Part 3

7 1 0
                                    

Hana memberikan sebotol air mineral kepada Imran. Mereka baru sahaja selesai bermain futsal. Imran bergerak mengambil tempat disebelah Hana.

"Tolong kipaskan boleh tak?" Peluh di dahi dikesat dengan tuala kecil. Imran mengerling Hana yang sedang duduk bersila di atas kerusi bangku.

Hana terus menghalakan mini fan miliknya ke arah sepupunya. Imran membuka penutup botol lalu air diteguk rakus.

"Pelan-pelan, nanti tersed-" Belum sempat aku habiskan ayat dia dah terbatuk kerana tersedak.

Imran menggosok dadanya perlahan. Tak tahu la apa function dia buat macam tu. Hafiz yang baru datang dari arah belakang pula mengerutkan dahi. Air mineral pantas aku hulurkan kepadanya.

"Dah kenapa budak ni" Tanya Hafiz hairan. Botol mineral disambutnya sebelum dibuka.

"Tercekik anak batu dalam tekak" Aku jawab mendatar. Imran yang baru lega daripada batuk mengangkat mukanya memandangku. Telinga dia merah kerana tersedak.

"Dah siap ke abang? Jom la kita balik, penatlah" Aku pandang Abang An yang sedang meneguk air. Cuaca sekarang ni memang panas. Aku yang tak main bola pun boleh rasa bahangnya.

"Ryssa balik dengan Naim dulu boleh tak? Abang ada satu game lagi. Atau Ryssa masih nak tunggu?"

Aku cebikkan bibir tanda penat. Hafiz usap kepala aku yang berlapikkan tudung.

"Naim hantar Ryssa balik ya?" Dia pandang Imran
yang masih kaku. Fikir masa depan mungkin.

Bila Imran tak menjawab, dia kemudian menepuk bahu Imran yang masih leka memandang aku. "Dengar tak Im?" Ulang Hafiz sekali lagi. Terus terhinjut badan Imran.

"Dengar apa?" Imran memandang Hafiz dan aku silih-berganti. Penutup botol ditutup.

Hafiz meraup rambutnya yang lembab ke belakang sambil memandang Imran.

"Hana balik dengan Im" Aku jelaskan padanya. Dia pula hanya mengangguk.
















Aku memasuki perut kereta milik Imran dan memakai seatbelt. Dia pula sudah bersedia untuk memulakan pemanduan. Radio ditekan sebelum lagu Reminisensi di mainkan. Dia tahu aku suka lagu itu.

Sebaik sahaja kereta bergerak, dia membuka mulut.
"Hey, senyap pulak? Biasa banyak mulut" ujarnya mengerling aku.

Aku hanya tersenyum tawar. "Penat, tak rasa nak borak" Jawabku perlahan.

Dia mengangkat sebelah kening. "Betul ni?" Pandangannya berubah redup saat memandang aku. Nada suara dilembutkan. Jelas riak risau pada wajahnya.

Aku hanya mengangguk. "Pandang depan, bahaya la Im" Aku pulak yang takut kalau kami eksiden kejap lagi.

Dia kembali memandang jalan dan memutar stereng kereta. Aku dah tahu ni bukan jalan untuk balik ke rumah.
"Kita beli asam dulu baru balik nak?" Lembut sahaja suaranya bertanya.

Naim tahu aku suka asam. Setiap kali aku sedih, mesti dia belikan makanan-makanan kegemaran aku. Cuma kali ni aku pun tak tahu kenapa aku nak emosi.

Mungkin sebab sudah hujung bulan dimana waktu seorang wanita akan mengangkat bendera merah. Lagipula, aku dah mula rasa sakit belakang badan.
Mengikut pengiraan kalendar haid aku, tarikhnya sudah makin hampir.


Naim datang menjinjit satu plastik berisi jeruk mangga, air kotak Chrysanthemum dan tak lupa juga jajan super ring favourite aku ke dalam kereta.

Sekarang aku dah tak rasa sedih lagi. Bila Imran dah masuk dalam kereta, aku terus gapai plastik makanan itu.

Aku tersenyum lebar menampakkan sepasang lesung pipit milikku. Imran ketawa perlahan memandang aku.

"Kan manis kalau senyum selalu" Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum. Tubuh ditegakkan dan kembali memakai tali pinggang kereta.

Aku membuka plastik berisi makanan itu dan mengambil jeruk mangga. "Nak makan dalam kereta boleh?" tanyaku perlahan.

"Untuk Hana saya semua boleh. Meh sini Im bukak" Dia hulur tangan. Aku letak plastik jeruk mangga ke atas tangannya. Air kotak aku buka dan teguk air yang masih sejuk itu.

Imran suka panggil aku dengan nama pertama aku. Ingat lagi Mama pernah cerita dekat aku, sewaktu aku berumur 4 tahun manakala Imran pula berumur 5 tahun, dia adalah orang pertama yang panggil aku Hana.

Mama sendiri terkejut sebab dia pun tak pernah panggil aku dengan nama itu. Papa yang sedang makan masa itu turut tersedak. Riuh sekejap rumah kami ditambah dengan keluarga Imran. Abang An yang duduk atas riba papa kalut ambilkan papa air.

Naim hulur plastik jeruk mangga manakala aku beri dia air kotak yang aku bukak tadi. Barangan bertukar tangan. Dia menyedut air dan aku dah makan sepotong jeruk mangga.

Apa sahaja pasal aku yang Imran tak tahu? Dia selalu tahu cara untuk buat aku happy.

"Ada nak singgah mana-mana tak?" soalnya setelah meletakkan air kotak. Handbrake diturunkan. Aku menggeleng sambil mengunyah jeruk mangga.












Sampai sahaja di perkarangan rumah, Imran keluar dan bukakan pintu untuk aku.

"Mama ada ke dekat dalam?" soalnya. Aku angguk dan keluar dari kereta. Plastik berisi makanan tadi aku jinjit.

"Tak nak masuk?" Aku sedut air kotak teh bunga sambil memandangnya.

Naim geleng kepala. "Im dah kepam ni, nak balik mandi terus. Kirim salam dekat mama tau" ujarnya setelah menutup pintu kereta. Dia menyandarkan badan pada kereta sambil memeluk tubuh.

Dia ni cakap je kepam, tapi tak busuk pun.

"Okay, pandu kereta baik-baik. Kirim salam dekat Walid dengan Ibu juga ya." Aku mengatur langkah setelah melambai Imran.

Imran balas lambaian aku sambil tersenyum. Aku suka tengok senyuman dia sebab dia jarang senyum. Bila dia senyum, pasti terlihat gigi taring semulajadi miliknya. Rambut dia yang jatuh ke kening beralun perlahan saat angin menghembus.

Dia tak bergerak, hanya pandang tubuh aku dari belakang sehingga aku selamat masuk ke dalam pagar rumah.

Setelah dia yakin yang aku sudah selamat, baru dia bergerak masuk ke dalam kereta dan pulang.

Candra Untuk DiaWhere stories live. Discover now