Hana memandu motosikalnya memasuki parking-lot sekolah. Hari ini aku lewat lagi.
Setelah menongkat motosikalnya, tudung yang sudah serabai ditiup angin dibetulkan supaya terlihat rapi dan kemas.
Nametag magnet yang ada di dalam totebag dikeluarkan kemudian dilekatkan di bawah lencana sekolah.
Hana Faryssa
Jam tangan perak yang meliliti pergelangan tangan dibelek. Cantik. Satu-satunya kenangan yang arwah bonda tinggalkan kepadanya sebelum peristiwa hitam itu berlaku.
Seketika aku tenggelam dalam lamunan sendiri.
4 tahun lalu...
Kereta Velfire dipandu masuk ke dalam perkarangan rumah banglo mewah. Senyuman diukir lebar dibibir saat melihat bonda sedang menunggu di pintu utama rumah.
Pintu kereta dibuka oleh pemandu peribadi sebelum kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu keluar dengan girang.
Rambut ikal mayang paras pinggang milik gadis itu beralun perlahan saat bayu angin meyapa lembut.
Dia terus berlari memeluk nenek kesayangannya.
Bonda membalas pelukan itu dan mengucup dahi cucunya. Rambut perang milik Hana dielus perlahan.
"Bonda miss you so much, sayang. Rysaa dah lupa bonda ya?"
Katanya sebaik sahaja melepaskan pelukan. Nada suara sengaja dibuat seperti merajuk.
"Mana ada! Ryssa pun rindu bonda juga. Rindu masakan bonda yang seeedaaap tu"
Senyuman manis diberikan kepada bonda ditambah dengan lesung pipit yang menghiasi wajahnya.
"Amboi, dah pandai nak ambil hati bonda ya sekarang? Sini bonda bagi upah laksa pinang. Your favourite kan?"
Riak teruja jelas terpancar pada wajah gadis kecil itu. Matanya bersinar membayangkan laksa pinang yang dimasak oleh bonda.
"Yeke bonda? Ryssa sukaaaa laksa pinang. Tiba-tiba pulak perut ni rasa lapar"
Bonda tersenyum sambil memimpin tangan cucu kesayangannya itu masuk ke dalam rumah mewah tersebut.
Aku terus tersedar daripada lamunan apabila anak mata tepat tertumpu pada jarum jam.
Langkah diatur cepat setelah totebagnya disangkut di bahu kanan.
Baru sahaja nak melangkah masuk ke dalam pagar sekolah, aku ditahan oleh pengawas yang bertugas disitu.
"Bagi nama dengan kelas, lepastu berdiri tepi sana. Harini cikgu disiplin nak jumpa siapa yang datang lewat" kata pengawas perempuan itu sinis.
Matanya bergerak memandangku atas bawah. Ada dendam kesumat ke apa? Aku sumbat kasut sekolah dalam mulut dia baru tahu.
Jam gergasi yang melekat pada dinding sekolah aku pandang sekilas.
"Excuse me? Seminit lagi nak pukul 7:30 am. Awak pandai tengok jam tak?"
Mata aku kecilkan kepadanya. Tak payah jadi pengawas lah kalau jam pun tak reti tengok.
Jelas terpancar riak wajah tidak puas hati si pengawas berbaju biru itu. Belum sempat dia ingin membalas aku dah atur langkah kedepan. Tak kuasa la nak layan.
Sebelum pergi sempat aku jeling dia balik. Ingat dia seorang sahaja yang boleh buat macamtu? Pengawas tadi kacip gigi. Mungkin dah koyak dengan aku tapi ada aku kesah?
Kringgg !!!
Setelah bertungku-lumus memerah otak semasa menjawab kertas peperiksaan Sejarah sebentar tadi, tubuh aku renggangkan dan bersandar pada kerusi.
Penatnya. Maksud aku otak. Otak aku yang penat.
