Namjoo bangun pada pagi itu dengan bersemangat..
Dia menuju kearah dapur. Kedengaran bunyi seperti orang sedang memasak..
Dia berjalan perlahan-lahan dan mengintai disebalik dinding, siapakah gerangan yang sedang memasak didapur
'D.o? Masak? Fuyoo!!' kata Namjoo dalam hati
Sebelum ni, dia pernah terbaca artikel yang mengatakan bahawa Do Kyungsoo boleh memasak. Tapi tak sangka lah pulak D.O. betul-betul boleh masak.. Ingatkan tipu
"Yang kau terhendap-hendap tu kenapa?" tanya D.O. tanpa berpaling kearah belakang
"Opocot toyol pakai pampers..macam mana pulak kau boleh nampak aku ni?" soal Namjoo. Malu pula dia ditangkap sewaktu sedang mengendap
"Tak nampak ke ada tingkap kat depan aku ni..tingkap ni kaca kan? So bayang kau pun terpantul lah kat sini!" jawab D.O. lalu terus memasak
"Kau masak apa tu? Bau sedap je" tanya Namjoo. Saja dia mahu mengalihkan topik tadi
"Nasi goreng kimchi..sekarang ni aku nak kau tolong buat air," arah D.O.
"Kenapa aku pulak? Kau lah!" Namjoo membantah
"Alang-alang kau dah ada kat sini..so tolong lah aku..kau tak nampak ke aku tengah masak nasi goreng kimchi ni?" bebel D.O sambil menghalakan sudip yang dipegangnya kearah muka Namjoo
Juling Namjoo dibuatnya .
"Kyah kyahh, hati-hati sikit..kalau masuk dalam lubang hidung aku nanti macam mana?" marah Namjoo
"Alamatnya makan nasi goreng kimchi bersama taik hidung lah..tu pun tak leh pikir" jawab D.O. yang sengaja ingin menaikkan api kemarahan Namjoo. Pandai pula dia buat lawak antarabangsa.
"Eeee, menyakitkan hati sungguh lah kau ni.." marah Namjoo lalu mengetuk kepala D.O. Tangan tu dibuat daripada besi ke ape?
D.O. mengerang kerana sakit
Namjoo tidak pula menghiraukan D.O. sebaliknya dia terus memanjat kerusi untuk mengambil jag air
Sewaktu Namjoo sedang berjengket-jengket ingin mengambil jag air, kerusi yang dipijaknya bergoyang dengan kuat dan akan menyebabkan Namjoo jatuh ke lantai
D.O. yang kebetulan berpaling kearah Namjoo dengan segera menyambut badan Namjoo
Mujurlah berat Namjoo hanya 43kg, kalau lebih..alamat makin ketot lah si D.O.
Namjoo masih lagi berada dalam dukungan D.O. Mata mereka bertemu. Direnung wajah masing-masing dalam lima saat
"Ehem.ehem.." Namjoo berdehem
Tanpa disedari, D.O. telah melepaskan badan Namjoo dan menyebabkan Namjoo jatuh kelantai
Malang sungguh nasibnya.. pasti sakit booty kau kan Namjoo? Bhahahahaha
"Kyahh Do Kyungsoo!!" jerit Namjoo
D.O tersedar dari lamunannya, dia memandang ke bawah..terbeliak matanya sewaktu melihat Namjoo yang sedang terbaring bak dugung dilantai
"Omo..mianhae..tak sengaja" kata D.O. lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Namjoo
"Sakit tau tak?" ujar Namjoo lalu menjeling D.O.
D.O. hanya tersengih. Comel !Namjoo segera mengambil jag air dan pergi membancuh air teh untuk D.O.
"Kurang gula kau d.o..tak pe..ni hamik kau!-" marah Namjoo dalam hati
Dia mengambil bekas yang berisi garam lalu mencedok 10 camca garam dan dikacaunya didalam air teh
"Padan muka kau d.o..bhahahahahaha" gelak Namjoo dalam hati
Setelah siap membancuh teh..dia segera menghulurkan teh tersebut kepada D.O.
"Nah ambik lah" Ujar Namjoo
"Kamsahamnida" balas D.O.
D.O. dengan perlahan-lahan meletakkan cawan yang berisi air teh tersebut dibibir lalu dihirupnya air tersebut dan
"Puffff!! kau letak apa dalam ni hah? Bluerrkkkk" jerit D.O. sambil memuntahkan kembali air teh yang terlampau masin itu
"Bahahhahaha!!! Padan muka kau.. rasakan!!" Namjoo terus tergelak apabila melihat muka D.O. berubah kelat
"Kurang gula betul kau ni!!" jerit D.O.
"Chop chop..bukan aku yang kurang gula..tapi air ni...bhahahahaha"-
-bersambung
stay strong..
YOU ARE READING
(C)EXOPINK LOVE STORY[엑소핑크 러브 스토리]
FanfictionAn Exopink fanfic #29 in Fanfiction .Thanks Exopink shipper and silent readers