Gelas kaca yang bertaburan di lantai perlahan - lahan di kutip oleh dirinya dengan berhati-hati serpihan kaca itu di masukkan ke dalam suatu bekas lalu lantai di cuci bersih . Tubuh lesu itu gagahkan diri untuk membersihkan ruangan dapur meskipun kelaparan pagi tadi dia hanya menjamah roti sahaja .
" Fiya tak makan lagi ke? " soal suara garau itu dengan penuh kerisauan. Suffiya mengalihkan pandangannya ke arah pemilik suara itu . Abang sulung nya . Daiyan Shariq .
" Belum abang long . " senyum nipis diberikan buat abang tersayang . Daiyan mengeluh perlahan sahaja tidak sampai hati melihat adiknya di layan sebegini .
" Makan lah . Nanti sakit perut. " ujar Daiyan nada penuh kerisauan bukan dia tidak perasan akan kemerosotan kesihatan Suffiya . Sedar akan ini pasti ibu mereka punya angkara lagi .
" Adik makan , abang teman jangan risau kalau ibu marah ke apa , abang ada . " pujuk Daiyan lagi sungguh dia risau akan keadaan Suffiya yang kini semakin kurus . .
" Tapi ... "
" Tak apa adik . " tegas Daiyan membuatkan Suffiya hanya akur sahaja .
" Bagi adik habiskan kerja ni dulu. " ujar Suffiya menyambung kerjanya itu . Daiyan angguk lalu dia mengatur langkah mengambil pinggan.
Senduk nasi di ambil lalu mencedok nasi dalam periuk . Tudung saji di buka untung masih ada lauk dirinya lebih sanggup tidak makan daripada lihat Suffiya hanya makan sisa mereka itu . Bukan dia tidak tahu apa-apa. Selesai sahaja kerja Suffiya dan Daiyan duduk di kerusi .
" Makan lah , abang teman " ujar Daiyan lembut dan tersenyum kecil. Suffiya angguk lalu dia baca bismillah perlahan menyuap nasi . Air mata di tahan sungguh dia lapar.
Daiyan hanya diam sahaja tahu adik nya itu sangat lapar tahap kebuluran akan tetapi selagi dia tidak di benarkan makan maka terpaksa Suffiya menahan lapar . Daiyan menahan air mata daripada mengalir melihat keadaan Suffiya saat ini dari kecil hingga besar mereka memperlakukan Suffiya seperti orang asing dalam rumah ini . Tapi sikit pun Suffiya tidak mengeluh .
Selesai sahaja makan Suffiya mencuci pinggan dan mengelap meja setelah semua kerja di selesaikan dia mengatur langkah ke bilik berdekatan stor bagi nya disitu tempat dirinya. Itulah ayat yang keluar daripada mulut ayah nya dan ibu nya di saat abang dan adik bongsunya mempunyai bilik yang cantik dan kemas dia hanya tidur di stor sahaja tapi dia sangat bersyukur.
" Dara!! " jerit Pn. Suhana yang mengejutkan Suffiya yang baru sahaja mahu duduk di birai katil .
" Ye ibu ? " jawab Suffiya lemah lembut sahaja. Pn Suhana menjulingkan matanya ke atas rasa meluat pula dengar anak keduanya memanggil nya ibu .
" Esok pagi aku nak kau masak nasi lemak dan dalam peti ais tu ada popia cabonara aku nak kau goreng sekali. " kata Pn. Suhana sekadar basa - basi sahaja tanpa sempat dia menjawab ibunya sudah berlalu pergi dari situ .
Suffiya hanya angguk sahaja . Itulah tugasnya di dalam rumah ini tidak kurang dilayan seperti orang luar dan pembantu rumah tapi untungnya Daiyan melayani dia sebagai seorang adik hanya ibu abah serta adik bongsunya memperlakukan dia sebegitu. Tubuh nya terasa penat lalu Suffiya masuk semula ke bilik untuk berehat dan solat . Selesai sahaja solat dia merebahkan badan ke katil tidak sampai 5 minit dia sudah tertidur. Esok dia harus bangun awal .
Ya Allah..... sesungguhnya aku penat .
••
Di sisi lain pula semua dia masih menyiapkan kerja nya itu meskipun jam menunjukkan pukul 12 tengah malam . Daun pintu dimuka perlahan oleh Puan Sri Amina satu senyuman diberikan pada anak sulungnya itu .
YOU ARE READING
senyuman Terakhir [ C ]
Historia CortaUmar Fayyad ෆ Dara Suffiya Sebuah kejadian tragis telah mengubah kehidupan dirinya 360° darjah dulu bahagia kini hanya bertemankan derita . Itu yang perlu dia hadap dari usia kanak-kanak hingga dewasa , Dara Suffiya tiada tempat untuk bergantung ma...