3 bulan kemudian
Gitar berjenama Ibanez PF15ECE itu dimainkan
oleh Hana Faryssa. Mereka kini duduk di atas atap bumbung rumahnya ditemani oleh Naim Imran di sebelah. Lagu Pencuri oleh Mark Adam itu dinyanyikan oleh Hana.Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku dia membuat aku termimpi Mimpikan kitaSuara lunak milik Hana menghiasi segenap malam yang indah, ditambah dengan cahaya bulan dan bintang yang bertaburan di langit.
Naim pula leka memandang gadis yang telah menambat hatinya sejak bertahun yang lalu. Dia tidak pernah menyedari bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Hana. Perasaan itu, terbit secara tiba-tiba.
Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung yang memenuhi
Di setiap sudut mindakuDia sengaja meminta Hana memainkan lagu ini kepadanya. Padahal, lagu itu ditujukan kepada Hana sendiri. Namun, dia tahu bahawa peluang untuk memiliki Hana sangat tipis.
Hana Faryssa seorang yang keras kepala. Sejenis yang tidak suka perasaannya dikongkong dan akan membentak jika dipaksa. Tambah lagi apabila peristiwa dahulu kala yang menimpa Hana membuatkan dia diagnos penyakit Hemofobia, iaitu fobia terhadap darah.
Suara lunak Hana sekali lagi beralun.
Kan kucuri hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu wo wo
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku suka mu
Dati dulu lagi
Kau simpan, hatiku
Dari darjah satu, darjah satuSesekali Hana memandang Imran. Rambutnya bergerak lembut saat angin menghembus malam. Kaki mereka dilunjurkan dibawah.
Dari mula sampai akhir, Naim hanya merakam nyanyian aku. Katanya nak simpan sebagai kenangan. Esok, merupakan hari terakhir Naim bersekolah di sekolah yang sama denganku, sebelum dia melangkah ke alam universiti. Cepat betul masa berlalu.
Hana masih menyambung nyanyiannya.
Jangan senyum bila di depanku
Fokus ku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawaKan kucuri hatimu
Menyamun senyummu
Kan kuculik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu, darjah satuLepas sahaja aku habiskan lirik terakhir lagu, gitar aku angkat dan letakkan di tepi. Kepala aku toleh kepadanya.
"Im okay?" Tanya aku bila dia hanya diam membisu.
Pandangannya pada langit beroleh ke arah aku.
"Boleh Im bagitahu sesuatu...?" Mata hitam miliknya memandang tepat ke dalam anak mata coklat cair milik aku.
YOU ARE READING
Candra Untuk Dia
RomancePertemuan tanpa sengaja menemui jalan buntu apabila Hana Faryssa terjerat dengan masa lalunya sendiri. Dikhianati oleh orang terdekatnya bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi seorang Hana Faryssa. Satu persatu rahsia mula terbongkar selari dengan wa...