Dia...
Iskandar Rafanza, seorang yang bersikap teguh pada janjinya, segala yang sudah ditekad, tidak akan ditoleh kembali. Pendirian mengikut naluri hati, menjadi asbab mengapa dirinya kekal tenang walau apa jua keadaan yang diharungi.
Keperibadiannya mungkin dipandang dingin dan tidak berhati perut di mata orang sekeliling, namun hakikatnya dialah yang sering bersujud di atas sejadah. Sikap tegas dalam perihal agama, hanya dapat dilihat oleh sesetengah orang yang istimewa di mata Iskandar.
Bekas Leftenan di bawah Unit Tdm, kini bertugas sebagai seorang pengawal peribadi kepada wanita yang berstatus sebagai penulis. Sikap wanita itu juga mampu membuatkan dahi Iskandar berkerut seribu.
"You bekas Leftenan ke?" -Andrea Adeline
"Ya, aku bekas Leftenan." -Iskandar Rafanza
"So, what makes you stop being a Leftenan? I mean, aren't you supposed to protect this country?" -Andrea Adeline
"Ya, itu memang tugas sebagai seorang tentera. Tapi kontrak aku sebagai tentera dah tamat." -Iskandar Rafanza
"Apa maksud you tamat?" -Andrea Adeline
"Semasa pelantikan kelayakan tentera, kita akan diberi pilihan kontrak. Ada yang 21 tahun dan keatas. Kontrak yang aku pilih tu pula, kontrak 15 tahun tetap." -Iskandar Rafanza
"Understood." -Andrea Adeline
Benarlah, Iskandar Rafanza pada awalnya bertugas sebagai seorang Leftenan di bawah Unit Tdm. Semestinya wanita itu tidak akan jatuh ke tangan musuh jika pengawal tersebut adalah seorang bekas Leftenan.
"Aku tak perlukan duit tu. Besides, you're not my boss for me to obey. My boss is Henry Arthur, and you're just his niece." -Iskandar Rafanza
"Hey! Who do you think you are?? My PA?? Ok look, I can help you to confront my uncle and ask him to stop you from being my bodyguard. As simple as that, and we'll have a deal together." -Andrea Adeline
"Keras kepala kau ni, kan. Kau bagitau lah macam mana pun, aku tetap tak nak. Kau gila ke?? Baru sehari kerja dah berhenti." -Iskandar Rafanza
"Fick dich!" -Andrea Adeline
Biarpun Andrea masih lagi berkeras untuk menghasut Iskandar agar berhenti untuk menjadi pengawal peribadi hingga sanggup hulurkan duit RM 300 ribu, namun Iskandar masih lagi dengan pendiriannya.
Setelah beberapa hari bertugas sebagai pengawal kepada Andrea, hati Iskandar bagaikan baru saja terdetik perasaan cinta terhadap wanita itu.
Namun, apakan daya... perasaan cinta itu ditolak ke tepi disebabkan mereka tidak seagama.
"Iskandar, you rasa...kalau I masuk Islam, Tuhan akan terima ke? I kan... tak pandai. Cara pakaian dan diri I ni, layak ke untuk berhadapan dengan agama yang seindah tu?" -Andrea Adeline
"Sesungguhnya jika seorang mu'allaf terdetik hati ingin berpindah agamanya ke Agama Islam, nescaya dialah yang lebih mulia daripada mereka yang sudah pun beragama Islam pada awalnya. Sebaik saja seseorang itu melafazkan kalimat, sepantas itu juga pintu gerbang iman terbuka luas untuk mu'allaf tersebut. Mu'allaf tiada dosa." -Iskandar Rafanza
"I'm scared, macam mana kalau I dah berpindah agama, I tak kuat untuk hadap masalah yang akan datang. Macam mana kalau I akan dibuang Uncle Henry pula? Macam mana kalau..."-Andrea Adeline
"Fa Inna Ma'al Usri Yusra, Inna Ma'al Usri Yusra. Dalam kesusahan, akan ada kemudahan. There's nothing that needs to be worried about. Kalau kau utamakan Tuhan dulu, akan ada satu tika nanti yang akan membuatkan rintihan air mata kau berjurai disebabkan perkara yang kau anggap mustahil selama ini, terbentang luas di hadapan mata kau." -Iskandar Rafanza
Kabar Andrea yang dikatakan ingin berpindah agama, membuatkan hati Iskandar tersentuh. Dalam pada masa yang sama juga, dia turut tumpang bersyukur kerana wanita itu telah diberikan petunjuk oleh Tuhan untuk berpindah ke agama yang paling indah, iaitu Islam.
Iskandar percaya bahawa semua ini adalah ujian dimana dia diuji dengan perasaan cinta terhadap wanita berlainan agama.
"Marry me, and you'll be safe after being the wife of Iskandar Rafanza." -Iskandar Rafanza
Benarlah apa yang dikatakan oleh Andrea sebelum ini, sebaik saja dia menjalankan rumah tangga serta agama baru yang dipikulnya sekarang, masalah yang dihapinya kian menimbun.
"Uncle Henry mati disebabkan diorang!! What do they want from me?? Arffa tak pernah kacau pun keluarga tu, Rafanza! I...I tak nak Uncle mati! I don't give a fuck about that! Why do they kept disturbing me?? I..." -Andrea Adeline
"La ilaha illa Anta Subhanaka inni Kuntu minadz Zalimin... Bunga Rafanza kan kuat, mana boleh macam ni. Tuhan takkan uji seseorang melainkan dengan apa yang mampu dia harungi. Redha dengan ujian, takdir ini milik Tuhan. Jika ia sudah tertulis, maka ia tetap akan terjadi. Kita juga harus terima Kun Fayakun, sayang." -Iskandar Rafanza
Satu demi satu ujian yang menimpa rumah tangga mereka. Akan tetapi, kehadiran dan betapa teguhnya Iman seorang insan yang bernama Iskandar Rafanza, membuatkan hati Andrea tenang. Setiap kali wanita itu ditimpa masalah mental, Iskandarlah yang menenangkan keadaan tersebut.
"Rafanza, kalau I dah takde nanti... you akan cari yang lain untuk gantikan tempat I ke?" -Andrea Adeline
"There's no way I would find another person to replace you, Arffa. You're the first and last flower who lights me up. Hanya Arffa Khalisa bunga terakhir yang ada di hati Iskandar Rafanza." -Iskandar Rafanza
Dialah bunga terakhir yang tidak dapat diganti. Andrea Adeline, wanita yang cukup kuat dan indah di mata Iskandar. Dia jugalah Arffa Khalisa, wanita pilihan seorang Iskandar Rafanza.
Berdamailah dengan takdir, kerana semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz...

ANDA SEDANG MEMBACA
Bunga Terakhir, Arffa Khalisa
RomanceAndrea Adeline | Iskandar Rafanza {Inspired by song.} *Milik elara_aeris serta merta.