BAB 12

25 1 0
                                    

"Fairah, bagus lagi ko kasi anakmu kahwin sama Si Alana ni, daripada dia tu... suda la endak berpakaian sopan, tudung pun endak mau pakai." Semena tangan Puan Zhufairah yang tadi ligat menghiris-hiris daun bawang terhenti tatkala mendengar ayat yang dilontarkan oleh adiknya.

"Yang berpakaian bertutup-litup, ndak semestinya baik. Tuhan yang menjaga segala aibnya. Yang berpakaian terbuka pula, ndak semua seperti apa yang ko sangkakan." Sindir Puan Zhufairah.

Meskipun Puan Zhufairah tidak menoleh ke belakang, namun suara cebikan yang kedengaran jelas milik Makcik Raisha.

"Mama buat apa tu?" Puan Zhufairah tersenyum melihat menantu kesayangannya datang menghampirinya.

"Masaklah, sayang." Tutur Puan Zhufairah lemah lembut.

"Boleh I tolong?"

"Tak perlu, biar mama masak sendiri. Sebab makanan ni mama nak hidangkan khas untuk menantu kesayangan mama ni, jadi Arffa tunggu di depan saja. Nanti, kalau dah siap, mama panggil ya, sayang?"

Arffa mengangguk patuh.

"Heh. Boleh sija ko berkeras untuk tolong masak, melainkan... kalau ko endak pandai masak sija la." Bibir diketap mendengar ayat sedas yang dilontarkan oleh Makcik Raisha.

Puan Zhufairah melepaskan keluhan.

"Raisha..." Tinggi nada Puan Zhufairah seakan-akan memberi amaran kepadanya.

Tidak keruan, malahan semakin sinis senyuman yang ditarik oleh Makcik Raisha.

"Sudah, Arffa jangan dihiraukan saja Makcik Raisha ni ya? Naik atas dulu, pergi berehat." Kedua belah tangan Arffa, digenggam erat. Sedaya upaya cuba untuk menenangkan situasi tersebut. Tidak mahu wanita itu terkesan dengan ayat Makcik Raisha.

Sejujurnya, dia juga terkesan dengan apa yang dilontarkan oleh Makcik Raisha terhadapnya. Namun, perasaan itu sedaya upaya diusir dari terus menghasut mindanya.

"Arffa keluar dulu ya, sebab Raf kata dia nak ajak I ke pasar. Dia cakap mama kirim keropok ikan?" Tutur Arffa ringkas.

"Hah? Keropok ikan? Lah... amplang ikan bah, tu. Mama kirim dia amplang dengan ikan tenggiri sekali untuk masak ambuyat. Biasalah, kalau kamu nak tahu... Si Raf tu makanan kegemaran dia ambuyat. Lagipun lama suda dia ndak pulang ke sini, rindulah tu. Haha. Sudah, pergi cepat. Kesian pula suami kamu tunggu lama nanti."

"Ok, Arffa pergi dulu. Assalamualaikum." Ucap Arffa sebelum beredar dari ruangan dapur.

"Uik, Raf! " Iskandar terus berpaling sebaik namanya diseru.

"Ainaa...Jo, Jo. lama suda ku ndak berjumpa sama ko. Makin kacak pula ko ku tingu. " Sapa Iskandar mesra. Lama sudah mereka tidak bertemu sejak dia pulang ke Kuala Lumpur. Jika dilihat-lihat, semakin kacak pula rakannya ini.

Arffa yang tidak begitu faham apa yang dibualkan mereka, sekadar berdiam diri di sebelah Iskandar.

"Siapalah pula yang di sebelah ko  itu? Sumandak dusun ka? " Kening Iskandar berkerut mendengar itu. Tak lama kemudian, otaknya dapat menangkap soalan yang dimaksudkan rakannya.

"Biniku, " mesra Iskandar.

"Bini mu, Raf? Kahwin suda ko?? " Dek terkejut beruk reaksi rakannya dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Iskandar.

"Urang manalah ini?" Soalnya lagi.

"Jerman."

"Ohh... patutlah ku tingu matanya warna biru laut. Aku fikir dusun, rupanya luar negara." Iskandar tersenyum. Tidak dinafikan, wajahnya mungkin serupa orang dusun disebabkan kulitnya yang begitu cerah.

Bunga Terakhir, Arffa KhalisaWhere stories live. Discover now