"Bercuti? Kat rumah...Family si pelat ni?" jerit Hayoung dengan tiba-tiba. Kesemua staff yang berada di dalam bilik mesyuarat terkejut dengan jeritan Hayoung.
Sehun yang sedang bergembira diatas kerusi terjatuh kerana terperanjat. Pd-nim mengurut dadanya kerana terkejut
"Ye..Rumah family Oh Sehun. Kenapa? Kamu ada masalah ke?" tanya Pd-nim kepada Hayoung
Hayoung menarik nafas dan mengangguk lalu duduk dengan tidak berpuas hati
Walhal semalam lagi, dia sudah menyatakan bahawa dia ingin pulang ke rumahnya di Ulsan. Kenapa dia perlu ke rumah si pelat ni?
Sehun bangun dan membetulkan bajunya..
"Kenapa? Saya tak kira!! Saya nak balik rumah saya jugak!!" balas Sehun lalu menghentak meja
Kukk!!
Hayoung mengetuk kepala Sehun kerana membuat orang terkejut
"Tak payah nak buat-buat garang. Kejap lagi makan kaki baru tau" marah Hayoung lalu memegang mukanya kerana terlalu stress
Kalau dia perlu balik ke rumah family Sehun, mestilah dia perlu menjaga adab dan tatasusila. Masalahnya,dia tidaklah beradab sangat.
"Tak boleh ke kalau benarkan Hayoung balik kampung? Dah lama Hayoung tak jumpa family" rayu Hayoung sambil memegang kolar Pd-nim. Pd-nim terketar-ketar
"Ta..tak boleh. Lagipun kitorang dah rancang semua ni..Untuk EXOPINK LOVE STORY jugak..tolonglah ye?" rayu Pd-nim pula
Hayoung tetap berkeras. Dia tidak mahu pulang ke rumah family Oh Sehun Oh Pelat. Dia mahu pulang ke rumahnya!! Keputusannya sudah muktamad!
"Shireo!!" jerit Hayoung dan menyebabkan semua orang terkejut. Lagi.
"I dont care!! I wanna go to MY home!!! Bye bye!!" pekik Hayoung lalu mengambil beg jenama MCMnya dan pergi kearah lif.
Sambil dia berjalan, sambil dia menyumpah Pd-nim. Sesampainya di lif, dia masuk dan menekan butang 'G' dan turun ke tingkat bawah, iaitu tempat parking kereta.
Hayoung menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang. Oh Sehun Oh Pelat? Suka hati dia lah nak balik dengan apa pun. Bas, teksi banyak kat luar sana.
Sretttt!!
Kereta Hayoung dibrek secara mengejut. Nasib baik nenek dihadapannya tidak dilanggar. Hayoung melambai kearah nenek tersebut sebagai tanda maaf. Dia menghentak stereng kereta
Remember~~ remember~~
"Remember kepala hotak kau!! Sape pulak call aku ni?!!!" marah Hayoung.. Dia mencapai Iphone 8snya dan memandang nama pemanggilnya
"Oh Sehun Pelat? Buat apa call aku? Nak ejek aku? Arghhh!!" jerit Hayoung lalu menekan 'decline' pada skrin telefonnya. Dia mencampakkan telefonnya ke tempat duduk sebelah
----di bilik mesyuarat----
"Sehun, pujuklah Hayoung tu!! Kita kena jalankan penggambaran esok jugak ni..Jebal" rayu Pd-nim. Sehun berfikir sebentar
"Ganjaran?" tanya Sehun. Pd-nim mengeluh.
'Budak ni..ganjaran jugak yang di fikir-,- apa duit tak de ke? Kata Idol.." pd-nim mengumpat didalam hati
"Tak kesah lah..apa pun yang kamu nak saya akan tunaikan..Yang penting kamu pujuk Hayoung" kata Pd-nim. Sehun mengangguk
Dia terfikir untuk meminta pd-nim membekalkan Bubble tea kepadanya seumur hidup. Sehun tersenyum jahat. Well, Evil maknae.
Sehun turun ke bawah dan terkejut kerana Hayoung telah meninggalkannya. Dia berlari keatas dengan laju.
"P..p..pd-nim!! To..tolong hantar Sehun.. hayoung tinggal Sehun!" rayu Sehun seperti bayi. Dia sudah pun menangis disitu
Pd-nim mengangguk dan menyuruh sekuriti untuk mengangkat Sehun dengan troli
-bersambung
Vote cerita Potter Family please guys? Nak depress je rasa vote sikit😂😭😭😭😭😭
YOU ARE READING
(C)EXOPINK LOVE STORY[엑소핑크 러브 스토리]
FanfictionAn Exopink fanfic #29 in Fanfiction .Thanks Exopink shipper and silent readers