BAB 5

33 3 0
                                    

"Hei, maaf lambat. Boleh saya duduk sekali?" Sapa Iskandar yang baru saja tiba di Buffet sarapan pagi tersebut.

Henry tersenyum.

"Nah, not a big problem. Come, let's have breakfast together." Ajak Henry mesra.

Andrea menjeling Iskandar sekilas. Hish, boleh pula jejaka ini duduk di satu meja yang sama? Macam tiada meja lain!

Segelas jus oren dicapai oleh Iskandar lalu jus itu diteguk.

"Esok tiket pukul berapa ya, Raf? Aku lupa pula." Henry memulakan perbualan setelah beberapa minit keadaan menghening seketika.

"Pukul 9, bermaksud kita kena gerak ke Lapangan Terbang pukul 6 pagi." Kata Iskandar.

Henry mengangguk lantas telur omelette dipotong kembali sebelum sepotong telur tersebut disuakan ke dalam mulut.

"Where are you going to?" Seiring Iskandar menoleh ke arah Andrea tatkala Henry mengalihkan pandangan kepada Andrea.

"I nak beli coffee kejap. Don't worry, I'll be back very soon." Beritahu Andrea ringkas sebelum mengatur langkah pergi dari Buffet.

"Is, kau tolong ikut anak buah aku tu. Apa dia ingat ni Jerman ke dengan selamba keluar sendiri. Haih, Sabah pula tu. Aku risau kalau dia kenapa-kenapa nanti. Nak beli coffee pun mesti dia tak faham loghat Sabah ni. Kau pergilah tolong Si Andrea tu." Iskandar mengangguk patuh seraya bangun dari duduk lalu mengorak langkah menuju ke pintu keluar.

Sejujurnya, dalam sudut hati... dia juga risau tentang wanita itu, sudahlah mereka tidak terbiasa dengan negeri ini. Hendak berbahasa Sabah pun tidak reti, inikan pula mahu memesan sendirian? Buatnya terdapat perbalahan nanti...

Lihat saja figura seorang wanita yang amat ia kenali, langkah semakin dilajukan menghampiri ke arahnya.

"Iya, cik? Cik mahu pesan apa?" Kedengaran suara penjaga kaunter bertanya.

"One iced caramel latte, but extra shot please." Para pelayan dimsana tercengang mendengar pesanan Andrea. Masing-masing saling berpandangan. Berkerut seribu dahi mereka.

"Maaf cik, boleh terangkan lagi ka? Ndak kami faham maksud itu. Anu ka, cik. Err... maksudnya kopi lebih? Begitu ka?" Kelu lidah Andrea mendengar loghat yang digunkan oleh penjaga kaunter tersebut. Kini, dia pula yang jadi bengang. Sepatah ayat pun tidak faham!

"Maksud dia, espresso itu kamu kasi lebih. Extra shot." Andrea berpaling ke belakang sebaik saja suara Iskandar mencelah.

Iskandar mengukirkan senyuman tipis sebelum pandangan kembali beralih ke penjaga kaunter.

"Bah, kalau untuk gulanya mau dikasi kurang, ka?" Soal pelayan itu lagi.

"Andrea, kau nak kurangkan gula sekali ke?" Soalan yang sama, tetapi ditujukan kepada orang yang berbeza.

"Tak, I nak biasa je." Kata Andrea.

"Ndak, dia mau biasa sija." Ringkas, tapi sudah cukup untuk membuatkan pelayan itu faham dengan semua yang dipesan secara terperinci.

"Berapa?" Soal Iskandar. Beg duit sudah dibuka sejak awal.

"RM 11.90 ya." Iskandar mengangguk seiring tangan mengeluarkan duit kertas bernilai RM 12 lalu dihulurkan kepadanya.

"Keep the change." Usai mengambil pesanan, mereka terus melangkah pergi dari sana.

"Thank you." Ucap Andrea sambil bibir melekukkan senyuman.

Bunga Terakhir, Arffa Khalisa Where stories live. Discover now