Bab 14

92 9 0
                                    

SPILL THE GOSSIP BLOG: ADAKAH RAHSIA AKAN KEKAL RAHSIA?

Hey hey pembaca sekalian!

Kita semua ada rahsia yang disembunyikan. Atau mungkin sebuah identiti rahsia yang tidak diketahui orang lain. Lagi-lagi pada zaman serba canggih macam sekarang. Seorang polis, boleh menjadi seorang penjenayah di alam siber. Dan mungkin, seorang doktor tak mustahil merupakan seorang pembunuh bersiri di dunia realiti. Tapi, sampai bila sebuah rahsia mampu bertahan? Ha, saspen tak bunyinya?

Sebenarnya penulis baru lepas habis tengok cerita detektif Conan 2 hari lepas. Itu yang terbawa-bawa sampai ke blog ni. Jangan marah ya? By the way, berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, seorang influencer di fakulti medic kantoi curang. Dia telah menyamar sebagai seorang budak fakulti seni tari di alam maya dan menggoda budak fakulti law walaupun dia dah mempunyai kekasih. Macam mana boleh kantoi? Take a guest! Come on, ni penulis Spill the Gossip blog kot! Haha.

Hari ni adalah hari kedua Kem Penulisan itu dijalankan. Disebabkan kem ni diadakan di kawasan kampung, suasananya sangat menyegarkan dan damai. Dapat lah mereka bebas dari suasana bandar yang sibuk dan agak menyerabutkan kepala. Namun, kedamaian dan ketenangan yang sepatutnya dimiliki, tidak sama sekali Wail rasakan apabila hatinya begitu sakit sepanjang kem semalam berlangsung. Bukan setakat hati saja yang sakit, matanya juga sakit melihat Amanda dan Aidi asyik berkepit saja 24 jam.

Tambah pula bila Aidi langsung tak menegurnya waktu di bilik. Dia layan Wail macam tunggul batu saja kalau mereka dibenarkan untuk berehat di bilik masing-masing. Wail tahu dia sepatutnya gembira dengan tindakan Aidi itu, tapi entah kenapa dia tak suka bila lelaki tampan tersebut melayannya macam dia tiada di situ. Lagi pun, dia suruh Aidi layan dia sebagai orang asing, bukannya macam makhluk asing yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.

Sekarang mereka sedang berkumpul di sebuah dewan tertutup untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Berdasarkan tentatif hari ni, mereka akan mengadakan aktiviti kuiz bahasa. Jadi, mereka diminta untuk berpecah kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan perlu mempunyai dua orang ahli saja. Kuiz ini akan diadakan secara liga. Akan ada pusingan penyingkaran, pusingan suku akhir, separuh akhir dan pusingan akhir. Cuma ada 1 kumpulan saja yang akan menang daripada 40 kumpulan yang ada.

"Di, I group dengan you ya?" Amanda cepat-cepat memaut lengan Aidi.

"Eh no no no! Semalam kau dah berkepit 24 jam dengan Abang Di kan? Bagi peluang aku pula satu kumpulan dengan Abang Di!" pantas Tasneem mencelah. Wail yang berada di sebelah sudah berkerut dahinya.

"Kalau you dengan Di, takkan I dengan kawan you ni pula?!" balas Amanda dengan nada tak puas hati.

"Apa salahnya? Abang Di, aku punya hari ni!" sebelah tangan Aidi terus dipaut oleh Tasneem sebelum ditarik ke arahnya.

"No! He's mine!" Giliran Amanda pula yang menarik tangan Aidi ke arahnya. Aidi betul-betul tengah nampak macam tali yang sedang ditarik ke dua arah berbeza sekarang.

"Guys, chill lah," ucap Aidi setelah mengeluh singkat.

"No! Kalau Anim tak buat macam ni, minah ni takkan mengalah punya," bentak Tasneem.

"Adik sepupu you ni memang annoying kan Aidi?" soal Amanda pula. Jelingan tajam Tasneem sudah diarahkan pada perempuan berambut panjang paras dada itu. Kecil besar kecil besar aje Tasneem tengok perempuan gedik ni.

"Okay lah annoying, dari kau? Gedik! Urgh!" mata Tasneem diguling ke atas.

"I don't care, Aidi will be in my group!" tegas Amanda kemudian menarik lengan Aidi lagi.

TRIPLE TROUBLE: Secretly Yours (BL MALAYSIA) [COMPLETE]Where stories live. Discover now