"Comel betul budak tu" kata Eunji sambil tersenyum
"Ha'ah, lagi comel dari kau" balas Baekhyun lalu ketawa
"Kurang gula betul kau ni!" marah Eunji
Tiba-tiba Eunji berjalan kearah Baekhyun. Dia menghidu sesuatu di badan Baekhyun
"Weh,apa kau buat ni?" tanya Baekhyun
"Euuu, kau tak mandi lagi ke??!!" jerit Eunji
Mujurlah tiada sesiapa disitu selain mereka berdua, kalau tak malulah si baekhyun
"Slow kan sikit tone suara kau tu.. malulah aku" arah Baekhyun
"Erhh, tak nak lah aku jalan dengan kau. busuk..macam bau kambing" kata Eunji lalu menutup hidungnya
"Oo..malu ..ni hameh kau!" kata Baekhyun lalu menggeselkan ketiaknya di kepala Eunji
"Kyahh kyahh..busuk lahh!!" marah Eunji
Baekhyun tidak menghiraukan kata-kata Eunji malah meneruskan perbuatan yang tidak senonohnya itu.
Eunji cuba untuk melarikan diri tetapi Baekhyun sempat menghalangnya..Eunji meronta-ronta untuk melepaskan diri kerana tidak tahan dengan bau Baekhyun. Baekhyun dengan tidak semena-mena memeluk Eunji dari belakang
Akhirnya Eunji tidak bergerak kerana terkejut dengan perbuatan Baekhyun..
'What tha?? Ok..ni masa untuk aku lari dari mamat busuk ni!!Tapi kenapa aku berdebar-debar ni.!!" kata Eunji dalam hati
''Kyaa jantung..wae kau berdebar-debar sangat ni? Perlahan lah sikit!!" marah Baekhyun kepada jantungnya
1..2...3.. LARIII!!
Jerit Eunji lalu berlari sepantas kilat daripada Baekhyun
Baekhyun yang masih lagi terpinga-pinga hanya kaku disitu..
"Jap .kyahh kenapa kau larii!??" jerit Baekhyun lalu mengejar Eunji
Setelah 15 minit berlari, akhirnya Eunji sampai kerumah nenek MinHee.
Nenek MinHee yang melihat Eunji sedang tercungap-cungap mengambil nafas segera pergi kearahnya."Eun..kamu kenapa? Eeee,busuknya. kamu tak mandi lagi ke?" tanya Nenek MinHee
"Nek..Eunji dah mandi lah..tadi si Baekhyun tu.."
Belum sempat Eunji menghabiskan ayatnya, Baekhyun akhirnya sampai..
"Kamu dari mana ni Baeby?" tanya nenek MinHee
"Dari..dari..dari.."-
"Nek..nek tau tak Baekhyun ni tak mandi lagi..lepastu tadi dia pergi gesel ketiak dia kat Eunji.. Ya Ampun busuk giler.. nampak sangat tak pakai Nivea..boleh tak nenek mandikan budak bertuah ni.. busukk!" adu Eunji lalu masuk ke dalam rumah
Nenek MinHee memandang Baekhyun dengan jelingan yang tajam..Sasarannya ialah telinga Baekhyun
"Byun Baekhyun!!" marah Nenek MinHee lalu menarik dan memulas telinga Baekhyun
"Aduhh sakitlah nek!" rintih Baekhyun, kesakitan
"Mari ikut nenek pergi mandi kat belakang rumah..dah besar-besar pun tak reti nak mandi" marah Nenek MinHee
Eunji yang berada didalam rumah tergelak-gelak setelah melihat Baekhyun dimarahi oleh nenek MinHee
"Ahahahaha...aduhh busuk betul bau badan aku.." kata Eunji lalu segera mandi ..
××
Sudah 3 hari BaekJi berada dirumah nenek MinHee..lagi sejam sahaja mereka akan bertolak pulang ke Seoul
"Eunji, sini kejap..nenek nak cakap sesuatu" ajak nenek MinHee
"Nae" jawab Eunji
"Eun,tolong jaga cucu nenek tu ye..nenek harapkan kamu je..nenek percayakan kamu.. nenek dah tak lama kat dunia ni.." kata Nenek MinHee
"Nae.tapi nenek kena janji tau..nenek kena hidup lama..kalau tak,siap nenek Eun kerjakan" arah Eunji
"Ye nenek tau..dah,baik kamu pergi stesen kereta api sekarang..nanti terlambat pulak" arah nenek Minhee kepada Eunji
Eunji sudah menitiskan air mata kerana dia akan meninggalkan nenek MinHee
Walaupun hanya 3 hari berada di rumah nenek MinHee, itu sudah cukup untuk memupuk rasa sayang kepada nenek MinHee
"Dah, jangan nangis..nanti kita jumpa lagi tau" kata nenek MinHee lalu menyapu air mata Eunji. Dia memeluk Eunji dengan eratnya
"Nek.." panggil Baekhyun..air matanya sudah gugur ke bumi bagai tsunami
"Hey, orang laki tak macho lah kalau nangis" sempat lagi nenek MinHee membuat lawak
Baekhyun yang teramat sedih dengan segera memeluk neneknya
Pinn!!pinn!!
Bang PD-nim membunyikan hon kereta sewa mereka
Itu menandakan yang mereka akan pulang ke Seoul sebentar lagi
"Kami pergi dulu" kata Eunji dan Baekhyun lalu tunduk 90° kearah nenek MinHee
Setelah masuk ke dalam kereta,Eunji tidak berhenti-henti melambai-lambai kearah nenek MinHee
Hampir 15 minit juga Eunji tidak berhenti-henti menangis..Baekhyun segera memeluk Eunji untuk mengurangkan rasa sedih didalam hati Eunji
-bersambung
Saya sungguh gembira hari ini :)
YOU ARE READING
(C)EXOPINK LOVE STORY[엑소핑크 러브 스토리]
FanfictionAn Exopink fanfic #29 in Fanfiction .Thanks Exopink shipper and silent readers