Pelajar di dalam kelas berpusu-pusu keluar untuk menjamah sarapan pagi. Risau makanan habis la tu.
Seorang gadis yang memakai uniform pengawas pusat sumber bewarna kuning sama seperti aku
menarik kerusi yang berdekatan dan duduk berhadapan meja aku.Berkulit kuning langsat, ayu dan sepet matanya. Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibir.
Siapa lagi kalau bukan member kamcing aku.
Afifa Najuwa.
Kami sudah berkawan sejak tadika lagi. Sekarang, kami sama-sama mengambil aliran Sains Tulen.
"Boleh jawab tak paper tadi?" tanyanya sambil tersengih menjongketkan kening.
Hana mengangkat ibu jari kanan membuat gaya 'thumb up' seraya menggesekkan ibu jari ke hidung mancung miliknya.
"Tengok muka aku ni macam tak boleh jawab ke?"
Ucapku bangga. Saja bergurau.
"Soalan yang kita study haritu keluar sejibik wei" Perkataan 'sejibik' ditekan ditambah dengan pergerakkan tangannya.
Najuwa terus bangun sambil mengheret lengan
Hana untuk ke kantin sekolah."Apa-apa pun, aku lapar. Jom makan"
Mereka beriringan berjalan menuruni anak tangga sekolah. Sempat jugak aku ceritakan insiden pagi tadi yang menimpa aku termasuklah pasal pengawas tingkatan 5 yang kerek tu.
Kelas kami berada di tingkat paling tinggi jadi kena turun tangga.
"Aku tak nak makan dekat kantin. Crowded gila. Kita singgah koperasi jela" ujar Hana sambil menoleh ke arah Najuwa.
"Okay boleh. Biar aku belanja kau air. Kau suka teh bunga kan? Jom!"
Najuwa merangkul lengan Hana dengan erat sambil berjalan memasuki koperasi sekolah.Risau kalau-kalau sahabatnya hilang memandangkan suasana agak sesak sedikit.
Dari jauh ada sepasang mata yang memerhati. Sejak dahulu lagi, dia sentiasa mengawasi gadis pujaan hatinya itu.
"Hana Faryssa... Fairy saya..."
Lepas rehat bersama Najuwa tadi, kami berjalan masuk ke dalam kelas untuk menelaah beberapa subjek lain untuk peperiksaan yang akan datang.
Sebaik sahaja duduk di kerusi, aku perasan ada coklat bar berjenama cadbury di bawah meja. Juga terdapat sticky note kecil yang melekat pada coklat bersaiz sederhana itu.
Tulisan yang ada pada nota kecil itu aku baca.
'Goodluck budak kecik. Malam nanti family aku datang rumah tau'- disguy<3
Aku tersenyum kecil. Ini mesti Naim Imran punya kerja. Sepupu aku yang satu tu memang suka bagi aku benda-benda comel macam ni.
Setiap kali dia bagi hadiah, mesti aku akan simpan dalam satu kotak. Dan sekarang kotak tu dah penuh dengan nota kecil yang dia tulis.
Dia memang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Lagipula kami memang dah selesa sebab sejak kecil lagi hubungan sepupu kami sudah akrab.
Kadang-kadang dia layan aku macam girlfriend dia. Aku tak kesah sangat sebab aku tahu yang kitaorang takde pendam perasaan pun antara satu sama lain.
Coklat tadi aku simpan. Aku kembali menghafal beberapa nota untuk peperiksaan selepas ini. Tahun ni kena perform sebab tahun hadapan dah nak SPM. Aku dan Najuwa dah berjanji nak berjaya sama-sama.
YOU ARE READING
Candra Untuk Dia
RomancePertemuan tanpa sengaja menemui jalan buntu apabila Hana Faryssa terjerat dengan masa lalunya sendiri. Dikhianati oleh orang terdekatnya bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi seorang Hana Faryssa. Satu persatu rahsia mula terbongkar selari dengan wa...