Bab 1

132 11 0
                                    

SPILL THE GOSSIP BLOG: ENCIK NERD DAH BERPUNYA?

Hey hey pembaca sekalian!

Mesti korang tak sabar nak baca 'tea' baru hari ni kan? Penulis tahu korang mungkin dah jemu untuk dengar fasal kisah-kisah cinta budak senior dan junior dekat kampus kita? Nah, bukan gosip tu yang penulis nak spill hari ni. Tapi gosip fasal salah seorang anggota T.T. (Triple Trouble) yang paling anti-sosial dan 'nerd'. Well, tak perlu penulis mention pun korang mesti dah tahu siapa kan?

Macam yang penulis pernah cerita dalam blog sebelum ni, subjek untuk gosip kita selalu nampak sibuk dengan telefon dia sejak 6 bulan yang lalu. Penulis sendiri tak tahu apa yang membuatkan dia terlalu taksub dengan telefon dia tu. Sebab sebelum ni, yang kita cuma nampak dia selalu dengan buku je, tak pun menulis sesuatu yang mungkin... diari? Rabu lepas, penulis dapat tahu yang dia datang library untuk study.

Dari sumber yang boleh dipercayai, dia dikatakan asyik tersengeh-sengeh aje sambil menghadap telefon instead of study memandangkan final exam tengah berlangsung sekarang. Penulis tertanya-tanya, nerd kesayangan kita dah ada... girlfriend ke? Entah-entah, boyfriend? Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh komen dekat bawah!

Dah nak hampir 6 bulan sejak Wail berkenalan dengan seorang lelaki misteri dalam aplikasi yang abang kembarnya cadangkan pada dia sebelum ni. Mula-mula, dia agak skeptikal dengan semua orang yang dia kenal dalam aplikasi tu. Lagi-lagi bila kebanyakan mereka merahsiakan identiti sebenar mereka in real life.

Mungkin benda tu tak ada lah teruk sangat memandangkan Wail pun tak berminat langsung nak tahu tentang siapa mereka di dunia sebenar. Kalau tak disebabkan Waiz beriya-iya sangat nak dia install aplikasi ni atas alasan supaya dia dapat kawan baru, tak ada maknanya dia nak habiskan masa dengan aplikasi tersebut.

Tapi semuanya berubah sejak dia berkenalan dengan seorang pengguna akaun dalam aplikasi yang sama. Dia gunakan nama Arcana_DA sebagai nama akaunnya. Wail pun tak tahu siapa si Arcana_DA ni, tapi satu hal yang Wail tahu, pemilik akaun ni adalah seorang lelaki. Dan Arcana_DA ni juga tahu yang Wail adalah seorang lelaki. Bagi Wail, kira adil lah yang mereka sama-sama tak tahu identiti sebenar mereka di dunia sebenar.

Lagi pun masing-masing dah setuju untuk tidak bertanyakan tentang hal peribadi ataupun identiti sebenar mereka. Jadi, mereka cuma berborak tentang perkara lain selain daripada perkara yang dinyatakan di atas tadi.

Walaupun identiti dirahsiakan. perkara tu tak menjadi penghalang untuk mereka semakin akrab. Malah, lebih akrab dari apa yang Wail bayangkan. Bagi Wail, Arcana_DA adalah seorang lelaki yang matang dan caring. Dia bukan lah jenis lelaki yang narsistik. Dan Wail sangat bencikan lelaki yang narsistik.

Sebab tu mudah saja untuk dia selesa dengan Arcana_DA. Kalau dulu, dia rasa macam dia tak ada orang untuk bercerita. Walaupun dia masih ada adik-beradiknya, tapi tak semua perkara dia boleh cerita pada mereka.

Contohnya macam, bila dia tengah stress sebab ahli-ahli dalam group assignment dia langsung tak function. Ataupun bila dia tak puas hati dengan seorang pensyarah ni sebab kelas dia sangat-sangat membosankan. Tambah pula bila kelas tu adalah kelas untuk subjek yang paling dia suka. Dan semua perkara ni, dia boleh kongsikan dengan Arcana_DA.

En_Shadow: Awak! Busy tak sekarang?

Wail masih menanti Arcana_DA untuk membalas mesejnya. Sekarang, dia sedang berada di sebuah kafe berdekatan fakulti Zahir iaitu fakulti undang-undang. Dia dapat mesej dari abang sulungnya itu supaya semua adik-beradiknya datang ke sini sebab ada benda yang dia nak bincangkan. Memandangkan dia baru saja habis kelas, dia terus melangkah ke sana sebelum mengambil tempat. Sementara tunggu yang lain sampai, itu yang dia ambil kesempatan untuk mesej kawan onlinenya.

TRIPLE TROUBLE: Secretly Yours (BL MALAYSIA) [COMPLETE]Where stories live. Discover now