"Sabrina bangun. Kita dah sampai." Pak din mengejutkanku yang sedang tertidur dibelakang.
Aku bangun malas, rambut serabai aku rapikan guna tangan. Mata aku gosok. Suasana sudah pagi. Jam menunjukkan pukul 8.
Aku sekarang sedang berada di dalam kawasan sekolah. Sekolahnya besar,luas dan nampak gah.
Sekolah apa sebenarnya ni?
Aku turun dari kereta dan perhatikan sekeliling.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN WILDAN. (SEKOLAH KLUSTER KECERMELANGAN)
Ada beberapa pelajar perempuan dan lelaki yang sedang berjalan ke tujuan masing masing. Sambil sambil tu mereka memandangku dan berbisik antara satu sama lain.
Aku buat bodoh. Pak din yang sudah selesai menurunkan barang barangku mula berjalan ke arahku.
"Duduk elok elok dekat sini. Jaga diri,jaga makan. Kalau ada benda pelik jangan gatal nak ambil tahu." Pesan Pak din.
Aku hanya angguk faham sebelum Pak din masuk ke dalam kereta. Kereta yang dipandu oleh Pak din perlahan lahan hilang dari pandangan.
Beg galas sudah aku galas, dan satu beg yang diletakkan diatas bagasi sudah ditangan.
Aku pusing ke belakang untuk mula berjalan ke dorm.
"Hai!" Pelajar perempuan yang bertudung lengkap berpakaian uniform pengawas berdiri di hadapanku secara tiba tiba.
Aku terkejut.
"Sorry. Aku Amyra! Amy as short." Dia hulurkan tangannya.
Aku jabat tangannya. "Aku Sab."
"Okay Sab, sebagai makluman, aku akan guide kau untuk school tour dan segala peraturan sekolah ni."
"Before aku bawa kau ke dorm.. Nah, ikat rambut kau." Dia hulurkan getah rambut warna hitam yang tadi berada di lengannya.
"Pahal pula?" Tanyaku, tapi aku tetap mengambil getah rambut tersebut.
"Rules number 7,pelajar mestilah selalu kemas dan teratur." Dia angkat jari telunjuknya keatas.
"Apa apa je lah." Aku mula ikat rambut aku ke atas.
"Perfect, now let's go." Amy berjalan ke hadapan. Aku mengikutinya dari belakang.
Sepanjang perjalanan, Amy memberitahuku setiap maklumat tentang bilik yang kami lalui.
"Kau patut catat apa yang aku cakap tadi." Arah Amy.
"Kenapa pula? Bilik je." Balasku.
"Rules number 45, setiap pelajar harus sentiasa mencatat apabila diberitahu sesuatu maklumat, tidak kira ianya penting atau sebaliknya."
"Tapi sebab kau masih baru dan aku yakin kau pun takde bawa buku nota sekarang, jadi aku bagi kelonggaran kali ni." Ucapnya.
"Kau memang hafal setiap rules dekat sini ke?" Tanyaku.
"Yep! Bukan aku je, satu sekolah SUWIL ni. And next, kau pula nanti." Jawabnya.
"Gila lah,berapa rules semua?" Tanyaku.
"Tak banyak, 100 rules only." Jawabnya selamba.
"Macam taik." Balasku.
"Relax,nanti kau boleh lah tu." Ucapnya.
Kami berjalan menuju ke dorm. Setiap dorm mempunyai 1-7 orang. Dorm aku ada 5 orang.
"Ni katil kau, cadar dah sedia kat situ. Selimut,bantal semua dalam loker. Kau lucky sebab dapat dorm yang luas dan sikit orang je. And also, kita satu dorm so kau senang nak tanya apa apa tentang sekolah ni." Ucap Amy.
YOU ARE READING
SABRINA
RandomKeputusan cemerlang,adab dijaga dan sopan. Itulah antara ciri ciri perangai pemilik nama Natasha Sabrina. Nama yang cantik, sama seperti personalitinya. Setidaknya, itu yang difikirkan oleh guru di sekolah tempat dia belajar. Siapa sangka? Disebalik...