Keputusan cemerlang,adab dijaga dan sopan. Itulah antara ciri ciri perangai pemilik nama Natasha Sabrina. Nama yang cantik, sama seperti personalitinya.
Setidaknya, itu yang difikirkan oleh guru di sekolah tempat dia belajar. Siapa sangka? Disebalik personalitinya yang sempurna itu terdapat banyak rahsia yang banyak orang tidak tahu.
Sangkanya, dengan keputusannya dan adabnya yang sempurna itu dapat menutup segala aktivitinya.
Namun, sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah. Akhirnya, rahsianya telah sampai ke telinga ayahnya, Dato' Ezlan. Apa lagi? Ayahnya tidak mahu statusnya sebagai Dato' punah begitu sahaja akibat anaknya yang bermasalah.
"Sekarang ni aku minta satu je, aku nak kau pindah sekolah. Aku tak peduli pasal kehidupan kau kat sana. Yang aku tahu, aku dah uruskan kau punya perpindahan dan lusa kau dah boleh pergi sekolah baru." - Dato' Ezlan.
Sabrina tidak mampu melawan. Betul kata ayahnya, jika bukan kerana ayahnya. Sabrina takkan mampu bertahan hidup selepas kematian ibunya. Lagipun, rumah ini menyimpan banyak kenangan.
"Kenangan? Kenangan mak kau kena dera dengan bapak kau? Ha? Kenangan mak kau kena dera sampai lari rumah tinggalkan kau sorang sorang, pastu dia mampus kena langgar? Kenangan tu?" -Alice.
Tiada siapa yang faham..
"Aku Amyra! Amy as short."-Amyra.
Suasana di sekolah baru agak pelik baginya, pelajar senior terlalu serius. Setiap kali waktu rehat, pelajar lelaki akan berkurangan,sedangkan sewaktu perhimpunan pelajar lelaki sangat ramai dibandingkan pelajar perempuan.Dia buat andaian sendiri bahawa sekolah elit memang begini pelajarnya.
Ternyata,disebalik semua itu. Tersimpan 1001 rahsia yang tidak kita ketahui..
P/s: Masih dalam pembetulan dari segi tatabahasa dan jalan cerita! (Sabrina ver 3)
(IDK IF I HAVE TO DO A SIPNOPSIS OR NOTTT???!! MAY DELETED THIS SIPNOPSIS LATER..)
MENGANDUNGI CARUTAN, KEKERASAN FIZIKAL DAN MENTAL❗❗❗🚩🚩🚩Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang