BAB 1

25 2 0
                                    

"Kau siapa nak arah aku?" Seorang perempuan sedang duduk diatas kerusi di dalam satu ruangan pejabat peribadi. Matanya coklat,hidungnya mancung,bibirnya yang merah jambu bak delima sangat menawan dengan kulitnya yang seputih salju.

"Aku abah kau,Sabrina." Sebaliknya,seorang lelaki tua duduk dihadapannya. Meja besar menjadi penghalang bagi mereka berdua.

Perempuan tadi ketawa. "Abah aku? Abah apa yang tinggalkan anak hidup seorang diri? Abah apa yang biarkan anak hidup tanpa kasih sayang seorang ayah? Pergi mampus la dengan 'abah' kau."

"Kau jangan kurang ajar. Kau dah besar Sabrina,dah boleh fikir. Kau patut faham aku dah ada kehidupan lain. Kau patut bersyukur sebab aku dah bagi rumah dan upah orang untuk jaga kau. Taknak kena cop bapak zalim punya pasal. Ikutkan hati,aku dah buang kau dekat tepi jalan la bodoh."

"Mak kau pula, tak habis habis merayu suruh jaga kau bila dia dah takde. Tapi aku tak nak kotorkan tangan aku untuk jaga kau, jadi aku upah orang untuk tengok tengokkan kau kat rumah ni. Kalau tak, kau dah lama mati Sabrina."

"Sekarang ni aku minta satu je, aku nak kau pindah sekolah. Aku tak peduli pasal kehidupan kau kat sana. Yang aku tahu, aku dah uruskan kau punya perpindahan dan lusa kau dah boleh pergi sekolah baru."

"Sial kau, abah."

"Sial? Hey, kau tu yang sial. Kau ingat aku tak tahu apa kau buat dekat sekolah? Merokok? Buli? Aku tahu semua la bodoh. Kau ingat kau boleh tutup semua tu dengan keputusan cemerlang? Dengan cikgu cikgu bodoh tu kau boleh la. Tapi dengan aku? Aku tak bodoh macam kau la Sabrina."

"Sejujurnya aku tak peduli kau nak buat apa dekat sekolah, asalkan tak kantoi dan keputusan kau selalu cemerlang. Tapi, minggu lepas. Cikgu kaunseling telefon bibik kesayangan kau tu dan beritahu yang dia syak kau merokok ramai ramai dekat belakang sekolah. Aku tak nak nama aku naik nanti so, better kau pindah sebelum nama baik Dato' Ezlan kotor." Ucapnya panjang lebar.

"Bangsat."

Perempuan tadi bangun dari tempat duduk dan keluar dari pejabat peribadi milik ayahnya dan menuju ke bilik tidurnya. Sampai ke dalam bilik tidur, pintu dikunci. Dia duduk diatas katil. Rambut panjangnya dia acak acak. Serabut.

Dia baru sahaja sampai di rumah beberapa jam yang lalu dan dia dikejutkan dengan kehadiran ayahnya yang sudah lama tidak berkunjung kerana sibuk dengan kehidupannya dengan keluarga baru. Lalu, ayahnya tiba tiba memberitahu bahawa ayahnya sudah menguruskan perpindahannya ke sekolah baharu. Bagaimana dia tidak terkejut? Hidupnya sudah sempurna di sekolahnya sekarang. Lusa juga merupakan hari ke 3 persekolahan dan Sabrina sudah memasuki  tingkatan 4. Tingkatan yang serius kerana tahun berikutnya adalah tahun SPM.

Natasha Sabrina, perempuan yang sedang serabut itu adalah aku. Aku baring diatas katil. Cuba menenangkan diri. Argh tak boleh. Aku bangun dari katil dan menuju ke balkoni bilik. Rokok aku nyalakan selepas mengambilnya di laci meja tadi.

Hisap,hembus,hisap,hembus. Lega...

Aku termenung sambil menghisap rokok yang ke 4. Pindah? Memang sial la orang tua tu. SIAL! Rambut aku acak acak lagi. Dah macam mak lampir dah rambut aku ni. Macam mana aku nak bagitahu kawan kawan aku ? Lusa dah start sekolah tapi aku dah kena pergi sekolah baru tu esok petang.

Telefon aku ambil dan mula menelefon kawan kawanku serentak.

"Yooo what's up Sab! Rindu kee?" Kelly atau nama sebenar, Khadija merupakan orang yang pertama yang menjawab panggilanku.

"Heyy guyss!" Berikutnya,Alice.

"Hello!" Terakhir,Intan.

"Kenapa call malam malam ni? Rindu kami la tu!" Ucap Alice.

SABRINA Where stories live. Discover now