BAB 34

1.5K 135 10
                                        

[WRITTEN ON 25 MARCH 2023]
[UNEDITED]

[NO ONE POV]

AMARA MENUNGGU ABANGNYA, Amirul datang mengambilnya pulang dari sekolah. Hari ini dia ke sekolah dihantar oleh Amirul kerana keretanya rosak. Jam sudah menunjukkan jam 3 petang, Amirul masih belum muncul-muncul. Sudah setengah jam menunggu abangnya itu.

Amara keluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya, nombor telefon Amirul didail sebelum ada suara berdehem dekat dengannya. Amara menoleh dan terkejut apabila melihat Nuh, kawan baik abangnya.

Amara memandang Nuh dengan riak terkebil-kebil.

"Eh? Abang Nuh buat apa dekat sini?" Amara sudah lama tidak nampak kawan baik abangnya itu. Dulu, zaman abangnya masih belajar, Nuh selalu ke rumah mereka untuk membuat tugasan berkumpulan dengan Amirul. Begitulah mereka berkenalan.

"Amirul minta tolong abang untuk pick up, Mara. Dia ada emergency dekat tempat kerja." Nuh bersuara dengan senyuman kecil sambil mengusap belakang lehernya seperti malu-malu.

"Oh, patutlah lambat." Ujar Amara dengan nada yang perlahan, Nuh hanya mengangguk kecil.

"Jom, abang hantarkan balik rumah." Nuh sudah melangkah ke arah keretanya yang diletakkan di seberang jalan. Amara mengikut langkahnya dari belakang. Di dalam kereta, usai mereka selesai memakai tali pinggang keselamatan, kereta meluncur pergi dari perkarangan sekolah.

"Abang Nuh dari mana? Tak kerja ke hari ni?" Amara memecahkan sunyi. Sudah lama dia mengenali Nuh Maliki. Lelaki itu adalah kawan baik Amirul sejak zaman sekolah menengah sehingga sekarang.

Nuh selalu ke rumah mereka untuk membuat kerja rumah bersama abangnya. Jadi, disebabkan itu mereka berkenalan dan selalu berjumpa. Tetapi sejak Amirul dan Nuh juga sudah bekerja, maka Amara sudah jarang berjumpa dengan Nuh.

"Hari ini abang offday, sebab itulah Mirul minta tolong abang ambilkan Mara." Jawab Nuh dengan senyuman kecil di bibirnya. Dia memandu dengan cermat, sesekali dia menoleh memandang Amara yang sedang melihatnya. Wajah Nuh terasa hangat.

Sebenarnya dia ada perasaan pada Amara, sejak kali pertama dia bertemu Amara dia sudah suka melihat wajah gadis itu. Wajah adik kepada kawan baiknya. Nuh sukakan Amara tetapi dia tahu gadis itu sudah memberi hatinya kepada lelaki lain.

"How's your day, Amara? Okay kerja di sekolah tu?" Soal Nuh seraya fokus pada pemanduannya semula. Amara menoleh ke depan semula, senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Semua okay. I love teaching people. Jadi cikgu ni adalah impian Mara." Balas Amara dengan senyuman kecil di bibirnya. Nuh tanpa sedar juga turut tersenyum seperti Amara. Nuh memandang Amara sekilas, hari ini Amara kelihatan sungguh cantik, sama seperti sebelumnya. Kini Amara lebih matang.

"What about you? Abang Nuh happy dengan kerja abang?" Soal Amara seraya memandang ke arah Nuh dengan senyuman yang lebar. Nuh senyum kecil dan mengangguk kepalanya.

"Alhamdulillah. Memang abang minat jurutera sejak abang kecil." Amara ketawa kecil apabila teringatkan kenangan waktu dahulu.

"You're right. Mara masih ingat, Abang Nuh yang jadi cikgu tuisyen matematik tak berbayar Mara dulu. Disebabkan abang juga, Mara dapat A matematik tambahan dulu." Amara masih ingat, di saat dia sudah berputus asa untuk belajar subjek killer itu, Nuh yang datang memberinya semangat dan mengajarnya sehingga dia berjaya.

Nuh tersengih mengingatkan kenangan itu. Mana mungkin dia lupakan semua itu? Kenangan bersama Amara adalah sangat mahal untuknya, lebih-lebih lagi sekarang dia jarang bertemu gadis itu.

JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang