BAB 3

9 1 0
                                    

"Weh Rul, kau nak tahu tak? Pagi tadi ada awek gini punya ma." Hazim AKA Ajim membuat gaya chef kiss.

"Nama dia siapa weh? Aku ada tengok juga tadi kat koop. Bapak lawa siot. Kau nak ke ?" Tanya Emirul atau Mirul.

"Aku nak je dho! Tapi kalau kau nak aku undur diri.." Jawab Ajim.

"Kita share lah, brotherhood my man!" Balas Mirul.

Sedang asyik Ajim dan Mirul berbual di dorm mereka, pintu dorm dibuka oleh seseorang. Dia berpakaian t-shirt hitam tanpa lengan dan seluar track panjang. Rambutnya basah.

"Amboi, bukan main berpeluh lagi kau erk?" Tanya Ajim.

"Biasalah, tuannya nak jaga badan. Almaklumlah, pandai gusti." Mirul pandang Ajim penuh keyakinan.

"Pandailah kau orang." Dia buka lokernya dan ambil kain tuala yang masih belum digunakan. Baru basuh.

"Malam ni korang pergi prep tak?" Tanyanya.

"Kenapa? Kau nak ikut kitaorang ponteng?" Tanya Ajim.

"Tapi Rief ada sekali lah, kau nak ke?" Tanya Mirul pula.

"Ada aku cakap nak ponteng ke? Aku tanya sebab Faiz dah start tanya pasal korang. Nanti kang dia report, habis korang." Jawab dia.

"Faiz? Ketua students tu? Hak alah setakat dia je? Aku tak rasa dia nak report la. Haritu kena tibai dengan Rief takdenya muncul kes." Ucap Mirul.

"Aku ingatkan aje." Dia gantung tuala tadi pada bahunya.

"Betul ni kau taknak ponteng?" Tanya Ajim.

"Aku taknak jadi orang yang tak kenang budi macam dia." Dia berjalan keluar ke bilik air.

Ajim baring ke atas katil dan melihatnya pergi dengan reaksi pelik.

Mirul sedang duduk diatas katil yang sama.

"Pelik lah aku dengan dua beradik ni. Apa masalah pun tak tahu!" Ucap Ajim.

"Entahnya, orang tanya kenapa bukannya nak jawab." Balas Mirul.

...........................

Dari belakang asrama yang menghadap kawasan hutan, kelihatan asap rokok sedang memasuki atmosfera bumi.

Pemilik rokok tersebut menghisapnya dan hembus. Membiarkan asap masuk ke dalam paru paru sendiri.

Posisinya sedang menyandar di dinding sambil berdiri. Nampak gaya, seperti sedang menunggu seseorang.

Bunyi cengkerik dan serangga serangga lain yang saling menyahut membuatkan suasana makin tenteram. Langit malam yang gelap membuatkan hatinya tenang.

Rokok ditangan dihisapnya lagi. Matanya tidak lari dari melihat suasana hutan yang dibatasi dengan pagar besi.

Satu tangan diletakkan di dalam poket seluar pendek paras lutut. Satu lagi tangan masih kekal memegang batang rokok.

"Riel! Lama tunggu?" Tanya Ajim.

"Weh sorry dho, tadi kitaorang tunggu line clear dulu. Madam Aiza turun padang tadi." Ujar Mirul.

Hazriel atau Riel hanya melihat ke arah mereka sekilas. Rokok dia hisap dan hembus.

"Lembab, madam Aiza aje." Jawabnya.

"Engko boleh lah, pandai cari line. Kitaorang ni? Cukup makan je." Balas Mirul.

"Itu la tu. Ampun suhu!" Ajim buat gaya minta ampun.

"Dah dah, barang aku mana?" Tanya Hazriel.

"Ada bos. Jap ya." Ajim keluarkan satu objek berbentuk segi empat tepat, berwarna purple berkilauan dari poket seluar track nya.

SABRINA Where stories live. Discover now