PROLOG

62 1 0
                                    

Hari ni merupakan minggu kedua Hana menduduki peperiksaan, jadi kenalah cepat datang ke sekolah sebab mahu berebut tempat parking motosikal.

Kalau tidak, motosikalnya harus diparking di luar garaj, susah la ingin balik waktu pulang nanti. Menyesal dia tidur lewat malam tadi.

Tapi dia tidur lewat malam tadi pun sebab kena kacau dengan hantu. Ada ke patut dia pergi main ketuk-ketuk tingkap bilik ?









       Sedang elok memecut laju, enjin motor tiba-tiba mati, hidup, mati, hidup, mati.

"Tolonglah jangan buat hal lagi Cessy..."

Bibir bawah Hana gigit perlahan.'Cessy' tu nama yang dia bagi pada motor LC miliknya.

Dia memberhentikan motosikal di tepi jalan lalu melihat sekeliling. Kosong. Tiada sebuah kenderaan pun yang lalu.

"Aduh apa aku nak buat ni. Semua salah kau la ni Cessy!"

Motor LC bewarna biru miliknya diketuk perlahan. Nak ketuk kuat-kuat sayang.

Sumpah sekarang ni dia rasa nak berguling je atas rumput sampai ada orang datang tolong.

Hana menggigit bibir bawahnya. Memang dah biasa macam tu kalau nervous. Tangan menggempal penumbuk sebab dia dah start menggigil.

Langit masih separa gelap. Mungkin sebab itu kot masih tiada orang yang lalu-lalang.

Mata dia tutup rapat lalu mulut terkumat-kamit beristighfar. Niat nak tenangkan diri, tapi turun juga air matanya.

Perlahan-lahan air mata mula turun. Dia menghela nafas panjang sebelum kembali membuka mata. Memang pasrah habis.

"Kenapa hari exam jugak nak jadi macamni"

Air mata turun semakin lebat. Mata sekilas merenung jam di pergelangan tangan.

Tangan naik mengelap cairan panas. Sudah lah terlupa nak bawak handphone.

Hana kemudian menyeluk poket baju sekolah, mahu memeriksa wang yang mama bagi tadi meskipun dia tahu di kawasan ini tiada kedai jual minyak tapi saja la daripada tak buat apa-apa.

Padahal untuk hilangkan gugup dalam jantung ni.

Ptakkk!!

Dompet pulak jatuh mencecah tanah. Nafas panjang kembali dihela. Dia hanya merenung dompet yang dah selamat mendarat di atas tanah.

Ini sudah lebih. Motor aku dah mati, kau pulak nak landing atas tu.

Baru sahaja ingin membongkokkan badan, kedengaran bunyi motosikal dari arah belakang dan berhenti di sebelah motosikal milik Hana.

Tindakannya terus terhenti sebaik sahaja ada tangan lain yang mengambil dompet dan menyerahkan kepadanya. Mata terus bergerak meneliti tangan kekar itu sebelum naik ke wajah lelaki tersebut.

Pandangannya terus membeku. Mata kami bertatapan seketika.

Dup dap dup dap....

Kejap, dah kenapa pulak nak berdebar ni? Dekat sebelah ni bukannya Syafiq Kyle pun.

Jejaka itu melarikan matanya dah tunduk. Tangannya masih memegang dompet yang jatuh sebentar tadi.

"Wallet" ucap suara garau itu sepatah dengan nada suara yang mendatar.

Hana tersentak.

Kaki Hana hilang pertimbangan. Lekas-lekas dia menahan sisi motor milik Hana dengan sebelah tangan.

Alamak, Cessy pun nak terjatuh bila bersemuka dengan dia, apatah lagi aku. Nasib baik tak jatuh cinta je. Sumpah malu. Dompet cepat-cepat Hana ambil dan simpan ke dalam poket baju.

Muka dia tebalkan padahal dalam hati dah sumpah seranah diri sendiri.

Angin pagi meniup perlahan. Bulu romanya terus naik. Aduh dah macam cerita hantu la pulak.

"Minyak habis?"

Tanyanya dengan nada suara yang sama seperti tadi. Tenang dan mendamaikan tapi Hana sahajalah yang rasa macam itu.

Hana hanya angguk sambil kepala memunduk malu. Tapi bukan malu yang gatal ya! Malu yang macam kau terberak dalam seluar.

Cuma bezanya dia ni motor mati tepi jalan. Kalau dengar macam lawak dan kesian kan?

Dia mengangguk. "Hujan ?"

Hujan? Mata Hana terus terbulat bila dia sudah faham maksudnya.

Terus dua check muka sendiri di cermin sisi motosikal. Alamak nampak sangat la muka baru lepas menangis. Lupa pulak nak lap air mata yang masih tersisa ni.

Cepat-cepat Hana sapu air mata dengan lengan baju sekolah. Malu gila. Kali ni dia rasa nak berguling atas jalan tar pula.

"Nak duduk sini sampai bila-bila ke?" dia sindir Hana.

























Dua botol minyak diberikan kepada Hana manakala dia sudah naik ke motosikal miliknya semula, mungkin sudah mahu bergerak ke sekolah.

Hana pula terkial-kial membuka penutup botol. Sudah la tiada corong minyak, macam mana nak isi ni? Aku dah la tak biasa isi tanpa corong.

Dahi Hana berkerut mencuba mengisi minyak perlahan-lahan walaupun tumpah.

Tanpa aba-aba, botol minyak yang belum Hana buka di tangan kiri diambilnya. Ehh? Tadi rasanya dah atas motor. Dia guna kuasa sonic agaknya.

"Baik patah balik je lah" Decitnya perlahan.

Hana hanya mengetap bibir. Dia tu pergi beli minyak tapi corong tak ambil, dah tahu beli minyak ambil la sekali dengan corongnya. Huh!!

Sambil merungut di dalam hati pun leka juga Hana perhatikan gerak-gerinya.

Tidak dinafikan dia memang tampan. Biji mata berwarna coklat pekat, tubuh tinggi lampai. Kalau berdiri sebelah dia, Hana hanya berada di paras bahunya sahaja.

Seketika selepas itu, baru Hana teringat yang dia belum bagi duit minyak kepada lelaki itu.

"Duit minyak tad-"

"Tak payah" pintasnya.

Hana terdiam. Nak cakap terima kasih tapi tak terkeluar la pula dari bibir ni.

Sepasang tangan itu cekap mengisi minyak tanpa tumpah sedikitpun. Hana pula hanya menunggu tanpa berkelip.

Candra Untuk DiaWhere stories live. Discover now