Part 2

14 1 0
                                    

Hari ni merupakan hari hujung minggu. Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk mandikan Cessy.

Moto LC biru aku sekarang dah berkilat lepas aku lap pakai tuala kecil bewarna ungu. Warna kegemaran aku.

Puas hati dengan hasil kerja aku. Tiba-tiba datang seorang lelaki dari pintu utama rumah sebelum berdiri agak jauh dari aku.

Di tangan kirinya ada sepasang kasut bola. Bertubuh tinggi lampai, berhidung mancung, anak mata berwarna coklat cair, diikuti dengan lesung pipit di pipi kiri dan kanan. Dia tersenyum ke arah aku.

"Adik, nak ikut tak?" tanyanya sambil memutar kunci kereta di jari telunjuk belah kanan.

Hafiz Furqan

"Pergi mana?" keningku berkerut.

"Futsal. Kalau nak ikut pergi siap cepat" katanya dan terus berjalan ke arah kereta.

"Ada siapa je?" tanyaku lagi.

"Naim ada." Jawabnya sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Dengar je nama Naim terus aku rasa nak ikut. Dah lama tak jumpa sepupu aku yang seorang tu.

Aku segera berlari anak masuk ke dalam rumah untuk menyalin pakaian. Bersiap ala kadar sahaja.

Hafiz pula sedang menunggu di dalam kereta sambil bermain telefon bimbit.

Hafiz Furqan ni abang sulong aku. Aku paling rapat dengan dia berbanding adik beradik yang lain. Hanya aku dan Naim sahaja yang panggil dia 'Abang An'.

Muka aku ni copy paste muka dia, ramai juga orang tegur. Kadang-kala orang fikir kami ni kembar lain jantina. Cuma bezanya muka aku lebih feminine sebab aku perempuan.







Aku masuk ke dalam kereta. Hanya pakai jersey, seluar slack dan bertudung sarung. Makeup pun aku tak sempat pakai kecuali sunscreen dan lipbalm. Simple sahaja.

"Dah jom gerak" kataku yang memegang erat sebuah mini fan.

Dia memandangku sekilas lalu menurunkan handbrake kereta.

"Lawa lah adik abang ni. Pakai seatbelt tu" ucapnya sebelum kereta mula bergerak.

Aku tersenyum dan menurut. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Aduh, lupa nak pesan dekat Mak ropi suruh bagi Cika makan" keluhku.

"Kejap lagi abang call Mak Ropi. Lagipun, tak lama lagi mesti mati jugak benda tu. Ryssa bukan pandai jaga pun"

Mak Ropi tu pembantu rumah kami.Dia asalnya dari Vietnam. Nama sebenarnya, Roy Phee tapi kami panggil Mak Ropi sahaja.

"Elok sikit eh? Abang An tu bukannya ada pet pun. Abang An takkan faham naluri pencinta arnab" balasku dramatik.

"Oh pencinta arnab? 5 ekor yang mati haritu sebab tuan dia cintakan sangat kot"

Dia sengaja nak sakat aku.

"Itu sebab lupa nak bagi makan je. People make mistakes." balasku santai. Tak rasa bersalah sikit pun.

"Kan abang dah cakap Ryssa tak reti jaga. Malang betul nasib diorang dapat tuan macam adik" ejeknya lagi.

"Abang tak tahu sebesar mana cinta dan kasih Ryssa pada mereka. Abang boleh rasa ke? " Aku gosok dada kononnya terluka.

Hafiz ketawa kecil.

"Abang baru tahu cinta boleh membunuh. Baik abang sembelih je buat satay lagi bagus. Tak payah beli barang basah"

Loya tekak aku bila dengar, aku memang tak boleh nak makan haiwan yang aku sendiri bela. Rasa kesian sangat.

Candra Untuk DiaWhere stories live. Discover now