Bab 15

86 8 1
                                    

SPILL THE GOSSIP BLOG: GELORA MALAM ANUGERAH GALA!

Hey hey pembaca sekalian!

Beruntungkan jadi orang yang pandai dan gifted ni? Boleh selalu score dalam study? Well, sebagai penulis yang humble, penulis tak ada lah nak puji diri sendiri. Tapi bakat yang penulis ada bukan sekadar menulis aje tau? Jadi jangan terkejut kalau penulis bagitahu yang penulis dapat anugerah dekan untuk sem lepas! Eeeiiii, tak sabarnya nak naik pentas nanti!

Bercakap fasal anugerah dekan ni kan, penulis dengar yang fakulti undang-undang akan buat Gala Night Award bertemakan masquerade? Uish, bestnya! Disebabkan fakulti undang-undang kampus kita memang gempak, malam kecemerlangan tu dibuka kepada semua pelajar dari semua fakulti untuk hadir. Arghhh! Benda-benda macam ni lah yang penulis suka. Misteri dan esklusif! Korang pula macam mana? Datang tak malam masquarade tu nanti? Sila komen kalau hadir!

Surat dan gelang tali itu ditenung lama oleh Wail. Helaian kertas dengan luahan perasaan yang tertulis di dalamnya merupakan dari seorang lelaki misteri yang sudah lama menjadi kenalannya, di mana hatinya telah dicuri oleh lelaki tersebut. Manakala gelang tali pula adalah pemberian dari seorang lelaki yang ikhlas mencintainya sehingga dia juga merasakan perasaan yang sama. Keluhan panjang akhirnya dilepaskan oleh Wail.

Sejak pulang dari Kem Penulisan 2 hari lalu, otaknya serabut memikirkan tentang dua lelaki yang hadir dalam hidupnya sekarang. Kedua-dua lelaki itu telah berjaya merebut hatinya. Tapi sampai sekarang dia masih keliru, yang mana satu dia perlu berikan sepenuh cinta dan sayangnya. Macam mana kalau dia buat keputusan yang salah? Kalau dia memilih Arcana_DA, adakah lelaki itu sesuai dengannya kalau mereka sudah bertemu di dunia nyata nanti? Kalau dia memilih Aidi pula, adakah perasaannya benar-benar tulus memandangkan dia hanya mencintai lelaki itu lepas dapat tahu yang Aidi mencintainya?

Ah, serabut betul otak Wail dengan semua benda ni!

Tink!

Sedang dia leka berperang di dalam kepala, satu notifikasi dari dalam telefon tiba-tiba berbunyi. Telefonnya itu dia capai lalu memeriksa notifikasi tadi. Kening Wail terjongket saat mendapati yang Arcana_DA telah menghantar mesej padanya. Dengan hati yang sudah berdebar, dia menekan skrin telefon sebelum paparan mesej dari lelaki misteri itu dibaca.

Arcana_DA: Hey, it's been a long time huh?

Wail termenung seketika. Mindanya mulai tertanya-tanya. Lepas dah beberapa minggu mereka tak berbalas mesej, kenapa baru hari ni Arcana_DA menghantarkan mesej padanya? Tambah pula bila lelaki ni langsung tak jelaskan lagi sebab kenapa dia tak datang pada hari mereka telah berjanji untuk bertemu dulu. Ada juga Wail tunggu kalau-kalau Arcana_DA akan menghantar mesej padanya untuk jelaskan apa yang dah jadi. Tapi? Satu mesej pun tak ada.

Mr_Shadow: Hey. Yeah. Awak sihat?

Arcana_DA: I'm good. Awak?

Mr_Shadow: I'm good too.

Arcana_DA: Sebenarnya, saya nak minta maaf.

Mr_Shadow: Maaf? Sebab?

Arcana_DA: Pertama, sebab datang lambat waktu kita janji nak jumpa hari tu. Kedua, sebab tak jelaskan keadaan saya.

Membaca jawapan mesej tersebut, dahi Wail mula berkerut. Dia tertanya-tanya apa sebenarnya yang dah jadi. Kalau betul Arcana_DA datang, kenapa mereka tak berjumpa malam tu? Dan kalau pun lelaki tu ada di situ, dia tahu ke siapa identiti Wail di dunia sebenar? Sisi kepala Wail digaru walaupun tidak gatal.

Mr_Shadow: Then, explain now.

Arcana_DA: Actually saya datang aje malam tu. Plus, I see you, Mr_Shadow.

TRIPLE TROUBLE: Secretly Yours (BL MALAYSIA) [COMPLETE]Where stories live. Discover now