"Kau tenung apa sampai tekun sangat tu, hmm?" Andrea tersentak mendengar suara Iskandar menegurnya dari tepi. Pandangan dikalihkan dari terus merenung hujung tingkap penerbangan.
"Nothing, I'm just wondered... how does it feels become a muslim? "
"Well, if you ask me... it feels calm, beautiful. But not always, it also has some day which can make you feel burned out, feel loss over something, and so for all..." Perlahan nada Iskandar membalas.
"Tapi perasaan sebagai seorang muslim itu tidak penting, because... after all, we are just humankind that never left without mistakes nor test. Ada orang, masuk Islam atas dasar cinta kepada wanita saja. Bukan kerana cinta dan minat terhadap agama tersebut. Niatlah kerana Tuhan, bukan kerana seseorang yang kamu cintai. Kalau tak, tiada guna berpindah agama jika Tuhan diabaikan, segala perintah dilalaikan. Sudahlah tidak ikut perintah, boleh pula mengadu kenapa hidup selalu tak tenang, walhal dirinya sendiri yang mewujudkan perasaan tak tenang dengan bantah aturan agama.''
Andrea terdiam. Telinga serta matanya tekun mendengar Iskandar bercerita tentang agamanya. Agama yang sudah lama dia ingin belajar...
"Aku pun tak baik mana, Andrea. Semua manusia tak pernah lepas dari kesilapan. Tapi kalau kau nak bertanya, In Sha Allah aku akan cuba jawab mana yang boleh."
"Kenapa kau tanya?" Soal Iskandar heran. Tiba-tiba saja ditanyakan dengan soalan begitu, bagaimana tidak heran?
"Iskandar... you rasa, kalau I masuk Islam, Tuhan akan terima ke? I kan... tak pandai. Cara dan pakaian I ni, layak ke untuk berhadapan dengan agama yang seindah tu?"
Iskandar tersenyum mendengar soalan dari Andrea. Inilah soalan yang dinanti-nantikan olehnya selama ini.
Nafas ditarik dalam lalu dihelakan sejenak.
"Sesungguhnya jika seoarang mu'allaf terdetik hati ingin berpindah agamanya ke agama Islam, nescaya dialah yang lebih mulia daripada mereka yang sudah beragama Islam pada awalnya. Sebaik saja seseorang itu melafazkan kalimat, sepantas itu juga pintu gerbang iman terbuka luas untuk mu'allaf tersebut. Mu'allaf tiada dosa." Tutur Iskandar perlahan.
Andrea terdiam. Sejujurnya, sudah berapa kali hatinya terdetik ingin bertanya tentng perkara itu, namun... fikirannya diserang dengan pelbagai masalah meskipun ia belum terjadi.
"I'm scared, Macam mana kalau I dah berpindah agama, I tak kuat untuk hadapi masalah yang akan datang. Macam mana kalau I akan dibuang Uncle Henry pula? Macam mana kalau..." Kata yang belum sempat disambung itu, dipintas laju oleh Iskandar.
"Fa Inna Ma'al Usri Yusra, Inna Ma'al Usri Yusra. Dalam kesusahan, akan ada kemudahan. There's nothing that needs to be worried about. Kalau kau utamakan Tuhan dulu, akan ada satu tika nanti yang akan buatkan rintihan air mata kau berjurai disebabkan perkara yang kau anggap mustahil selama ini, terbentang luas di hadapan kau." Jelas Iskandar lagi tenang. Ayat yang nyata, tidak boleh dinafikan lagi. Bahkan, Sang Pencipta sendiri yang sudah menjanjikan sebuah ketenangan serta hadiah yang tidak pernah didudga oleh mereka, akan dihadiahkan kepada umatnya kelak.
Kabar Andrea yang dikatakan ingin berpindah agama, membuatkan hati Iskandar tersentuh. Dalam pada masa yang sama juga, dia turut tumpang bersyukur kerana wanita itu telah diberi petunjuk oleh Tuhan untuk berpindah ke agama yang paling indah, iaitu Islam.
Akan tetapi juga, dia tidak begitu yakin dengan keputusan yang ditekad oleh Andrea. Iskandar tidak mahu wanita itu bagaikan mempermainkan agama.
"I tekad. I yakin, I nak masuk Islam. I bukan nak masuk demi kejar cinta manusia, tapi hati I tenang bila dengar kisah tentang agama ini. Ajar I untuk cintai Tuhan you, and I will try to do better." Tekad Andrea dengan yakin. Mendengar kisah serta alunan suara yang amat tenang bercerita mengenai kisah Agama Islam, menarik perhatiannya untuk mendalami lebih dalam lagi.
YOU ARE READING
Bunga Terakhir, Arffa Khalisa
RomanceAndrea Adeline | Iskandar Rafanza { Inspired by song. Bunga Terakhir by Afgan} FULL SINOPSIS DALAM CHAPTER! SILA BUKAK "SINOPSIS PENUH" *Milik @elara_aeris serta merta.