EPILOG

114 8 0
                                    

SPILL THE GOSSIP BLOG: NEW LIFE AT THE NEW BEGINNING

Hey hey pembaca sekalian!

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, penulis dapat tahu yang Encik Nerd dan Prince Charming kampus kita selalu datang ke kelas berdua. Bukan sehari dua, tapi almost setiap hari tau?! Maksudnya apa tu? Cuma one conclusion aje yang penulis dapat buat, they already live together! Oh gosh! Bila la agaknya penulis nak dapat rasa kebahagiaan macam tu? Huhuhu.

Di sini, penulis ingin membuat kenyataan yang penulis bagi blog ini adalah seorang yang open minded. Bagi penulis, kita boleh bercinta dengan sesiapa saja kita nak. Sebab hati kita lain-lain. Jadi, penulis melarang keras sebarang diskriminasi yang dilakukan melalui paparan blog ini. Kalau tak suka, jangan baca. Okay?

Wail sedang tersengeh seorang-seorang sambil berbalas mesej dengan buah hatinya. Baru sekejap tadi dia ingat nak siapkan assignmentnya di meja belajar, bila Aidi menghantar mesej, terus dia tutup laptop dan beralih ke katil pula. Susah betul dia nak halang dirinya dari terus berbalas mesej dengan Aidi. Lagi-lagi bila mereka sudah secara rasmi berhubungan sekarang. Rasa cintanya pada Aidi, semakin hari semakin bertambah. Tak pernah lagi dia cintakan sesiapa macam mana dia cintakan lelaki tampan itu.

Sedang dia leka berbalas mesej, dia tak sedar yang kesemua adik-beradiknya sudah masuk ke bilik itu. Mereka saling berpandangan saat melihat Wail tersengeh-sengeh macam orang gila sambil menghadap telefon. Memang lah sebelum ni Wail pernah bertingkah macam tu, tapi kali ni agak lain. Wail nampak lebih ceria dan bahagia dari sebelumnya. Mereka kemudiannya memberi isyarat lalu mendekati Wail dan duduk dalam keadaan mengepung lelaki bertahi lalat bawah bibir itu.

Kerana begitu asyik dengan telefonnya, Wail langsung tak perasan yang sekarang, dia sedang duduk di dalam kepungan adik-beradiknya tatkala mereka sedang merenung ke arah Wail dengan dahi yang sedang berkerut. Usyair membalas pandangan dengan abangnya, Uzair sebelum abangnya itu menjongketkan bahu ke atas. Sebenarnya, mereka dah lama perhati yang sejak-dua menjak ni Wail nampak lebih bahagia dari yang selalunya. 

Seolah-olah, diri Wail yang dulu sudah kembali. Puan Khalisha dan Encik Mudzakkir juga perasan dengan perubahan pada diri Wail. Tapi tiada siapa berani untuk bertanya apa-apa dan memastikan hal tersebut. Tambah pula bila Wail langsung tak bagitahu apa-apa pada mereka. Jadi mereka rasa yang Wail masih belum bersedia untuk berterus-terang dan memerlukan lebih lagi masa. Namun, mereka sememangnya tidak boleh sabar. 

Selama ni, ahli keluarga mereka akan terus jujur sekiranya ada apa-apa hal jadi. Kenapa Wail perlu ambil masa pula sekarang? Walau apa pun jadi, mereka kena juga tahu perkara apa yang dah berlaku sampai Wail boleh berubah sedrastik ini. Waiz kini memberi isyarat kepada abang sulong mereka, Zahir untuk memulakan perbualan.

"Ehem ehem!" mendengar Zahir berdehem, fokus Wail dialihkan ke depan sebelum mendapati yang dia sudah dikelilingi oleh semua adik-beradiknya.

"Err.. korang buat apa ni?" soal Wail hairan. 

"Kitorang yang patut tanya Ayel soalan tu. Ayel buat apa tu? Dari tadi duk sengeh-sengeh sambil tengok fon?" soal Zahir.

"What?" dahi Wail makin berkerut. "Macam korang tak pernah nampak Ayel tengok fon sambil senyum-senyum sebelum ni?" sambung Wail.

"Yeah, but this is different Ayel," giliran Zahil pula yang mencelah.

"Apa yang different nya?"

"Ayel, bukan sehari dua kitorang kenal kau tau? Plus, kau keluar pun dari perut yang sama. Just tell us, apa yang dah jadi sebenarnya?" Waiz tak mahu lagi berbasa-basi. Untuk seketika, Wail sekadar membisukan diri sambil memandang satu demi satu wajah adik-beradiknya itu.

TRIPLE TROUBLE: Secretly Yours (BL MALAYSIA) [COMPLETE]Where stories live. Discover now