu bertanya, tapi dia fikir lebih baik kalau dia tak payah sibuk. Nampak macam dia pula yang beriya-riya nanti.

Sampai saja di depan bilik, Wail memusingkan kunci di tombol pintu lalu menolak daun pintu itu ke dalam. Setelah melangkah masuk, Wail mendapati yang bilik itu kosong. Matanya ada juga melilau ke sekeliling bilik kalau-kalau Aidi ada di situ, tapi bayang lelaki tu pun dia tak nampak. Wail kemudiannya perasan yang sliding door dalam biliknya terbuka luas sampaikan angin kencang dari arah pantai mengibas kuat kain langsir di pintu tersebut.

Dia melangkah perlahan keluar dari sliding door tersebut menuju ke ruang balkoni. Pemandangan pantai yang gelap di situ dia perhatikan. Bunyi pukulan ombak yang menghempas pasir membuatkan jiwa Wail tenang seketika sebelum matanya tertancap ke arah satu kelibat seorang lelaki yang sedang duduk sendiri di kawasan pantai tersebut. Wail tahu yang lelaki itu adalah Aidi. Dia mula teragak-agak sama ada dia perlu ke sana atau tidak.

Untuk seketika, Wail hanya berdiri tegak di situ sambil berperang dalam kepalanya. Last-last, dia membuat keputusan untuk mendekati Aidi walaupun dia tahu, dia tak sepatutnya melakukan hal itu. Dia pun tak tahu kenapa hatinya begitu degil untuk memaksa tubuhnya ke arah Aidi. Mungkin ada sesuatu pada Aidi yang membuatkan dia tertarik. Atau mungkin, sudah tiba masanya untuk dia keluar dari zon selesanya dan cuba bersosial sedikit walaupun dengan lelaki paling annoying pernah dia jumpa.

TRIPLE TROUBLE: Secretly Yours (BL MALAYSIA) [COMPLETE]Where stories live. Discover now