BAB 4

56 6 0
                                    

"Raf!"

Iskandar tidak petah berkata banyak, langkah dilajukan menuju ke arah kedua ibu bapanya yang sedang berbual bersama wanita tua dari jauh.

"Raf, ko nda mau pigi jenguk Alana ka? Kesian makcik tinguk dia tu." Belum sempat lagi dia bersalam-salaman bersama ibu bapanya, boleh pula disergah oleh makcik itu terlebih dahulu? Haih, sabar sajalah...

Tanpa rasa ingin hiraukan makcik tersebut, Iskandar menyalam tangan bapanya lantas tubuh itu dipeluk.

"Assalamualaikum, pa."

"Ma," Tubuh ditegakkan kembali. Wanita tua itu dipandang heran. Dari pandangan makcik itu, jelas terlihat bahawa dia sedang menanti dirinya untuk berbual tentang Alana.

"Ha, ni Raf. Makcik ada sediakan ko makanan. Manalah tahu ko lapar, kan?" Bekas makanan dihulurkan kepada Iskandar bersama senyuman yang jelas tersimpan seribu makna.

"Raf, pergi jenguk sepupu kamu." Bahu anak lelakinya dipegang.

"Hmm..."

Buka saja pintu wad, figura seorang wanita yang terlantar di atas katil dipandang sinis. Langkahnya diatur maju ke hadapan.

"Buat apa ko panggil aku ke sini, sedangkan ko sendiri pun tidur? Tch." Bengang juga Iskandar dibuatnya apabila dia diarahkan masuk ke dalam untuk menjenguk Alana, namun lihatlah... wanita itu tidur? Bagaiman hendak menjenguk jikalau begitu? Bazir masa saja.

"Uhuk! Uhuk! U... eh, Abang Raf! Err... lama dah sampai? Buat apa datang sini?" Bibir Iskandar menyenget sinis. Bersuluh minta api betul!

Gadis yang bernama Alana, bangun dari pembaringannya.

"Abang kau bernama Hilman, bukan Rafanza." Ringkas dan padat ayat yang diberikan oleh Iskandar.

"Ehem! Raf tak nak duduk? Tak sakit kaki ke nanti?" Nada Alana berubah menjadi meleret. Senyuman manis terukir di bibir.

"Endak apalah, aku lebih rela berdiri di tengah panas sekalipun, daripada duduk di siring ko." Spontan saja Iskandar membidas.

"Ko membuyuk jak, kan? Limpang pun endak sampai berapa minit, laju jak ko bangun. Tch, ini ko bilang sakit?" Giginya terkacip-kacip menahan amarah. Tahu sudah Iskandar dengan ulahan sepupunya ini.

"Hish, Raf ni! Kalau tak sakit, macam mana doktor nak sahkan Alana untuk masuk wad? Ni ha, tak nampak ke orang tengah terbaring atas katil ni?" Sakit hati Si Alana apabila menerima jawapan spontan daripada jejaka yang disukainya ini.

"Pembetulan, kau sekarang ni tengah bersandar, bukan baring." Zup! Raut wajah Alana berubah menjadi masam mencuka. Makin lama, makin berbisa ayat yang dihadiahkan oleh Iskandar.

"Sa teda bikin masalah pun sama Raf..." Bentak Alana geram. Setiap ayat yang dibicarakan oleh Iskandar, menusuk dalam ke hatinya.

"Kau sepupu aku, mestilah aku kenal kau. Takkan demam pun masuk wad 2 hari, Alana? There are no symptoms that show your're having a fever." Keras Iskandar sambil tangan naik disilang ke dada tegapnya.

"Erm...Raf datang sorang je ke?" Terbeliak luas mata Iskandar. Terkejut dengan tindakan Alana yang secara drastik datang menghampirinya dengan lebih dekat.

"Hospital ni, Alana!" Rahang diketap sambil pandangan turut dialihkan memandang ke tepi.

"Kan Alana dah cakap, Alana... nak kahwin dengan Raf, kenapa Raf tak nak terima Alana? Hmm..." Iskandar mula rasa tidak selesa dengan tingkah laku Alana.

Bunga Terakhir, Arffa KhalisaWhere stories live. Discover now