"Aku sero nok ngenak si Sabrina tu jugok la weh. Po cun jah." Ucap Dhiyah. Matanya tajam memerhati Sabrina yang sedang duduk di meja batu sekolah.
"Tapi yo anok dato, mu berani?" Tanya Idah.
"Apo susoh, kito ngenak sapa yo masuk geng kito. Makin kuat ar geng kito akgi." Balas Dhiyah.
"Hooh laaa! Bijok do mu." Puji Idah.
"Meme doh, Dhiyah ayseela key." Dhiyah ketawa bangga.
"Maley ni la kito wak. Excited ni!" Ucap Dhiyah.
"Bereh boh." Balas Idah.
"Weh weh weh! Nazmi! Nazmi!" Ucap Idah.
Dhiyah yang tadinya bangga terus bertukar menjadi gedik.
Dia terlompat lompat kegirangan apabila melihat crushnya sedang lalu.
"Hik hik hik hik." Ketawa gediknya.
............................
Aku membetulkan rambutku yang kemas diikat ekor kuda di hadapan cermin tandas.
Pada mulanya aku nak pergi ambil buku aktiviti biologi dengan cikgu Anisah di bilik guru tapi perut aku tiba tiba buat hal di tengah jalan terpaksalah singgah jamban jap.
Mujurlah bilik guru dengan tandas tak jauh sangat.
Selesai membaiki apa yang patut, aku atur langkah keluar dari tandas.
Aku melalui bilik disiplin untuk ke bilik guru.
Bilik disiplin agak luas, ia tidak bersambung dengan bilik bilik lain. Ia mempunyai bangunan sendiri.
Pintu bilik disiplin dibuka. Seorang lelaki keluar daripada bilik tersebut.
Mukanya calar, plaster ditampal di bahagian rahang. Pipinya lebam dan area tepi mulutnya terdapat luka. Tangannya aku boleh nampak dari jauh ia kebiru biruan, turut ditampal plaster.
Haih? Sekolah elit pun bergaduh?
Dia beredar, menuju ke mana aku tak tahu. Maaf cakap.
"Awak! Awak!"
Aku pandang kebelakang.
Seorang lelaki agak rendah berlari kecil ke arah ku. Dia pegang satu buku.
Dia berhenti dihadapan aku dengan nafas yang tercungap-cungap. Cermin mata kotak dia betulkan.
"Penat saya cari awak, ni buku aktiviti biologi awak. Cikgu Anis suruh saya pas dekat awak tadi." Dia hulurkan buku itu kepadaku.
Aku ambil buku itu dari tangannya.
"Saya Luth, awak Sabrina kan?" Tanyanya.
"Sab aje." Jawabku.
"Okay Sab.. Erm.. 4 anggerik kan?" Tanyanya lagi.
Haish, borak kosong pulaaaa!
"Awak nak apa dari saya ye kalau boleh tahu? Saya dah lambat nak naik kelas ni, jadi... minta tolonggg sangat jangan bazirkan masa saya yang berharga ni dengan sesi soal jawab BODOH ni ya." Ucapku. Sengaja tekankan perkataan bodoh.
"Oh..Maaf." Balas Luth.
Aku senyum tak ikhlas sebelum pergi menuju ke kelas aku.
"Also, thanks for the book!" Sempat aku toleh belakang sebelum menuju ke kelas.
Sempat aku nampak dia senyum senyum sebelum berlalu pergi.
Duh, boys.
..........................
Malam.
YOU ARE READING
SABRINA
RandomKeputusan cemerlang,adab dijaga dan sopan. Itulah antara ciri ciri perangai pemilik nama Natasha Sabrina. Nama yang cantik, sama seperti personalitinya. Setidaknya, itu yang difikirkan oleh guru di sekolah tempat dia belajar. Siapa sangka? Disebalik...